9: REVIEWER TAK BERTAULIAH

3.8K 175 45
                                    



"So, apa komen kau pasal movie tu?"

Well, sebenarnya plan asal nak sembang pasal UPU yang kitorang baru isi. Obviously sebab nak tahu kemana aku akan pergi – dan adakah sama hala tuju dengan kawan-kawan aku ni.

Tapi sebab kitorang ni remaja yang hidup zaman teknologi, attention spend kitorang tak panjang. Lepas saja letak punggung, Rosyaimy terus tanya pendapat aku pasal movie Batman lawan Superman yang baru je keluar dua hari lepas.

Terus hilang soalan UPU...

"Well... Movie tu..."

Sebenarnya akulah orang yang paling layak untuk ditanya soalan begitu dalam kelompok yang ada sekarang ni – aku, Rosyaimy, Afifah, dan Firdaus.

Sebab lepas sahaja aku bosan tengok porn dan melembikkan lutut, aku terus pilih jalan yang lebih baik dengan berubah menjadi film reviewer.

Tengok filem yang tak ada (kurang) adegan lucah.

For now, filem yang aku dah tengok dan dah review termasuk Zootopia, Boboiboy the Movie, Kungfu Panda 3, Ola Bola, Munafik, dan obviously Deadpool.

Batman lawan Superman belum.

Secara dasarnya, aku taklah tulis review kat mana-mana pun. Aku just membebel dekat Yaw, Izwan, atau dengan Makwe aku. Tapi... Still review kan?

"Aku rasa movie tu best," sampuk Firdaus.

"What the fuck?" Aku melatah.

"Aku tahu, kau mesti nak cakap movie tu tak best kan? Kau tak baca komik do. Kalau kau baca komik, mesti kau rasa movie tu best."

"OK, OK... Yang lain boleh ambil makanan korang dan pindah meja sementara aku bagi pelempang realiti kat mamat ni..."

"Oh God, no..." Afifah dah terbeliak.

"Apasal? Betul la aku cakap. Kau tak boleh compare DC dengan Marvel sial," Firdaus berikan point kedua yang tak ada kaitan.

"Buat apa nak compare. Nak compare DC dengan Marvel tu macam kau cuba nak compare Ola Bola dengan Munafik yang konfem-konfem lain."

"Tapi macam yang aku cakap tadi. Kau belum baca komik, sebab tu kau rasa tak best. Kalau kau baca komik, kau akan rasa movie ni best," pengulangan point daripada Firdaus.

"Kau cakap tu macam ni – kau belum pernah tengok perempuan umur 50 tahun. Kalau kau pernah tengok, kau akan rasa Rosmah tu lawa. Like, what the fuck? It doesn't make any sense."

"Fa'iq..." Rosyaimy tegur. Dia menyesal sebab start benda ni.

"First of all, aku kena tengok balik scene mak bapak Bruce mati LAGI. Tak ada character development LANGSUNG. Lex Luthor dah jadi macam Joker. Alfred jadi Tony Stark. Wonder Woman tiba-tiba muncul merata-rata tiba-tiba. Part lawan Doomsday, semua orang tahu dia makin kuat bila kena hit tapi SEMUA orang still ambik giliran pukul makhluk tu. Batman dengan Superman jadi baik tiba-tiba CUMA sebab nama mak diorang sama. Superman datang cuma untuk selamatkan makwe dia, dan biar orang lain mati. And worst part is, Bruce Wayne mimpi sampai empat kali dalam movie tu. EMPAT KALI!!"

"Cool down," tegur Afifah pula.

"Yes. Tapi mimpi tu ada kaitan untuk next movie dia."

"Who cares. If your first movie pun tak make any sense, kau expect aku nak tengok kau punya next movie?"

Semua orang senyap.

Aku nak tambah pasal kenapa Superman yang kena tikam Doomsday, bukan Wonder Woman, tapi... cukuplah.

"OK, dah dah... Rileks. Aku ada berita gembira..." Rosyaimy try tarik ke topik lain.

"Apa?"

"Taylor Swift maybe akan datang Malaysia nanti..."

Firdaus tepuk dahi. "Aku tak suka Taylor do. Lagu dia tak best."

"What the fuck!" Aku melatah lagi.

Dan... Afifah dan Rosyaimy tahan telinga mendengar pertikaman lidah aku dan Firdaus.

________

Rosyaimy turunkan aku dekat depan rumah.

"So, UPU kau mintak mana?" Baru ditanya

Aku tanggalkan helmet. "Aku rasa aku ambik law kot. Kau Nampak aku bentang facts aku masa makan tadi?"

"Law? Diploma?"

"Aku isi asasi. Kau?"

"Aku?"

"Dah tu? Siapa?"

"Aku ambik kulinari kot?"

"Memasak?"

"Yup. Aku suka masak."

"Nice..." Aku hulur helmet pada mamat atas motor tu.

"Fa'iq, kau suka Munafik?"

"Tak. Aku try my best jadi Islam sejati."

"Bukan tu lah gila. Movie tu. Movie tajuk Munafik."

"Oh... Yang tu. Entah. Tak kot."

"Apasal?"

"Well, somehow ada jalan cerita dia yang menarik. Tapia da part yang tak best. Macam, Syamsul tu tak reti berlakon. Dan aku paling benci bila orang jahat dia punya matlamat cuma nak sesatkan orang kampong. ORANG KAMPUNG tau, bukan umat manusia. Lagi pun, bila part setan tu cakap arab, macam setan dia bilingual. Apa ke gila cakap arab macam baca buku teks. Tapi aku suka Nabila Huda. Dia terer berlakon."

"Waw. Ola Bola?"

"Ola Bola... Selaku tukang kayu, dapat katakana yang kayu-kayu dalam filem tu adalah kayu jati."

Rosyaimy tergelak. "Apa je yang kau suka, gila?"

"Boboiboy, Zootopia, Polis Evo... Movie-movie ni brilliant kot."

"Kau ni. Apa yang orang suka, tu lah kau tak suka."

"Bukan macam tu. Betul, mungkin movie-movie tu best untuk standard orang kita. Tapi belum cukup bagus compare dengan movie kat luar sana."

"Diorang ada budget. Kita ni..."

"Well, Indonesia bukan negara kaya, tapi still boleh produce cerita macam Ayat-ayat Cinta, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck..."

Rosyaimy gelak.

"Well, betul apa. Lagipun pelakon kita bukannya nak berlakon sangat. Diorang kebanyakan nak famous je. Cuba tengok balik, Zizan; semua movie dia jadi 'Zizan'. Aaron Aziz; semua movie dia jadi 'Aaron Aziz'. Yang berubah cuma nama character. Diorang basically dibayar untuk study character. Bukan berlakon on camera sahaja."

"OK. Baiklah. Aku rasa kau patut jadi lecturer."

"Kan?"

"OK, aku balik dulu. Ingat Fa'iq, jangan reti complain je. Kau pun kena perbaiki diri."

"Tuu dia, dia pun nak ayat sentap."

"Bye!"

"Ha! Baik-baik balik."

Rosyaimy pun berlalu bersama motor dia.

Tiba-tiba Mak keluar daripada pintu, "Ayiq?"

"Ye Mak?"

"Tadi Mak Tam talifon."

"Ha? Kenapa?"

"Yaw..."

"Kenapa Yaw?"

"Dia..."

Ah sudah.

APA NAK BUAT LEPAS SPM?Where stories live. Discover now