11: EPILOG -PROLOG

2.3K 140 25
                                    


"Kau buat apa?"

"Tak buat apa..." cepat-cepat aku sorok handphone ke belakang badan supaya Yaw tak nampak.

"Kau... tengok porn? Tengok siang-siang?"

"Harini kan Isnin."

Yaw melompong – tak faham.

"Monday blues," aku cuba jelaskan kasi dia faham. Tapi nampaknya cubaan aku gagal.

Aku tak tengok porn pun. Aku tengah baca siri Limauman dekat Wattpad. Aku lagi rela orang ingat aku tengok porn daripada orang tahu aku baca Wattpad. Lagi senang nak explain.

"Aku boring la. Jom jalan?"

"Woops. Sorry..." Dengan pantas dan tanpa dikesan aku masukkan handphone ke dalam kocek. "Kejap lagi aku nak jumpa Kanda Hasra."

"Ish. Kau still contact dengan dia lagi ke? Aku ingatkan lepas misteri manusia-manusia terencat macam kau ni habis, kau jalani kehidupan sebagai manusia normal."

Terdiam kejap aku. "OK... Aku memang normal. Dan, aku still boleh baca fikiran orang. Dan, apa salahnya aku contact dengan brader psychologist tu? Dia boleh aku aku psychic."

"Gila. Psychic apa?"

Aku gelak buat-buat.

"Macam mana dengan cikgu kaunseling korang tu ek? Dah lama kau tak mention dia."

"Oh..." Aku bangun, dan tuang air ke dalam mug. "Dia jumpa ramai budak-budak lain yang lagi menarik untuk dia 'selesaikan'. Aku pun malas nak kasi dia menyemak dalam hidup aku." Aku kemudian duduk semula dekat kerusi meja makan ni dan minum.

"Macam tu ke...?"

Phone berbunyi – ada WhatsApp masuk. "OK, brader psychic tu dah sampai. So... chaw!"

Aku terus pergi meninggalkan Yaw begitu sahaja. Macam biasa.

"Mak, Ayiq keluar!" dan aku keluar daripada rumah dan masuk ke dalam kereta Kanda Hasra – masuk ke seat belakang. Seat depan dah ada Izwan. "Wassup!"

"Ready?" Brader psychic tu tanya.

Aku bertukar pandangan dengan Izwan sebelum tanya, "Kita nak jumpa dengan siapa ni?"

"Ada tengok berita tak baru-baru ni?"

"Tak," pantas aku jawab.

"Kita nak jumpa dengan dua orang budak yang terer selesaikan kes macam korang berdua."

"Siapa?"

"Nanti jumpa la." Kereta ni mula bergerak

"Ok..." Aku bersandar dan pakai seat belt. "So kita ke mana ni?"

"Kita ke kampus."

APA NAK BUAT LEPAS SPM?Where stories live. Discover now