10

153 5 2
                                    

Senyuman manis menjadi penghias diri Stella alias Siti Aisyah ketika itu. Dia memejamkan matanya dan cuba menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, dilepaskannya perlahan-lahan. Dibuatnya berkali-kali.

Dalam hatinya, dia berasa bersyukur kerana segala-galanya sudah berakhir. Kehidupan barunya sebagai Siti Aisyah sudah bermula. Dia memandang Tuan Daud yang berkerusi roda di sebelahnya. Kemudian, dia memandang pula dua keping tiket penerbangan ke London. Pengunguman mengenai penerbangan itu akan diumumkan bila-bila masa sahaja, jadi dia perlu sabar menunggu.

Tangan Tuan Daud diraih dan digenggam.

Tuan Daud telah sedar daripada 'tidurnya' tiga bulan selepas kematian Datin Munirah. Namun, selama Tuan Daud pulih daripada koma, dia langsung tidak bercakap apa-apa. Doktor mengesahkan bahawa Tuan Daud mengalami trauma dan berkemungkinan hilang ingatan. Oleh itu, Siti Aisyah disarankan untuk melakukan aktiviti kegemaran Tuan Daud. Siti Aisyah akur dengan saranan itu demi bapa kesayangannya. Setiap pagi, Siti Aisyah akan membacakan surat khabar untuk Tuan Daud. Petang pula, dia akan berbual dengan Tuan Daud. Kadang-kala, mereka melihat album gambar keluarga mereka. Pada sebelah malam pula, mereka akan menonton berita.

Mereka akan pulang ke Liverpool atas nasihat Ahmad Rizki. Alasannya, di London mempunyai perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan Tuan Daud amat memerlukan persekitaran baharu untuk pulih. Mahu tidak mahu, Siti Aisyah akur sahaja dengan alasan Ahmad Rizki itu.

Adik-beradik tirinya pula?

Syazrul telah ditangkap oleh pihak polis ketika serbuan yang dilakukan ke atas makmal pemprosesan dadahnya atas risikan dan laporan yang dilakukan oleh Kamal. Syazrul disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah. Hukuman gantung sampai mati menanti Syazrul bila-bila masa sahaja.

Sophie pula dengan rela hatinya mendaftar diri ke pusat pemulihan akhlak. Dia percaya bahawa ada peluang kedua buat dirinya yang telah banyak melakukan dosa. Dia mahu berubah menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Segala pesanan dan nasihat daripada Siti Aisyah sewaktu menghantarnya ke pusat pemulihan akhlak itu sentiasa diingatinya.

"Jadi orang baik."

"Siti Aisyah!"

Lamunannya terhenti. Dia memandang ke arah pemilik suara yang memanggilnya tadi. Khairil Farhan tercegat di hadapannya.

"Sebelum Aisyah pergi, abang nak beritahu sesuatu." Khairil Farhan berhenti seketika dan menatap wajah Siti Aisyah lama-lama. Kemudian, "Abang pasti merindui Aisyah nanti... Dan...err.. Mak abang pun sama." dia menggaru-garu belakang kepalanya.

Siti Aisyah tersenyum.

"Dan lagi satu. Abang dah agak Stella ni adalah Aisyah waktu mula-mula kita berjumpa hari tu. Ada sesuatu tentang Aisyah yang Aisyah atau Stella tak boleh sorokkan daripada abang." dia melarikan jemarinya di rambutnya.

"Apa dia?"

"Pertama, cara Stella panggil nama abang. Doktor Farhan. Seingat abang, cuma Aisyah saja yang panggil begitu."

Khairil Farhan berhenti sebentar. Kemudian, dia menyambung lagi. "Kedua, cara Stella dan Siti Aisyah tersenyum pada abang. Sama. Sejak dulu lagi. Itu memang Aisyah tak boleh sorok daripada abang. Dan, yang ketiga, abang memang tak percaya Aisyah meninggal dunia. Mak abang pun sama, sebab tangan kanan mayat 'Aisyah' dulu tak ada tanda lahir Aisyah. Mula-mula tu kami percaya Aisyah akan muncul. Tapi, lama-kelamaan,as the time flies, kami cuba terima yang Aisyah dah mati."

Pengunguman mengenai penerbangan ke London disiarkan. Aisyah bersiap-sedia untuk menolak Tuan Said.

"Aisyah, tunggu."

Khairil Farhan mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya lalu menyerahkan cincin itu kepada Aisyah.

"Abang harap Aisyah akan pakai cincin ni bila Aisyah rindu pada abang." ucapnya. "Selamat tinggal, Siti Aisyah."

Siti Aisyah tersenyum lagi. Wajah pemuda itu ditatap dalam-dalam.

"Selamat tinggal, Abang Farhan." ucapnya lalu menolak kerusi roda Tuan Said itu.

Khairil Farhan masih tercegat di tempatnya memandang Siti Aisyah yang semakin hilang dalam kesesakan orang ramai.

"Aisyah, I love you." bisiknya sendiri mengaharapkan Siti Aisyah yang semakin menjauh itu mendengarinya.

KarmaWhere stories live. Discover now