Rahsia II

2.4K 218 18
                                    

Rumah kayu yang disewa oleh mereka itu agak terpencil dengan jarak yang sedikit jauh daripada rumah orang lain itu terasa sunyi sekali.. Hanya bunyi cengkerik dan angin sepoi-sepoi sahaja yang kedengaran.. Rumah itu sengaja dipilih oleh mereka bukan kerana ia terpencil tetapi kerana harga sewanya yang murah..

Kris duduk di atas meja sambil merenung tajam ke arah Jungkook yang kini sedang duduk menggigil ketakutan di sebuah kerusi.. Pandangan Kris benar-benar menakutkannya.. Kris kini seperti seorang lelaki yang bakal bertukar menjadi serigalajadian pada bila-bila masa sahaja.. Luhan hanya berdiri berdekatan sambil bersandar di dinding.. Dia hanya memandang Jungkook agak bersimpati.. Sesekali dia akan memandang Kris untuk melihat apa lelaki itu akan buat..

"Jadi, Jungkook!"

Jungkook agak tersentak apabila namanya disebut begitu oleh Kris..

"Apa yang awak tahu.?"

Jungkook segera tunduk apabila dia merasakan mata Kris yang merenungnya kini seperti akan mengeluarkan benda tajam yang boleh membunuhnya..

"Apa yang dah awak dengar.??" Soal Kris lagi..

Luhan hanya mampu memandang lelaki itu sambil berharap yang Kris boleh mengawal kemarahannya..

"Atau ada apa-apa yang awak nak tanya.." ujar Kris lagi..

Jungkook tidak menjawab sebaliknya tunduk membisu.. Dia dapat merasakan jika dia membuka mulut untuk bercakap walau sepatah pun, nyawanya akan melayang serta-merta pada waktu itu juga..

"Saya tanya baik-baik ni, Jungkook.." suara Kris kedengaran semakin keras.. "Jawablah.."

"Sa.... Sa... Saya...." Jungkook merasa seperti hendak menangis.. Luhan hanya mampu memandang lelaki itu bersimpati.. Kenapa lah lelaki itu mengikut mereka.? Kini dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk membantu lelaki itu kerana jika Jungkook dilepaskan, mereka pula yang berada dalam keadaan bahaya..

"Lembap!" Kris mendengus kuat kemudian segera bangun.. Dia menyambar kolar baju lelaki itu lalu mengheretnya keluar dari rumah itu..

"Kris!!"

Panggilan Luhan langsung tidak dipedulikan.. Kris masih lagi mengheret lelaki itu dengan perasaan marahnya yang membuak-buak.. Jungkook hanya terkapai-kapai cuba bertahan.. Dia cuba mengejar langkah Kris kerana jika dia berhenti, dia pasti akan mati tercekik dengan genggaman Kris yang amat kuat pada leher bajunya.. Ini adalah pertama kali dia merasakan dirinya benar-benar berada dihujung nyawa.. Luhan hanya mampu mengejar mereka dari belakang bagi memastikan Kris tidak akan melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini dan membahayakan..

Kris melepaskan genggamannya apabila mereka tiba di satu kawasan yang sedikit lapang.. Jungkook jauh terjelupuk di lantai kerana Kris menariknya terlalu kuat menyebabkan pertahanannya lemah.. Kris merenung lelaki itu serius sambil menggenggam buku limanya erat.. Tidak semena-mena Kris membuka genggaman tangan kanannya menyebabkan api marak menyala di situ.. Jungkook tercengang tidak percaya dengan mulut ternganga.. Dia membesarkan matanya memandang tangan kanan Kris yang kini berapi.. Sesuatu yang sangat mustahil.. Sesuatu yang tidak pernah dilihatnya selama dia hidup di muka bumi ini.. Sesuatu yang luar biasa..

"Kris...." Luhan kini sudah mula tidak sedap hati..

Kris tidak mempedulikan Luhan.. Perlahan-lahan dia mendepakan tangan kanannya yang kini berapi itu ke arah Jungkook..

"Jangan..." Jungkook terincut-incut untuk berundur bagaimanapun langsung tiada jalan keluar dari situ..

"Kris!!" pekik Luhan..

Huruf (EXO Version) ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat