1

382 11 1
                                    

Sebuah teksi berhenti di hadapan sebuah banglo mewah yang tersergam indah itu. Beberapa saat kemudian, seorang wanita bergaun merah paras lutut keluar daripada perut teksi itu. Dia nampak anggun dengan rambutnya yang hitam beralun lembut yang melepasi paras bahu. Ditambah pula kasut bertumit tinggi tiga inci yang berwarna merah menyebabkan mata-mata nakal si jejaka tidak lepas memandangnya. Mekap pula, dia sekadar mengenakan gincu berwarna merah menyala sebagai pelengkap gaya.

Si pemandu teksi keluar membantunya mengeluarkan dua buah bagasi besar. Sebelum berpisah, pemandu teksi yang berumur dalam lingkungan 30-an itu mencuri-curi pandang ke arah wanita yang ibarat bidadari itu. Wanita itu sedang mengipas wajahnya dengan tangannya akibat terik mentari tersenyum tawar, ternyata tidak senang diperlakukan sebegitu. Dia tidak dapat menyorokkan rasa jeleknya terhadap pemandu teksi itu walaupun mengenakan kaca mata hitam besar berjenama.

Setelah teksi itu berlalu, dia menekan butang loceng di luar pagar banglo mewah itu. Tidak lama kemudian, seorang pembantu rumah terkejar-kejar untuk menyambutnya. Dia berulang kali meminta maaf kerana kelewatannya menyebabkan tetamu penting majikannya tertunggu-tunggu.

"Cik ni Stella kan?" soal Mak Mah meminta kepastian.

Dia tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Dia dan Mak Mah masing-masing menarik bagasi miliknya ke dalam rumah.

"Saya Stella, anak saudara Tuan Daud. Rasanya, saya ada telefon Datin Munirah beberapa hari lepas sebelum sampai ke Malaysia," ujarnya ramah. Mak Mah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Stella tinggal di mana?" soal Mak Mah lagi.

"Saya tinggal di Liverpool, dengan keluarga saya."

Mereka beriringan masuk ke dalam banglo itu. Mak Mah membawa Stella menuju ke ruang tamu. Di situ, mereka melihat Datin Munirah, wanita pertengahan 50-an sedang membaca majalah. Dia menyambut mereka dengan senyuman.

Mak Mah meninggalkan Stella di situ bersama ibu saudaranya. Dia membawa beg-beg Stella masuk ke dalam bilik tetamu yang disediakan untuk Stella. Stella pula bersalaman dengan Datin Munirah sebelum dipelawa untuk duduk.

"Maaflah, Stella. Tuan Daud tak pernah pun cerita tentang keluarga Stella pada aunty. Agaknya banyak benda yang aunty tak tahu lagi tentang famili Tuan Daud, ya?" ujar Datin Munirah diselangi dengan ketawa kecil.

"Saya memang anak saudara Tuan Daud. Cumanya, keluarga saya berpindah ke Liverpool sebelum Datin dan Tuan Daud berkahwin. Jadi, mungkin itulah sebabnya Datin tak pernah dengar cerita daripada kami sekeluarga. Maaflah kalau kedatangan saya ni agak mengejutkan Datin." jelas Stella.

"Tak apa. Stella boleh tinggal kat sini selama mana yang Stella nak. Kita boleh ambil masa berkenalan. Aunty ada banyak benda nak dikongsi dengan Stella. Itupun kalau Stella sudi." Datin Munirah meraih tangan Stella sambil tersenyum. Stella membalas senyumannya.

"Err... Maaflah Datin kalau saya nak tanya. Mana anak Tuan Daud, ya?" soal Stella.

"Syazrul? Sophie? Diorang sihat. Syazrul sekarang ni pengurus syarikat Tuan Daud. Sophie pula baru ja habis SPM." cerita Datin Munirah.

"Siti Aisyah pulak?"

Wajah Datin Munirah berubah setelah mendengar nama itu. Dia mengambil masa yang lama untuk menyusun cerita.

"Aisyah dah lama meninggal dunia, Stella. Eksiden. Waktu tu dia baru 13 tahun. Dah 15 tahun dah peristiwa tu berlaku."

"Tuan Daud? Macam mana dengan keadaan Tuan Daud?"

"Tuan Daud... Disebabkan kemurungan dengan kehilangan anak kesayangannya, dia juga terlibat dalam kemalangan. Dia koma, Stella. Sampai sekarang masih begitu." Datin Munirah sebak. Tidak semena-mena air matanya mengalir laju.

Stella merapatkan dirinya dengan Datin Munirah. Dia menenangkan perasaan Datin Munirah yang bergelora itu.

"Stella nak jumpa Tuan Daud?" soal Datin Munirah dalam sedunya.

Stella tidak menjawab apa-apa, sebaliknya hanya mengangguk perlahan. Mereka beriringan ke bilik Tuan Daud.

Pintu bilik dikuak perlahan. Stella dapat melihat Tuan Daud terbaring tidak bermaya. Nampaknya, dia seperti sedang tidur lena. Lama, bertahun-tahun. Setelah meminta Datin Munirah meninggalkannya sebentar di bilik itu, Stella mendekati Tuan Daud. Tangan Tuan Daud diraihnya lalu dikucup lama.

Hatinya benar-benar tersentuh melihat keadaan lelaki yang pernah dikenalinya itu.



KarmaWhere stories live. Discover now