Pindah

2.8K 220 26
                                    


Suasana di bandar itu amat berbeza dari sebelumnya.. Mereka kini berpindah ke sebuah pekan kecil yang mengamalkan hidup yang harmoni.. Masyarakatnya mempunyai budi pekerti yang baik dan sangat ramah.. Pelbagai aktiviti dan pekerjaan mereka lakukan.. Suasananya juga amat menenangkan berbanding datang ke kolej yang riuh dengan gosip-gosip terkini dan suka mengenakan orang..

"Jadi, Chanyeol..." Kris berhenti berjalan kemudian menghadap lelaki dengan telinga yang panjang itu.

Luhan dan Chanyeol turut berhenti berjalan.. Mereka kini berada di satu kawasan berumput yang lapang.. Mereka hanya menyimpulkan tempat itu sebagai padang bola sepak yang berdekatan..

"Awak dah boleh guna kuasa awak.?" Tanya Kris..

Chanyeol kelihatan teragak-agak memandang Kris kemudian memandang Luhan dan beralih kepada Kris semula.. "Saya tak tahu.."

"Sejak bila awak tahu awak ada kuasa macam ni.?" Luhan bertanya sambil berpeluk tubuh..

Chanyeol cuba berfikir seketika.. "Masa saya berumur sebelas tahun rasanya.." Chanyeol mengerutkan dahinya sambil berusaha untuk mengingati saat itu.. "Waktu tu saya hampir dirompak tak silap saya.. Saya tak sengaja halakan tangan saya padanya.. Masa tu lah saya dapat tahu.."

Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk..

"Lepas tu.?" Kris merenung lelaki itu.. "Awak ada beritahu sesiapa pasal kebolehan awak tu.?"

Chanyeol menggelengkan kepalanya.. "Saya ada cuba beritahu pada ibu dan ayah saya tapi... Mereka cakap saya terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng dan filem-filem mengarut.."

Luhan dan Kris tersengih mendengar kata-kata Chanyeol..

"Apa perasaan awak bila tahu kebolehan awak ni.?" Tanya Luhan pula.. Dia dan Kris kini seperti seorang wartawan majalah dan akhbar.. Pelbagai soalan mereka tanyakan bertubi-tubi kepada lelaki itu..

Chanyeol berfikir lagi.. "Sebenarnya saya ingatkan saya dah gila... Maksud saya, benda ni mustahil! Sangat-sangat mustahil.."

Kris dan Luhan tidak membalas.. Mereka faham bagaimana perasaan orang yang agak baru dengan dunia seperti itu..

"Tapi..." Chanyeol tunduk seketika memandang tangan kanannya yang mempunyai parut itu.. "Ini yang terjadi.."

"Ini takdir awak.." Luhan bersuara menyebabkan Chanyeol mendongak semula memandangnya.. "Nak atau tak... Awak kena terima.."

Chanyeol hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum tawar..

"Sekarang..." Kris berjalan ke hadapan sedikit bagi memastikan kawasan di sekitarnya lapang sedikit.. Dia memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa di situ selain mereka bertiga kemudian memandang Chanyeol.. "Cuba awak gunakan kuasa awak pada saya.."

"Hah.?!!" Chanyeol agak terkejut kemudian memandang Luhan sekali imbas yang hanya memandang mereka tidak memberi sebarang reaksi.. Dia kembali memandang Kris semula.."Awak dah gila ke.?"

Kris mengerutkan dahinya.. "Saya masih waras lah.. Buat je apa yang saya suruh.. Jangan takut.."

Chanyeol memandang lagi ke arah Luhan.. Luhan hanya mengangguk tanda mengiyakan perkara itu.. Chanyeol berfikir seketika agak risau kemudian memandang Kris yang berdiri di hadapannya dengan jarak beberapa meter juga memandangnya.. Dia masih lagi tidak yakin dengan tindakanya itu..

Chanyeol menarik nafas panjang kemudian menghalakan tangan kanannya perlahan-lahan ke arah Kris yang hanya berdiri selamba.. "WIND!!"

Angin kuat terpancar keluar dari tangan lelaki itu lalu memukul Kris.. Kris pula hanya terundur sedikit ke belakang bagaimanapun mampu bertahan dengan kakinya.. Luhan hanya menahan rambutnya daripada ditiup angin..

Huruf (EXO Version) ✔Where stories live. Discover now