bab 6- Lebanese

3.2K 63 21
                                    

Pagi Ahad yang hening sangat mendamaikan. Kamila hairan melihat Julia yang bersiap-siap. Biasanya hari minggu seperti itu, Julia akan tidur balik selepas subuh. Ini tidak, siap mandi kemain. Julia mengenakan pakaian untuk beriadah.

"Nak gi jogging ke?" soal Kamila.

"Ha'ah."

"Rajin lak Ikwan ajak Julia jogging."

Julia tersengeh. "Kalau dengan Ikwan memang mimpi la nak jogging hari minggu macam ni. Julia pergi dengan kawan lain la, kak."

"Oh, lelaki ke perempuan?"

Julia tersenyum dengan soalan Kamila walaupun seperti busy body tapi dia tahu, Kamila hanya mengambil berat tentang dirinya.

"Perempuan, kak. Dengan Hani."
i-phone Julia berbunyi. Setelah bercakap seketika Julia mematikan talian. Beberapa minit kemudian kedengaran orang memberi salam. Kamila menjawab salam dan segera membuka pintu bilik.

"Hani." Hani memperkenalkan diri seraya menghulurkan salam. Kamila mennyambut.

"Oh, kawan Julia yang nak gi jogging sekali tu ye?" ujur Kamila. Hani tersenyum mengangguk. "Kamila, panggil akak je."

"Jom, I dah siap." Julia muncul.

"Eh, tak ajak masuk dulu ke?" celah Kamila.

"Takpe kak." Hani menolak.

"Balik nanti Hani singgah, tadi Julia suruh dia naik atas pasal nak tunjuk kat akak dengan sapa Julia kelua. Takde lah akak risau nanti." Ujur Julia. Hani mengangguk. Kamila tersenyum.

"Ye, akak percaya Julia, lah. Hani nanti singgah lah masuk lepas balik nanti." Pesan Kamila.

"Insha-Allah, kak."
"Okay, kak. Kami pergi dulu. Assalamualaikum."

..............................................................................................................................
Julia mengelap peluh didahi. Baru dua pusingan dia dah pancit. Hani masih lagi meneruskan lariannya. Botol air minuman diteguk perlahan. Dia membuat regangan dibeberapa bahagian. Genap lima pusingan barulah Hani berhenti dan menghampiri Julia. Hani menyambut botol air yang dihulurkan oleh Julia.

"You gosok gigi tak tadi?" usik Hani sebelum meneguk air dari botol itu.

"Tak." Balas Julia sambil menjelir lidah. Hani tersenyum menggeleng.

"Risau betul kak Kamila tu kat you, ye."

"Akak tu memang gitu, baik sangat, caring sangat. Tak tau lah macam mana nak cakap betapa baiknya dia tu." Ujur Julia. Dia terbayang kebaikan Kamila padanya. Sungguh dia amat menyayangi roomate merangkap kakak kepadanya.

"Tu lah, I tengok dia pun rasa tenang je. Muka macam bercahaya gitu."

"Habis, you tengok I tak tenang ke?"

"Tengok you tu rasa semak. Serabut." Berdekah Hani ketawa. Julia membaling tuala kecil yang digulung tepat pada dahi Hani. "Nasib baik tuala, kalau botol air yang you baling alamat arwah lah I hari ni."

"Mengada." Julia mencebik. "You rasa berapa umur akak tu?"

"Hmm.. sebab dia kakak, so I guess around 24-25 gitu. Betul?"

"26. She is 26. Akak tu dah kawin tau.

"Oh, really? Then mana husband dia? Divorced ke?"

"Ishh, you ni. Suami dia adalah. Kerja kat Kedah. Hujung minggu suami dia datanglah amik dia bawa balik rumah."

"Oh, bestnya dah kawin."

Julia merenung Hani. "Mana you tau best, you penah kawin ke?" sinis aje soalan Julia.

Lebanese Where stories live. Discover now