Tiba-tiba semua flashback datang balik;
Bermula dengan;
Aku selalu tidur dalam kelas time agama. Seriously setan? Obvious sangat.
Aku jarang siapkan homework matematik. Tidak kira matematik tu yang jenis tambahan atau yang takde tambahan. Bukan apa, masalah matematik tu lagi complicated daripada masalah hidup aku. Cikgu aku tu pulak tahu kasi homework banyak nak mati. Katanya simple je. Ha, cer kalau suruh cikgu tu buat karangan pasal peribahasa 'bagai melepaskan batok di tangga'. Reti?
Nasib baik aku ni terer BM. Aku tolong member cina aku punya homework BM, dan mintak member cina aku tu kasi tiru jawapan homework matematik. Sistem barter. Setiap pagi sebelum nyanyi lagu Negaraku, mesti ada slot copy paste jawapan.
English... Somehow lagi senang daripada BM. Maybe sebab banyak sangat tengok movie English dan duk layan social network yang cakap omputeh. So, pass!
Sejarah hanya tinggal sejarah.
Chemistry... Hm... Aku selalu sembang pasal pompuan dalam lab.
Biology... Somehow masa discussion dalam kelas nampak menarik dan seronok. Tapi bila keluar soalan atas kertas, seolah-olah kau tak pernah kenal pun makhluk tu apa. Pancreas contohnya. Kerepek apa tu?
Fizik... Malangnya cikgu aku pesen yang bercakap dengan computer dia sahaja. So, computer dia je yang pandai. Semestinya aku tidak.
Menyesal tak belajar betul-betul? Semestinya tidak. Aku lebih menyesal sebab belajar cuma untuk exam. Aku patut belajar untuk ilmu di sebalik semua subjek tu.
Oh shit. Aku bazirkan zaman remaja aku untuk belajar jawab kertas periksa yang tak beri sebarang pengajaran dalam hidup aku. Tapi somehow result bagi periksa tu mampu menjamin masa depan aku?
Kau gila?
Dahlah pada masa yang sama sedara mara akan sebok busybody tanya pasal result kau. Nak compare dengan anak dia la tu.
Tu tak kira jiran lagi.
"So..." Yaw datang menyapa.
"Yup, aku dah packing semua barang aku. Kau?"
Yaw gigit bibir. Dia still belum packing barang dia.
Kitorang plan kalau result kitorang teruk, kitorang nak lari dan menyorok dalam hutan sampai wabak tanya result SPM ni reda.
Tapi itu masalahnya.
Aku dengan Yaw sepupu.
Apa jadi kalau result aku lagi bagus dari result dia? Aku nak react macam mana?
Lagi teruk, macam mana kalau result dia lagi bagus dari result aku?
AH, SHIT.
Aku tengok semua budak-budak lain yang turut sama bertempiaran dekat dalam dewan ni. Semua tengah berdebar-debar sebab risau result macam mana.
Ada yang sebelum ni tak pernah sembahyang, tapi tiba-tiba dua tiga hari ni reti sembahyang. Ada yang tak berhenti solat hajat. Ada jugak beberapa yang acah-acah cool 'aku tak kisah pun result aku macam mana', tak pun 'result aku mesti teruk, rileks la', padahal dalam hati bersungguh harap result dia bagus.
Deng it! Aku patut stay dekat padang tadi. Terus baring dan cuma datang bila pengetua habis berucap pasal statistik pencapaian sekolah yang tak ada orang kisah. Well... pengetua dan staff sekolah je yang kisah.
Aku pandang slek pada Izwan yang tengah tengok aku melalui tingkap kelas dia dekat seberang dewan ni. Kuajaq punya budak. Tadi aku molek-moleh baring kat padang kau kacau aku. Lepas tu lari masuk kelas.
Berdebar punya berdebar, sampailah masa untuk beratur dan ambil result ikut kelas.
Mungkin aku patut ambil last? Lepas semua orang dah tahu result, baru aku ambil. Tapi...
Sial betul budak kelas aku ni, di tolaknya aku depan sekali.
"Fa'iq..." Guru kelas cari nama aku dalam list dia dan dia tanda.
Lepas tu dia belek satu demi satu slip result yang dia pegang. Debaran tu tidak digambarkanlah macam mana.
Obviously bukan straight As atau budak yang A lebih daripada 7, sebab budak spisis ni dah pun dipanggil, dijulang dan ditangkap gambar masa hujung ucapan pengetua tadi.
Macam mana kalau aku fail? Shit!
Macam mana kalau aku takde A?
Macam mana...
Sebenarnya aku akan lega bila lagi ramai orang yang result dia lagi teruk daripada result aku.
Tapi nak tunggu sampai tahap tu, sempat aku pitam.
Macam mana pulak kalau result aku paling teruk?
"Ini result kamu..."
Aku ambil pelan-pelan slip result yang guru kelas aku bagi dan aku perhatikan betul-betul apa yang tertulis dekat atas kertas tu.
Aku ambil masa nak hadam.
Lepastu aku –

YOU ARE READING
APA NAK BUAT LEPAS SPM?
HumorFa'iq ada sixth sense. Dia boleh baca fikiran orang. Tapi, apa yang lagi penting, dia baru habis SPM. Dan ini, adalah kisah yang klisé dan membosankan Fa'iq yang tak tahu apa yang dia nak buat lepas SPM.