{ Bab 16 }

75 1 0
                                    

Puan Zureena mengupaskan buah epal hijau kesukaan suaminya sambil fokus menonton kaca televisyen. Maklumlah Masterchef Malaysia sedang disiarkan sekarang di astro Ria.

'Amboi Zureen, tak terkelap biji mata tengok tv. Nanti tertoreh jari dengan pisau tu baru tau.' Sindir Tan Sri Haiqal kepada isterinya yang asyik duk melayan tv memanjang. Epal yang dikupas pun tak juga nak siap.

'Ish abang ni tak pernah nak tengok I senang je. I ni bukan apa bang.. I nak tengok macam mana diorang selebriti ni masak. Hebat ke tak. Boleh kalahkan I ke apa.'

'Pandai menjawap pula, sukahati U lah Zurren, asalkan apel I tu siap dikupas, lepas tu lantaklah U nak tengok tv puas-puas sampai esok subuh pun boleh.'

'Abang ni. Tak senang hidup kalau tak perli Zureen hari-hari kan.' Jawap isterinya lagi, kali ini matanya mula tertumpu kepada buah apel yang di genggaman namun dia masih mencuri-curi pandang ke skrin tv 60 inci nya itu.

'Abang..' Puan Zureena  menghidangkan apel hijau yang siap di belah nipis kepada suaminya.

'Apa dia?' Tanya Tan Sri Haiqal sedikit berkerut. Jarinya pantas meratah buah kesukaannya itu tanpa berlengah.

'Abang tau ke pasal Trisya dah ada boyfriend?'

Tercekik kering Tan Sri Haiqal selepas mendengar kenyataan dari mulut isterinya. Bagaikan terkena kejutan elektrik ke seluruh badan. Puan Zureena dengan tangkas menyuakan air kepada suaminya.

'Abang ni kalau ya pun nak sangat makan apel tu jangan sampai gelojoh. Ni abang pula yang tercekik. Nah minum air ni dulu.' Risau juga Puan Zureena kepada suaminya. Mana tak nya dia risau, Tan Sri Haiqal dulu pernah terkena serangan jantung akibat bertengkar dengan anak sulung mereka Hanif Zaidi. Nasib baik itu cuma kes minor sebab masih boleh di kawal dengan mengambil ubat.

'Abang okay ke ni?' Soal Puan Zureena menyambut gelas kaca dari jari suaminya.

Tan Sri Haiqal sempat menganggukkan kepala tanda dia sudah ok sebab takut nanti isterinya bertambah panik tak tentu pasal.

'Apa yang U cakap tadi?' Soalnya untuk memastikan apa yang dia dengar itu tepat mengenai Triysa.

'Pasal kekasih Trisya lah abang. Yang abang nak terkejut sangat ni kenapa? Takkan lah abang tak pernah terserempak dengan diorang berdua.'

Makin berkerut kening Tan Sri Haiqal memikirkan siapakah gerangan yang di nyatakan oleh isterinya tadi. Setahu dia tak pernah pula dia ternampak Trisya bergaul dengan perkerja lelaki mahupun usahawan lelaki yang pernah datang ke syarikat mereka.

'Tak ada pula Abang tengok. U ni tau dari mana?'

'Dari mana lagi. Dari mulut Trisya sendiri lah bang.. Semalam Zureen sempat bincang dengan Trisya tentang hal yang kita pernah discuss dulu, lepas tu Trisya cakap dia dah ada calon dia sendiri untuk di jadikan suami. Tapi katanya, mereka berdua masih di dalam proses mengenal hati budi masing-masing.'

'Ye ke?' Masih kurang percaya Tan Sri Haiqal dengan penjelasan isterinya. Melainkan hal itu betul-betul terbukti di lihat oleh mata kepalanya sendiri.

'Ye bang. Takkanlah Trisya nak tipu kita pula. Kita didik dia jadi orang jujur sejak dia kecil lagi bang.. Trisya pasti cakap hal yang benar. Cuma I heran kenapa kita langsung tak tahu pasal ni. Tak perasaan pula yang anak kita tu sedang asyik bercinta.' Terbayang Puan Zureena zaman gemilang nya saat kali pertama bertemu dengan Tan Sri Haiqal.

'Syukur Alhamdulillah kalau betul apa yang U cakap Zureen. At least I get to know that Trisya dah move on from her past. There is no more Kasyah in her history.' Ujar Tan Sri Haiqal sedikit kesal dengan nasib yang menimpa anak perempuan nya.

'Yes abang, hopefully there is no more of Kasyah in her life.' Sahut Puan Zureena dengan pantas.

'Tapikan bang.. I curious juga siapa orang nya bang..'

'Nak curious apa bendanya, senang cerita suruh si Trisya tu bawak dia jumpa kita. Sembang-sembang tanya pasal background dia semua. Tak payah U nak curious lagi lepas ni.' Bernas juga idea suami nya itu.

'Betul juga bang.. kenapa I tak terfikir pasal tu.. kalau macam tu I will minta Trisya arrange perjumpaan kita dengan dia like maybe within this week.'

'Kalau this week I tak dapat. I nak pergi site, nak jenguk tempat untuk projek baru I. U buat next 2 week jelah.' Cadang Tan Sri Haiqal.

'Okaylah bang, we will meet him in the next 2 weeks then. Tak sabar nye I..' Tan Sri Haiqal hanya mampu tersenyum dengan tingkah laku isterinya yang sangat beria sakan.

Aku Cinta Kau.. Trisya AmeeraWhere stories live. Discover now