Bab 12

385 12 0
                                    

        Pada pukul 6 pagi tepat , Hasya tersedar daripada tidur.  Dia menggeliat . Hasya bangun dan mengambil tuala di ampaian.  Dia terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri .

  Selesai mandi , dia solat subuh terlebih dahulu.  Selepas menunaikan solat , dia memohon doa kepada Allah SWT  .

" Ya Allah,  kuatkanlah semangat ku untuk menghadap semua ni.  Aku memohon padamu Ya Allah.  Ampunkanlah dosa ku ini , dosa kedua ibu bapa ku.  Jauhkanlah ku dari segala marabahaya. Amin Yaraballamin " tersedu-sedu Hasya . Dia mengalirkan air mata.  Dia hanya mampu meluahkan segalanya pada Maha Esa.  Buat masa sekarang ni dia masih bersedih . Dia akan cuba untuk kuatkan diri .  Hasya bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Kerja lebih penting . Daripada fikir benda yang meluat , lebih baik pergi kerja.

__________________

      Amirul juga bangun untuk pergi ke kerja pada pagi ini.  Dia menunaikan solat subuh. Selepas solat , dia memohon doa kepada Allah SWT. Amirul menadah kedua-dua belah tangannya . 

" Ya Allah , ampunilah dosa ku ini , Ya Allah. Dosa kedua ibu bapa ku. Dan dosa seluruh umat Islam.  Ya Allah , jika tertulis di Luh Mahfuz bahawa Hasya adalah jodoh aku.  Kau persatukanlah kami dengan baik tanpa segala rintangan.  Ya Allah aku mohon padamu , limpahkanlah rezeki kepada kami yang berlipat ganda.  Jauhkanlah aku dari segala perbuatan yang menyesatkan . Aku mohon padamu . Amin Yaraballamin.  " Amirul mengaminkan doa . Dia berasa lega kerana menunaikan solat.  Dengan solat , hati akan menjadi tenang dan tidak gusar. 

Amirul melipatkan sejadah dan sangkut di ampaian.  Dia menyiapkan diri untuk pergi ke kerja.  Dia menyarungkan kemeja berwarna biru lembut pada badannya dan membutangkan baju . Amirul melihat dirinya melalui cermin.  Dengan perasannya , dia memuji diri sendiri. 

" Wahh , hensem aku harini.  Hm tapi takda sapa nak ikat tie dekat aku . Kalau ada isteri kan bagus " Amirul membutangkan pada pergelangan tangan.  Amirul ni suka sangat perasan.  Perasan apa ? Perasan hensem.  Werkkk. 

Amirul menyemburkan minyak wangi yang berjenama pada pergelangan tangan.  Seterusnya , dia menyapu pada badannya.  Amirul mengambil beg kerjanya lantas turun tangga dengan cepat.  Sebelum itu dia menghantar mesej whatsapp pada Hasya.  Dia ingin mengajak Hasya breakfast pagi-pagi ini. 

To :Hasya pendek 😘

Morning Hasya 💌 Jom keluar breakfast.  Aku belanja.  😁

Butang send ditekan . Amirul tersenyum . Dia berharap agar hari ini dia dapat keluar dengan Hasya.  Amirul memanaskan enjin kereta lalu meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.  Dia terus menuju ke destinasinya . Macam jalan jauh je.  Padahal pergi office je pun .

_____________________

      Hasya sedang membelit selendang yang berada di kepalanya.  Dia mengpinkan jarum setelah lilit dengan kemas . Kelihatan Hasya sungguh simple dan elegan pada hari ini. Dia mengenakan kemeja berwarna biru muda dan seluar palazzo yang berwarna hitam.  Tudung selendang bercorak menjadi pilihannya.  Telefon Hasya di atas meja bergetar menandakan mesej masuk dari whatsapp.

Hasya membuka isi mesej tersebut dari Amirul.  Hasya tersenyum . Ada orang belanja takkan nak tolak kan ? So,  terima je lah. Hehehe .

To : Mirul Bajet :p

Morning too 😒 Alrite 👍 aku tunggu dekat kafe biasa.

Hasya tersenyum gembira . Entah mengapa dia berasa excited hendak berjumpa dengan Amirul.  Semalam baru je jumpa . Dia keluar dari rumah dan pergi ke kafe yang dikatakan olehnya pada Amirul. 

Sahabatku Suamiku Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora