Bab 32

5.7K 146 33
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Aku nampak semua sibuk di dalam kubikel masing-masing. Aku sengaja jalan perlahan-lahan sambil memerhati sekelilingku. Rajin pekerja kat sini ni. Jarang aku nampak yang makan gaji buta. Bagus.. Bagus..

"Morning, Zee. Lewat sampai hari ni." Seorang pekerja menegur aku saat aku melalui kubikelnya. Itu Adam. Dia putih gebu, tinggi dan wajahnya persis ahli gymnastik dari Brazil; Arthur Nory Oyakawa Mariano. Kalau tak kenal, boleh lah Google ye. Haha.

"Morning, Adam. Ada hal sikit tadi."

"Theresa tak masuk hari ni?" soalnya lagi sambil menjeling ke arah kerani yang menjaga kaunter dekat pintu office Theresa.

"Nope. Dia ada hal juga hari ni. Maybe esok dia masuk. Why? You need to see her?"

"Haha. Takdelah. Just asking. Ok, I gotta back to work now. See ya, Zee." Adam kembali ke meja, mengadap monitor komputer. Dia mulai menaip sambil membelek kertas kerja. Maybe tengah key in data. Taknak ganggu lah.

Aku meneruskan perjalanan hingga tiba di kaunter bilik office Theresa. Selepas bertegur sapa dengan kerani di kaunter, aku pun masuk ke dalam bilik office Theresa. Bosan juga takda Theresa. Hmmm.... Aku tengok atas meja, ada beberapa keping fail sedang menunggu untuk diperiksa. Bagus. Boleh aku lupakan hal tadi buat sementara waktu. Entah kenapa, aku rasa Ariana macam sedikit menakutkan.

Aku duduk lalu mula membuka fail satu persatu. Banyaknya projek masuk tahun ni. Makin kaya lah boss aku ni. Aku pula bila nak kaya? Huhu..

TING!! Ada WhatsApp baru masuk. Aku nampak nama Theresa di skrin. Aku pun buka text tu.

>Zee, lunch together later at 12.30.

Aik. Aku ingatkan Theresa ada urusan di luar kota. Aku terima saja pelawaan Theresa. She's the boss. Cannot say no to the boss. Haha.. Konon lah.

Aku tekun membaca semua kertas kerja. Dah hanyut dalam kesibukan. Tiba-tiba, phone aku berbunyi, seperti biasa nama Theresa terpampang. Aku pun jawab panggilannya.

"Where are you?" kedengaran suara Theresa di hujung talian.

"In the office. Why?"

"Lunch date? Forgot?"

Aku cepat-cepat tengok jam. Alamak! Dah nak dekat pukul 1.

"OMG! Sorry.. I lost track of time. Goin out now."

"I knew it. I'm outside btw. Save you some time."

Aku tengok dari tingkap. Aku nampak kereta Theresa di perkarangan bangunan ni. Wow! Aku pulak rasa macam boss. Ada driver. Haha.

"Ok, coming."

Aku mematikan talian. Kemas-kemas sikit meja then keluar dari office. Aku berjalan ke arah kereta Theresa sambil mataku menjeling ke arah cafe milik Ariana. Full house. Ramai orang lunch kat sana. Haruslah. The western food there are so da bomb! Aku dah pernah try.

Aku nampak Theresa menurunkan cermin keretanya. Mulutnya terkumat kamit. Mungkin suruh aku cepat. Haha. Aku mempercepatkan langkahku hingga tiba depan pintu tempat penumpang. Aku buka pintu lalu masuk ke dalam. Belum sempat aku pasang tali pinggang keledar, Theresa dah memecut laju.

"Wow. Why the rush?"

"I have something to tell you."

"What???" Gossip panas ni. Tak sabar nak dengar.

"Nanti sampai restaurant, I cerita."

Aku anggukkan saja. Perjalanan memakan masa selama setengah jam. Dalam masa setengah jam tu, aku dan Theresa hanya berborak kosong. Aku bagitau dia yang sekarang Ika ada kat rumah. Theresa bagi aku jelingan yang penuh bermakna. Aku cuma mampu tersenyum kelat. Haha. Aku tak bagitau lagi tentang kejadian pagi tadi. Lepas Ariana tanya soalan tu, aku tak mampu nak berkata-kata. Aku cuma bagitau dia yang aku dah kena pergi. Aku sempat berpaling ke belakang masa nak pergi kereta. Aku nampak dia senyum je. Like an innocent little girl. Adakah itu petanda yang baik? Entahlah.

BengkokWhere stories live. Discover now