{ Bab 8 }

90 0 0
                                    

Jariku bergeligat menaip di papan kekunci. Mata pula fokus pada skrin iMac yang terpampang besar kat depan muka. Baru sehari je aku tinggalkan pejabat dah berlambak kerja yang perlu nak disiapkan.

Ketukan halus di palukan pada pintu bilik ruanganku. Apa lagi lah yang nak disampaikan oleh PA aku ni.

Ziana, pembantu peribadiku yang hampir 2 tahun lebih berkhidmat setia pasti diarahkan oleh Papa menyampaikan sesuatu pada aku. Hanya dia saja yang mampu aku percayai di syarikat ni. Staf yang lain jangan harap. Asyik mengata aku dekat belakang adalah.

'Masuk.' Sapa ku dari dalam. Ziana segera masuk dengan sebuah fail di genggamannya.

'Morning Puan Trisya, ini dia fail yang Tan Sri Haiqal minta Puan Trisya selidiki masa tu.' Ziana menghulurkan fail hitam ke atas meja.

Mata aku tertumpu pada timbunan fail yang tidak pernah berkesudahan. Menghadap kertas lah kau bulan ni Trisya. Sebakku dihati. Tak satu-satu benda yang perlu aku selesaikan. Belum lagi projek besar yang Papa cadangkan bulan lepas ini pula dah datang satu projek baru kat meja aku.

' Ini fail apa?' Lirikan ku tertumpu pada Ziana.

'Puan Trisya ini fail lengkap projek 'Majestic night' yang Puan dan Tan Sri mulakan 2 bulan yang lalu..' Aku mengangguk mengarahkan Ziana untuk menyambung penjelasannya.

'Projek ni yang bertemakan daya tarikan antarabangsa untuk mempengaruhi minat pengusahawaan dari luar negara bagi memudahkan cara pelaburan di syarikat kita. Dan buat masa sekarang semua details dan pengubahsuaian sudah siap dikemaskini. Tinggal Puan semak dan tanda tangan saja lepas tu pihak staf sudah boleh memulakan prosesnya.' Panjang lebar Ziana jelaskan kat aku. Sebab itulah aku suka hire dia. Tak sia-sia aku bayar gaji dia besar sebab dia faham apa yang aku maukan tanpa aku mengarahkannya lagi.

'Hmm.. okay, ada apa-apa lagi?' Jawap dan tanya ku ringkas kepada Ziana sambil membelek kertas-kertas yang terkandung di fail tersebut.

'So far tak ada apa-apa lagi Puan.' Ziana menjawabku.

Tanpa aku mengatakan apa-apa kepada Ziana, dia tahu yang aku sudah membolehkan dia untuk keluar dari bilik pejabat aku.

Aku mula menyemak kertas yang didalam fail tersebut. Satu persatu info aku baca.

'So far so good.' Bisik ku pada diri sendiri. Lebih 10 minit aku membaca isi-isi penting di setiap helai kertas itu.

Tuk. Tuk. Tuk.

'Sila masuk' Izin ku.

Tercegat batang tubuh Ziana didepan aku sekarang. Mukanya pucat lesu.

' Awak okay ke Ziana? ' Agak risau juga aku melihat reaksi Ziana ni.

' Puan.. Model utama syarikat kita baru saja call. Dia telah membatalkan kontrak dengan syarikat Qas,' Gugup Ziana menjelaskan kepadaku.

'Macam mana boleh jadi macam ni?' Sergah ku. Terkejut juga aku dengar berita ni. Tak pernah dalam sejarah aku berkerja selama ni orang nak batalkan kontrak dengan syarikat Qas.

'Tak tahu Puan. Itu saja yang disampaikan oleh manager model itu tadi.'

Aku menarik nafas dalam-dalam. Sedang mendidih darah aku sekarang, pantang sangat aku dengan orang yang sesukahati saja menyusahkan syarikat aku ni. Sabar Trisya. Bawa bertenang.

'You bagi I list nama-nama model yang ikut uji bakat masa tu.' Arah ku kepada Ziana. Ziana dengan pantasnya menuruti perintah mencari list tersebut.

Hati aku ni dah tak keruan. Sukahati benar betina tu main tolak-tolak rezeki dengan aku. Kalau dia benar tak nak dah kerja kat sini. Banyak lagilah yang nakkan posisi dia. Jangan nak berlagak sangat Cik Vee oii. Geram ku dihati.

'Ini dia Puan.'

Aku menyemak setiap list biodata model-model yang pernah mencuba nasib mereka nak berkerja kat sini.

Mata aku tertuju pada sekeping biodata yang dimiliki model yang baru terkenal didalam persada peragaan di Malaysia ni. Yang ini paling sesuai dengan cita rasa aku untuk dijadikan duta di syarikat ini. Aku rasa Papa pun setuju juga dengan pilihan aku.

'Ziana. I want you to contact this person tenghari nanti. Tell her yang kita nak beri dia peluang berkerja kat sini..' Ziana mencatatkan apa yang aku arahkan pada dia di Ipad.

'And, if she agrees. I want you to an appointment for her to meet me.' Sambung ku lagi. Ziana mengangguk tanda semua sudah di ambil tahu olehnya.

'Ok. That's all. You may go now.'

Aku menyandarkan badan di kerusi empuk milikku. Pagi-pagi lagi dah kecoh aku oleh isu model berlagak famous tu. Nasib baik aku terfikir nak simpan biodata model-model yang pernah uji bakat kat sini dulu. Kalau tak, terpaksalah aku buka tawaran uji bakat sekali lagi. Syukur pada Tuhan. Tak perlu aku nak menghadap segelintir perempuan plastik zaman sekarang. Opss. My bad.

Aku Cinta Kau.. Trisya AmeeraWhere stories live. Discover now