lagenda gadis tasik melati

2.9K 73 0
                                    

kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik. Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan buah dada yang montok dan mekar.

Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak sehingga tidak terkawal lagi.Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.

Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir tasik itu.

Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau mendapat mangsa.

Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba,mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.

Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga gadis itu.

Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadis tadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah tasik.

"Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik"

"Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry lambat update..sibuk..kalau dh free nanti saya smbung semula story saya😊

Legenda MelayuWhere stories live. Discover now