Bab 33.

6.1K 278 5
                                    

Haris mengetuk kepalanya. Hesh! Apa ni? Semenjak Elia berhenti kerja tempoh hari ,kepala makin hari makin biul nampaknya. Kuat betul penangan Elia Norisha.

Iphone 5s dikeluarkan dari poket nya. Dia mula mencari nama Emir,rakannya sejak dari bangku sekolah ,di senarai kenalan.
Bila sudah menjumpai nombor telefon milik Emir cepat-cepat dia menghantar talian terlebih dahulu. Sebaik sahaja panggilan terjawab.

"Hello bro! " sapa Haris.

"Yow. Apa khabar? Ingat dah tak ingat aku. Lepas balik dari Jordan masing-masing diam je"

"Weh duh! Kau nak touching sangat ni kenapa bai?" Haris tergelak.

"Touching tak touching. Eh! Apehal kau call aku ni?" soal Emir sedikit kuat.

"Eh eh kau ni. Kalau aku call siap tengking eh. Kalau awek call entah-entah tone suara berlendir. Eiii" kutuk Haris.

"Kau pernah makan penampar sulung aku beb?"

"Dah dah. Weh! Malam ni bola. Jom lepak?" cadang Haris. Keningnya terangkat.

"Set! Lepas isyak. Kedai depan balai bomba sana. "

"Roger! Aku chaw dulu beb" Haris mematikan talian.

Dia mencapai begnya yang di letakkan di atas almari di belakang nya. Dia mula mengatur langkah ke arah counter penjagaan.

"Mimi! Saya nak keluar dulu. Maybe lepasni saya tak masuk. Esok la saya masuk pun. Awak tolong tengok-tengokkan hotel okay?"

"Baik boss"

"Errrr Mimi"

"Ye saya. Kenapa boss?" soal Mimi hairan. Keningnya terangkat.

"Elia takde call or massage awak ke?" soal Haris acuh tak acuh.

"Ada tu ada la boss. Macam ni la saya boleh cakap. Lebih baik boss lupakan je la perasaan boss. Sebab saya dah kenal Elia dah lama. Dia takkan berpaling balik dengan perasaan orang yang suka dia. Saya harap boss faham."  terang Mimi dengan rasa yang bercampur .

Lambat-lambat Haris mengangguk kemudian berlalu keluar ke keretanya.
Mimi menggelengkan kepalanya. Ramai betul minat dekat si Elia haa. Padahal minah tu mana ada melayan. Cuba minat aku, ada la jugak aku melayan. Tu pun kalau yang hensem yang sado do je la.Huhu. Huh. Kuat betul daya tarikan graviti kau ni Elia. Geram pulak aku di buatnya.

"Cik Emir! Ada orang nak jumpa!"

Emir berpaling ke arah suara itu. Ya. Elia!

"Siapa? "Kening Emir terangkat. Lambat-lambat Elia menjawab.

"Errr apa kata awak pergi tengok sendiri.Dia ada kat luar" jawab Elia acuh tak acuh.

Emir mengangguk. Kemudian dia keluar dan berlalu ke arah tempat yang dimaksudkan Elia. Sampai sahaja di tempat itu. Emir menepuk dahi dan mengusap belakang leher nya.

"Hai Baby! How are you? Asal I call you tak answer ha?" soal perempuan seksi itu. Tidak silap lah! Ini lah perempuan yang bernama Farah Emelda tu kan? So eiiyu! Macam manusia zaman purba betul dengan lipstick warna hitam.Rambut sanggul tinggi.Seluar atas buku lali. Sumbang panjang sampai nak mencecah bahu.Mata celak macam mawas,punya la tebal. Baju masuk dalam seluar. Eh! Apa punya orang la dia ni!

"Farah! Berapa kali I nak bagitau you ? Kan I dah warning.Jangan  jejak kaki you kat sini atas atas sebab nak jumpa I! "

"Laaa.Kenapa ni Baby? Takde pulak undang-undang office ni menyatakan yang I tak boleh masuk kawasan ni" Farah menghentak kakinya. Eh! Cover ayu betul. Subang telinga dia tak bergoyang pun dia punya hentak kaki. Aku rasa kalau si Elia hentak kaki,bukan setakat subang bergoyang. Satu office ni semua goyang abis!

"Ya Robbi! Kenapa you bengap sangat? Belajar oversea ,balik Malaysia bengap jugak. Takkan I nak tampal gambar you besar-besar dekat bawah sana lepastu buat notis menyatakan you tak boleh masuk. Eh Farah! You faham-fahamlah sendiri! "

Elia diam tidak berkutik. Nak ketawa tak sampai hati.

"Lah! Letak aje lah. I kan lawa. Flawless .Gojes"  Farah membaiki sanggul rambutnya.

"Ahahaha. Kejap! You cakap apa? You Flawless? Gojes? Lawa? Ya Ampun!
Macam muka bapuk bersiri ada lah! Geli nyah! Jom Elia! Kita keluar lunch. Biar dia beku kat sini. Alang-alang biar jadi patner Pak Mait ,pakcik guard sana"

Elia mengembungkan pipinya ,mengelakkan dari tawanya terburai.Hailah Emir! Mulut kau laser betul!

Takdir CintaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora