Bab 20

7K 169 45
                                    

"Tirah, I have something to tell you."

"Aku taknak dengar apa-apa kecuali kalau kau nak bawa aku keluar dari tempat ni."

Tirah membelakangi aku, mengadap tingkap. Tangannya bersilang di dada. Selepas aku nampak Eman tadi, aku terus tolak Tirah masuk ke bilik lalu mengunci pintu. Aku dah tak peduli. Aku taknak Tirah dilukai.

"Aduh.. Janganlah degil. Ni antara hidup dan mati."

"Aku boleh mati juga lepas kahwin dengan Eman."

"Why are you so stubborn?? Urghhh..." Geram pulak aku layan budak ni. Boleh pulak dia buat perangai time saat-saat genting macam ni. "Listen to me... Please."

"Lalalalalala... Can't hear you." Tirah menutup kedua belah telinganya dengan tangan. Perangainya tak ubah seperti kanak-kanak. 

"Tirahhh!!!"

"Nope."

"Ok fine! Let's go." Aku membuka tingkap yang berada di hadapan Tirah. Nasib baik tingkapnya luas. Bolehlah buat movie Rapunzel.

"Are you serious, Zee?" Tirah nampak terkejut bila nampak aku buka tingkap tu. Dia tak sangka yang aku mampu lakukan semua ni.

"Yes! Come on.. Grab anything you need."

Tirah menuruti arahanku tanpa bersoal banyak. "Ok done. Let's go."

Tirah berdiri belakang aku yang sedang menjenguk-jenguk ke bawah. Aduh masalah...

"Why???" soal Tirah.

"Tinggi giler wey. Kalau terjun confirm mati."

"Eeee bongok! Ajak lari pun tak reti."

"Aku tak pernah bawa lari bini orang ok!"

"Alasan je banyak! So, macam mana ni???"

"Pintu?"

"Kau bawa aku lari depan mata Eman?"

"Hmmm yes?"

"Sound cool. Tak pernah lagi orang buat macam tu kat aku. Ok jom!"

Aku membuka pintu. Theresa dan Eman masih di situ. Begitu juga ibu bapa Tirah dan juga kawan-kawanku. Semua terpaku melihat kami keluar dari bilik tergesa-gesa.

"Tirah?" ayah Tirah, Dato Mansor, bersuara.

Suasana menjadi sunyi. Fikiran aku sibuk mencari alasan yang munasabah untuk menerangkan keadaan kami sekarang. Aku risau kalau Tirah dibuang keluarga.

"Abah, Tirah taknak teruskan perkahwinan ini." jawab Tirah ringkas. Dia tenang sahaja. Mungkin dia sudah merancang untuk membatalkan perkahwinan ini.

"WHY???" tengking Dato Mansor. Mukanya berubah bengis tahan marah.

"Tirah taknak perkahwinan yang sia-sia. Bagi Tirah, perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat bermakna. Kalau abah paksa Tirah kahwin dengan Eman untuk majukan business abah, Tirah rasa hidup Tirah ni one of your games! Boleh jual beli."

Dato Mansor bergegas menghampiri Tirah sambil tangannya sudah naik ke atas. Melihat keadaan itu, aku cepat-cepat menahan tangan Dato Mansor dengan tanganku.

"Please don't, sir. She's your daughter."

Mata Dato Mansor tajam merenung aku tapi dia tidak bersuara. Tangannya juga perlahan-lahan turun. Mungkin dia sedar yang tindakannya keterlaluan.

"Papa, dah lah. Look at you. Gara-gara business awak nak pukul anak sendiri. She's our only princess." Ibu Tirah, Datin Maimunah, datang mendapatkan suaminya itu. Suasana tegang menjadi tenang. Aku dapat rasakan perubahannya.

BengkokWhere stories live. Discover now