| The8 |

646 37 4
                                    


Kertas di atas mejaku dibelek - belek. Pening kepala aku bila lihat semua kerja yang menimbun. Entah bila aku boleh siapkan. Semua rakanku rileks jer.

Siap boleh ketawa, bergurau senda. Untunglah mereka semua. Cantik, pandai, disukai ramai. Lain dengan aku. Aku hanya seorang yeoja yang berkaca mata besar.

Lebih dikenali sebagai nerd? Yer aku mengaku aku budak nerd. Tiada siapa pun nak kawan dengan aku. Ada yang tegur-tegur macam tu je lah. Tapi yang paling teruk. Aku dibuli oleh rakan sekelas aku.

Namja dengan yeoja sama je. Haihh. Tapi bukan semua. Ada seorang je yang baik. Tapi tak pernah bercakap. Orang bercakap dengan dia pun dia angguk-angguk je. Lain lah kalau dia jumpa dengan Jun.

Aku tak pernah pula dengar dia cakap dalam bahasa korea. Tapi orangnya comel, baik tinggi pula tu. Aku selalu tengok dia. Perhati setiap perinci muka dia. Hensem!

Tapi dia tak mungkin perasan aku. Yerlah aku kan budak nerd.

" Yah! Kau buat apa tu? Tengok budak belakang tu erk? " kata Minsoo kepada aku. Aku apa lagi merah lah muka! Naik bahang dibuatnya. Tak guna punya Minsoo. Kalau The8 dengar macam mana!?.

" eh apa ni? " Minsoo menarik buku lukisanku daripada genggamanku. Andwae!!! Jangan buka!!! " Yah! Minsoo a..aku nak balik buku tu.. " kataku dengan takut-takut. Yer lah kalau aku tengking dia tak pasal-pasal dia pukul aku macam mana?

" woahh... " Mulut Minsoo terbuka. Lantas dia berlari ke arah The8. "Kya! Kau ada crush! Tengok cantik dia lukis gambar kau! " Kata Minsoo kepada The8. The8 hanya melihat lukisanku sambil tersenyum.

Aku memandang ke belakang. Ya aduh!! Ya tuhan kenapa dia tunjuk The8! Hampir mahu luruh jantungku. Tiba-tiba The8 mengalihkan pandangannya ke arah ku. Oh gosh! Aku pusing ke hadapan semula!

Argh!!!! Malu!! " Dengar sini semua!!! " Minsoo berdiri di atas sebuah bangku. Dia nak buat apa dengan buku lukisan aku tu? " kalau korang nak tahu y/n si budak nerd tu ada crush! Tapi aku rasa crush dia tak suka dekat dia balik! Sebab apa nak tahu? Sebab dia nerd! HAHAHA " Minsoo dan kawan-kawan sekelasku mengetawakan aku.

Aku tertunduk. Terasa malu. Keji sangat ke budak nerd? " Nah! Ambik buku kau balik! " Minsoo mencampakkan buku itu ke muka aku. Ish! Tak guna!

" kringgg!!! "

Bunyi loceng rehat berbunyi. Semua murid turun ke kafeteria untuk menjamu selera. Aku? Aku hanya duduk di kelas. Entah kenapa hati aku terasa sebak. Mungkin kata-kata Minsoo itu betul.

Mana ada orang suka orang nerd macam aku! " keji sangat ke orang macam aku.. " air mataku mula menitis. Cermin mataku dibuka untuk mengelap air mataku. Makin lama makin menjadi jadi tangisanku.

" saya tak suka awak nangis.. " sapa seseorang secara tiba-tiba buat aku terserentak. Aku menoleh ke kanan. Kelihat The8 sedang duduk di sebelah aku. Kenapa dia tiba-tiba datang?! Aku malu lah! Ergh ! Pergi lah jauh-jauh!

" a..awak n..nak apa? " tanyaku sambil menyembunyikan mukaku. " awak suka saya? " Tanya The8 kepadaku. Soalan kbat mana dia ambil ni. Dah teranglah aku suka dia. Haih.

Aku tidak memberikan sebarang respon. The8 tersenyum. Boleh dia senyum? Haih. Boleh gugur jantung aku. " saya dari China.. Sebab tu saya tak pandai bahasa korea sangat. " katanya.

Aku hanya mengangguk. Baru aku tahu dia ni dari China. Tapi kenapa dia tiba-tiba nak bercakap dengan aku pula ni? " walaupu saya tak fasih dalam bahasa korea.. Tapi saya tetap akan cuba cakap yang saya pun sukakan awak.. " katanya lagi sambil buat muka comel seposen dia tu lah.

Eh wait. Apa dia kata? Dia suka aku?! Ke aku salah dengar?! Hah? " W..wae? " tanyaku dengan gagap. Muka ku ditatap lama olehnya. Aku lagilah. Macam naik gila dibuatnya.

" saya sukakan awak.. Nak bukti? " tanyanya. Aku masih lagi tidak percaya. Terkebil-kebil aku melihatnya. The8 menggengam kedua belah tanganku. " Saya suka kan awak.. Sebagai bukti, saya akan genggam tangan awak.. Sampai jantung awak berhenti berdebar untuk saya.. "

Aku terkesima. Jantungku yang tadinya laju sekarang ni dah makin laju! The8 ketawa kecil. Mungkin dia dah nampak muka aku dah macam nak meletus kan? Haih. " Wo ai ni~ Iloveu~ aku cinta padamu~ saranghaeyo~ Aishiteru~ " katanya.

Boleh pula dia nyanyi yer. Ok lah. Giliran aku pula yang cakap. " Nado saranghae crush.." kataku sambil memeluk erat tubuh The8. " lepas ni awak jangan pakai spec ni lagi.. Saya belikan spec yang baru untuk awak yer chagi? "

Aku tersenyum lalu mengangguk kepalaku. Kami berdua ketawa setelah kedua-dua pihak sudah meluahkan perasaan masing-masing. Yelah malu lah katakan. Si The8 ni kalau malu comel je dia senyum haha! Ini dinamakan cinta tak kira rupa. Semua orang berhak memperolehi cinta. Cuma satu je. Kita mesti bersabar dan terus bersabar nae?

" Jom turun kantin? "

" kajja! " kataku sambil memegang erat tangan The8.

The End
___________________________

Yey! Author sje je buat ni XD. Ok kpd sesiapa yang dh nak exam ni author nak ucapkan gudluck! Do your best. And wish me luck too!!,T.T. jumpa lagi next week! Byebye!

K-POP IMAGINES [ BOOK 1 ]Where stories live. Discover now