first love, puihh

77 5 0
                                    

Markonah, nama ini memang selalu disebut penduduk marikh. Sebab markonah lah alien wanita yang sangat cantik disitu. Ya sangat cantik bagi golongan mereka--

Markonah anak ketua bikini bottom. Markonah tidak pernah pernah bercinta dan dilarang bercinta sehingga umurnya mencecah 180 tahun. Bapaknya kata haram bercinta sebelum umurnya 180. Perghh ajaran mana ntah.

Hari ini genaplah umurnya 180, dan markonah bertekad ingin mencari cinta di pesta ulang tahunnya. Sungguh mengujakannya. Markonah berpakaian cantik sekali malam itu.

akhir pesta itu adalah majlis tari menari. Untuk markonah mencari si jejaka kacak.

jejaka yang ke 41 adalah bernama pundi. Pundi anak orang kaya kampung sebelah. Keluarganya mengusahakan ladang getah. Pundi seorang lelaki yang hensem, bergaya, sasa, berdada bidang dan pastinya dada dia tidak berbulu. Markonah terpikat mungkin.

Markonah berhenti menari dan memandang ke arah bapaknya memberi isyarat inilah lelaki itu ayah.

Tetamu yang hadir memberi hentakkan kaki yang gemuruh memberi ucap tahniah atas pilihannya. Naik gegar marikh tu.

Seusai pesta kelahiran markonah. Pundi mengajak markonah bersiar siar di taman kelapa sawit. Taman kau--

"Terima kasih markonah cantik. Kerana memilih saya sebagai suri hati markonah." Kata pundi sambil mengenyit tujuh biji matanya. Iyekk--

Markonah tersenyum gedik dan lantas dia merangkul pinggang pundi dengan kasih. Markonah sudah jatuh cinta dengan pundi bermata tujuh.

*******

80 tahun mereka menjalin kasih. Kini tiba masanya pundi dan markonah bersatu menjadi raja sehari.

Dalam perjalanan pundi ke bikini bottom untuk majlis resepsi. Majlis yang ditunggu tunggu. Pundi tidak sengaja terlanggar bijih getah milik bapaknya dan itu adalah suatu perbuatan yang sangat hina. Sangat hina. Lalu dengan rasa yang bercampur sedih geram dan macam macam lagilah pundi membunuh dirinya sendiri dengan meminum air kelapa sawit sebanyak yang mungkin. Sehingga mengalir ke uterus dan u tak belok belok. Kesian--

Akhir kalam markonah menjadi gila sebab baru tahu getah ada bijih. Gila--

Al KisahWhere stories live. Discover now