2

198 4 0
                                    

15 tahun lalu

Siti Aisyah yang berusia 13 tahun itu melonjak kegembiraan apabila melihat bapanya pulang dari pejabat. Saban hari, selepas pulang dari sekolah dan menyiapkan kerja sekolahnya, dia akan menunggu bapanya di buaian yang terdapat di halaman banglo itu.

Belum sempat Tuan Daud mematikan enjin keretanya, Siti Aisyah sudah pun membuka pintu untuknya. Tuan Daud hanya tersenyum sahaja dengan perlakuan anak gadisnya itu. Dia segera mencapai briefcase-nya sebelum keluar daripada kereta selepas dimatikan enjin.

Siti Asisyah pula dengan pantas mengambil briefcase bapanya sebelum bersalaman. Mak Mah yang sedang menyiram pokok-pokok bunga hanya tersenyum melihat anak-beranak itu.

"Aisyah nampak gembira ja.. Ada apa-apa ke hari ni?" soal Tuan Daud. Rasa penatnya di pejabat dan disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tadi hilang serta-merta disebabkan senyuman dan gelak tawa Siti Aisyah.

"Mestilah... Hari ni, Aisyah dapat tempat pertama dalam tingkatan" Siti Aisyah beria-ia bercerita kepada bapanya.

"Betul ni? Pandainya anak papa!" puji Tuan Daud. Dia mengusap-usap rambut anak gadisnya. Kemudian "Aisyah nak apa? Cakap aja pada papa, nanti papa belikan."

Siti Aisyah hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Kalau macam tu, malam ni kita makan di luar. Papa mahu kenalkan Aisyah pada seseorang." ujar Tuan Daud. Serentak dengan itu, Siti Aisyah mengangukkan kepalanya. Dia segera masuk ke dalam untuk bersiap-siap memandangkan jam sudah merangkak ke angka 7 petang. Tuan Daud yang masih tersenyum menyusul Siti Aisyah kemudian.

Mak Mah yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya tersenyum. Hatinya berbunga-bunga bahagia melihat keluarga majikannya. Dia tidak dapat bayangkan sekiranya Tuan Daud kehilangan Siti Aisyah dan sebaliknya. Pastinya tiada lagi kegembiraan yang boleh dikongsi seperti tadi. Sebab itulah dia sering mendoakan kebahagiaan mereka. Mak Mah menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudian masuk ke dalam banglo itu.

***

Tuan Daud sedang memandu untuk pulang ke rumah. Jam di dashboard menunjukkan 10:15 malam. Siti Aisyah yang duduk di sebelahnya tidak berkata apa-apa sejak keluar daripada restoran mewah tadi. Dia sedang melayan perasaan sambil pandangannya dilemparkan ke luar tingkap yang gelap.

Dalam kegelapan malam itu, Tuan Daud meraih tangan Siti Aisyah lalu menggenggamnya.

"Termenung aja anak papa ni. Kenapa ni?" soal Tuan Daud.

"Tak ada apa-apalah papa"

"Aisyah tak suka Mama Mun?" soal Tuan Daud. Siti Aisyah tidak menjawab apa-apa.

Dia teringat akan perjumpaan pertama dengan Puan Munirah tadi. Bapanya telah menyuarakan hasratnya untuk melamar Puan Munirah. Dia juga telah melamar Puan Munirah tanpa pengetahuan Siti Aisyah.

"Aisyah? Kenapa ni?" Tuan Daud menggenggam kuat tangannya.

"Entahlah papa.." Siti Aisyah bagaikan baru terjaga dari tidur.

"Apa pendapat Aisyah tentang Mama Mun?"

"Mama Mun tu baik..."

"Jadi Aisyah setuju?" celah Tuan Daud. Siti Aisyah terdiam lagi.

"Aisyah sayang mama. Arwah mama. Aisyah sayang papa. Kalau perkara ni buatkan papa bahagia, Aisyah setuju." perlahan sahaja suara Siti Aisyah. Dalan kegelapan malam itu, dia cuba untuk menyembunyikan air matanya yang sudah mengalir ke pipi.

Mamanya meninggal dunia kira-kira empat tahun lalu akibat leukemia. Hanya kenangan manis bersama arwah mamanya yang membuatkannya terus tersenyum. Dan sekarang, bapanya meminta persetujuan daripadanya untuk berkahwin lagi. Dia terasa terbeban. Sudah tentulah dia tidak mahu bapanya terus berasa sedih disebabkan kehilangan arwah mamanya.

Perlahan-lahan dia mengusap air matanya.

KarmaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora