Bab 1

24.2K 324 78
                                    


Iya, aku seorang lesbian. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hatiku terpaut pada seorang perempuan. Pada mulanya aku hairan. Apakah yang aku rasa? Aku gembira apabila melihat dia tersenyum, marah apabila nampak dia bersedih. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa kerana aku tahu perasaan itu tidak normal. Perasaan ini timbul semasa aku masih bersekolah rendah. Darjah 5.

Kini aku sudah meningkat dewasa. 21 tahun. Aku pasti selera aku hanya pada kaum sejenis. Jangan fikir negatif ya para pembaca. Aku cuma ingin tekankan di sini bahawa aku hanya ada perasaan pada kaum Hawa. Berdosa? Sudah semestinya. Tapi aku cuma ingin berkongsi kisah cinta seperti novel-novel cinta yang penuh di rak kedai buku.

Hai! Nama aku Zee. Nama glamour pun boleh, kan? Pertama kali aku keluar daripada almari adalah ketika aku belajar di sekolah menengah. Sekolah perempuan. Di situ aku kenal ramai yang berselera sepertiku. Ada yang berwatakan sebiji seperti lelaki dan lebih mengejutkan aku lagi adalah gadis yang kelihatan normal tetapi berkepit dengan "Pengkid". Itulah gelaran yang diberikan kepada perempuan yang berketerampilan seperti lelaki. Dari fesyen rambut hinggalah cara berpakaian dan lenggok berjalan.

Aku? Aku pula hanya kelihatan lasak, ala-ala tomboy. Tetapi segelintir makhluk Tuhan menganggapku Pengkid. Bagi yang sudah lama berkawan dengan aku, pasti mereka akan ketawa dengan statement itu. Well, we can't control what other people want to think about us, right? Setiap manusia ada buah fikiran yang berbeza. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. We just have to accept people's thought because we're different.

Aku mulakan cerita dengan satu hari yang gelap. Hujan turun sangat lebat. Tiada harapan bagi makcik, pakcik, cik kak, abang ketak dan semua warga yang lupa mengangkat sidaian. Basah, sejuk, tenang. Aku duduk termenung, melihat langit yang menumpahkan air daripada proses kondensasi tadi. Aku suka hujan, aku suka bersendirian, aku suka berfikir. Oleh kerana itu, aku mempunyai sedikit kawan. Aku tak kisah kerana ramai kawan pun bukan semua yang peduli. Aku lebih selesa memiliki teman rapat. FYI, BFF aku tiga-tiga straight. Mungkin sudah penat memberi nasihat, mereka menerima aku seadanya. Susah tau nak cari kawan macam diorang nie!

"Zee, jom lunch!" Satu suara memecahkan buih-buih fikiranku.

Kesha. Seorang yang periang, aktif bersukan dan dia tak boleh dipisahkan dengan dunia game online-nya. Gaya hidup yang gigih bersukan menampakkan dia seperti salah seorang daripada aku. Lesbian. Mungkin disebabkan badannya yang tough ala-ala Datuk Nicol Ann David. Dulu aku dan 2 orang temanku yang lain pernah menyiasat selera si Kesha nie. Dia ada crush rupanya. Lelaki OK! Senior dalam kelab bola keranjang. Malangnya, crush dia dah dikebas orang. Siapa cepat dia dapat, right? Kalau Kesha bagitahu kami awal-awal, mungkin kami boleh bantu. Jadi cik adik cupid la kami bertiga. Namun semua sudah terlambat. Kini dia sudah tak kisah dengan hal percintaan. Kalau ada jodoh, adalah. Katanyeeee...

"Lunch kat mane?" soalku.

Aku mengemas buku kerja yang menjadi perhiasan di atas meja. Dari tadi aku hanya sibuk bermain imaginasi yang galak saat hujan turun dengan lebat. Kesha melihat buku aku yang tenggelam ke dalam bag galas Adidas pemberian seseorang. Mak aku la wey.

"Laa, ko ngah study ke? Kita lunch kat kantin je. Hujan lebat nie. Tak leh nak gi jauh-jauh," balas Kesha. Mukanya sedikit masam kerana makanan di kantin kolej kami bukanlah makanan kegemarannya. Semuanya rasa serba tak kena. Aku setuju. Mungkin makanan kat hospital lagi sedap kot.

Aku bangun lalu jalan seiring dengan Kesha. Ura-ura yang menyatakan kami pasangan masih berleluasa di sekitar kolej. Aku taklah famous sangat tetapi orang yang nampak aku buat kali pertama pasti akan ingat aku untuk seumur hidup. Chewah! Macam la aku nie "handsome" sangat kan. Tak lah. Maksud aku, aku nampak berbeza daripada perempuan biasa. Titik! Kesha pula atlet bola keranjang wakil kolej kami. Sesiapa yang mengikuti perkembangan sukan di kolej kami pasti akan mengenalinya. Ada mata-mata yang mengikuti kami. Terasa seperti artis hot gitu ye.

"Huh! Kita tak leh la nak jalan berduan macam nie, Kesha. Aku tak suka orang pandang-pandang semacam. Kesian pulak kat ko. Aku tak kesah sangat orang nak mengata aku. Tapi, ko tue.. atlet kolej kita nie. Risau gak aku nanti jejaskan reputasi ko," kataku sambil memandang orang sekeliling kami. Nak kata diorang suci, tak juga. Tetapi itulah lumrah dunia. Orang macam aku akan sentiasa dipandang serong.

Kesha juga turut memandang kiri dan kanan. Dia setuju dengan kata-kata aku. Kemudian dia mencapai tanganku. Mataku terbeliak melihat tindakan Kesha. Aku cuba menarik tanganku kembali tetapi dia sudah menguncinya erat-erat. Apa minah nie nak buat???

"Sayang, titew lapow le. Jalan la cepat sket," Kesha sengaja menguatkan suaranya agar orang sekeliling boleh mendengar dengan jelas.

Aku ternganga, terkejut. Damn la Kesha. Nak kenakan aku ye. Takpe, takpe. Hari nie hari kau, esok-esok aku kenakan kau pula. Orang sekeliling nampak berbisik-bisik. Nampaknya story baru akan menyusul tak lama lagi.

Saat kami tiba di kantin, Kesha ketawa terbahak-bahak. Tirah dan Fiona duduk tidak jauh daripada kami. Segera kami pergi ke sana.

"Babi la ko nie, Kesha." Aku mengomel sambil merenung tajam ke arah Kesha yang masih galak tertawa. Aku rasa macam nak cekik je perempuan nie. Nasib baik dah lama kenal. Kalau tak, confirm arwah dah.

Tirah dan Fiona berpandangan antara satu sama lain. Hairan dengan tindak-tanduk kami. Kesha yang mengesat air mata gelak tawanya dan aku pula mempamirkan riak wajah pembunuh bersiri.

"What's going on guys?" tanya Fiona, bingung.

"Kesha babi nie kenakan aku tadi."

"Apa ko buat, Kesha?" Tirah mengalihkan begnya. Memberikan aku tempat untuk duduk. Memandangkan hari hujan, pasti kantin akan penuh. So, kenalah book seat kan.

Masih ada sisa baki tawa Kesha yang belum habis. Dia tersenyum menampakkan braces yang sudah dipakai setahun. Kesha menjawab, "Alolo.. ko nak cuak apasal, Zee? Ko sepatutnya bangga jalan dengan atlet famous nie. Haha.."

Aku hanya membisu. Tirah mengalihkan pendangannya ke arahku. Ingin menagih jawapan setelah tidak mendapat apa-apa daripada Kesha.

"So? What happened?"

Aku menceritakan segalanya. Tirah dan Fiona ketawa bersama.

"HEY! I don't find it funny, OK."

Mereka terus ketawa. Tidak mempedulikan aku. Aku pun hairan kenapa aku nak marah sangat. Everyone knows we're friend. Lantak la nak sebar gossip apa pun, tak ada benda pun yang akan berubah. Itulah teman rapat. Aku bertuah jumpa mangkuk bertiga nie.

BengkokWo Geschichten leben. Entdecke jetzt