Dulu II

1.5K 39 25
                                    

Hani Mohamed

Dulu. Semua perkara yang dulu dah tak sama macam sekarang. Semua hal yang dulu, kini dah jadi sendu. Macam aku. Kalau orang cakap aku sesat, aku abnormal, aku songsang, aku sepatutnya pekakkan telinga. Bukan melatah.

Bila aku cuba buka lembaran baru, dan belajar menerima lumrah. Aku jadi lemah. Bukan lemah kerana kalah, tapi lemah kerana menyesal tak sudah. Sedangkan rasa yang menggenggam erat selama ini adalah satu rasa yang indah!

Ah!

Aku mulai dibayangi kisah silam. Saat aku mengharapkan keadilan dunia dan hukum pada cinta, tanpa aku sedar aku sendiri bersikap tidak adil. Menghilang tanpa berita adalah sejenis dosa dan penyesalan yang aku tanggung sampai sekarang.

Maaf?

Ibarat meludah kelangit bait ayat itu yang akhirnya terkena muka sendiri. Dunia tidak pernah adil.

November 21, 2013

Aku duduk melunjur sambil kedua belah tanganku kebelakangan menampung badan. Diatas tikar lipat yang masih berbau mengkuang. Ada satu bakul kecil menempatkan sandwic, buah berangan dan air mineral.

Dada laut nampak tenang. Tak macam semalam. Mungkin semalam terlalu gurindam hingga matahari tak nampak bayang.

Aku menoleh saat terdengar celotehnya. Dia yang selalunya manis dengan senyuman tetapi tidak saat itu. Bibirnya memuncung. Ada yang mengganggu emosinya.

Aku tidak bersuara cuma mengangkat kening memberi signal 'kenapa'? Dia mendengus.

"Mamat jual jelly kelapa tu rude betul. Asap rokok dia sukati je hembus merata. Busuk! Sambil cakap ngan i sambil hembus asap. Eeii bodoh gila! " mukanya semakin kemerahan. Aku tahu dia marah. Kami mempunyai pantang larang yang sama. Benci akan pencemaran, benci akan kerosakkan. Benci pada bangsa perokok yang bersifat selfish.

Aku tarik tangannya lalu mengajak duduk disebelah. Dia menurut tapi punggungnya sedikit menjauh. Itu tanda marahnya masih membara. Aku cepat-cepat capai air mineral, kubuka dan hulur ke dia. Dia sambut. Dua teguk, dan dia menarik nafas dalam.

"I just can't accept the way they are. Selfish gila." rungutnya lagi. Aku mengangguk tanda setuju sambil tanganku laju mengupas kulit buah berangan.

"Tapi cool, kan? " ujurku tetiba.

"Apa yang cool? "

"Rokok lah. Sedut asap dia then hembus. Pastu buat bentuk 'o' tu.  Nampak macam cool je. "Balasku.

Dia tergelak . "No way! Hahaha."

Dia kenal aku. Tahu alahanku. Tahu kesukaanku, tahu kebencianku. Dia tahu segalanya tentang aku. Berbahas tentang rokok, kami semestinya dipihak yang sama. Jadi jika aku sesekali memenangkan perokok, baginya itu bukan aku, melainkan aku cuba menduganya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lebanese Where stories live. Discover now