Bab 13 : plan kahwin bermula.

30.5K 1.1K 8
                                    


KAIRA POV

Galau,resah,gemuruh,sejuk darah...apa lagi ayat yang boleh aku terjemahkan perasaan berdebar aku sekarang. Apa taknya. .nak jumpa bakal mertua mendadak aku!! Macam nak berdepan dengan mati pula dah...tapi pastinya menghadapi mati lebih mendebarkan. Tu aku pasti.

Alamak Kaira...janganlah kau fikir pasal mati sekali..tambah seram sejuk pula. Nak saja aku merengek. Dah lah aku mundar-mandir ke kiri,kanan. Alamak....macam mana ni?

Apa first expression mereka pada aku kalau aku jumpa mereka? Apa fikiran mereka niat aku nak kahwin dengan anak teruna mereka nanti? Aku di kata 'pisau cukur' kah? Tak pun,aku di fikir nak ambil kesempatan pada dia..takutnya...jari ku simpul-simpul bersama.

Ku lirik mata ke arah jarum jam yang dah menunjukkan pukul 1.15...dah kenapa dia lambat ni...mudahan lah dia tak teruskan janji ni...busy kah apakah...tolonglah!

" kau ni kenapa?" Aku memusing kepala seraya suara Ezah mengejutkan aku. Aku sekadar melepaskan keluhan dan senyuman kelat. Duduk dia di sofa.

" hah...masa aku nak jumpa parents Daniel,bukan main kau kata aku ni mengarut tak tentu pasal...sekarang,dah rasa,kan? Macam mana perasaan takut nak berjumpa parents Qhyrill? Bukan setakat nak jumpa sebagai girlfriend tau,tapi jadi bakal isteri terus..." sempat lagi dia memerli aku. Sambil mengerling lagi matanya.

" Ezah...please lah,bagi aku support kah ...apakah...aku takut ni. " laju dia ketawa. " yalah...wahai sahabat aku Anisa Kaira,akan selalu ku sokong mu. " luahnya bergurau,cukup lagi lagak muka macam tengah berpidato. Sekurang-kurangnya lega sikit hati aku. Selalunya menyampah saja aku melayan dia..

Tiba-tiba bunyi telefon aku menarik seluruh perhatian. Laju ku jawab panggilan.

" helo?"

" saya dah ada kat bawah ni. " alamak!

" o-okay lah...kejap lagi saya turun. " apa ni Kaira,belum apa-apa dah tergugup bagai. Errr....

Ku lirik lagi pakaian yang ku sarung di badan. Baju panjang putih,seluar panjang floral biru and pink,dan shawl warna peach. Okaylah ni kan...tabur saja makeup light,tak perlu nak tebal-tebal. Ah! Lantaklah...

Laju ku ucap bye pada Ezah yang dah menapak di depan pintu,ku sarung kasut flat coklat. Tarik nafas...hembus...

Okay Kaira,you can do this!

Nampak dia yang dalam kereta menoleh pada aku ,melalui cermin keretanya. Wow....besarnya kereta dia. Ni kalau abah tengok,mesti dia excited tengok giant putih ni. Lexus nx 200rt,lawa...ku capai pintu dan ku buka.

" cepatlah!" Mak aih..marah pula.

Aku masuk ke dalam perut kereta,kalau aku masuk dalam perut mamat ni kan nayaa...hah.

" awak lambat,saya tak marah pun. " sebaik kereta di geraknya. Dia memandang aku. Tak taulah bola matanya tatap kat mana sebab terselindung di balik kaca mata hitam.

" saya banyak kerja tadi..yalah,CEO kan,mana sama dengan awak. " eh..berlagak sungguh.

" oh...mana saya tau. Kalau awak busy sangat...tak payah lah jumpa,cancel dulu lah. " sebenarnya aku try jer bunga-bunga kat dia...manatau dia setuju.

" awak jangan mengada eh...dah ramai ahli keluarga saya panggil nak jumpa awak ni. " bentaknya lagi sekali. Yang ayat mengada tu aku boleh terima,yang 'ahli keluarga' bagai ni apa kes pula?!

" apa?! Keluarga? Kenapa awak tak bagitau saya awal-awal lagi. Kata nak jumpa parents jer...awak ni!" Ku peluk tubuh,mulut pun muncung. Tak suka lah dia macam ni. Main suka hati saja. Kenapa tak khabar kat aku?

Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓Where stories live. Discover now