Bab 18

370 9 0
                                    

Dhira meneliti sapu tangan yang diberi oleh Izzat. Begitu sempurna di hadapan matanya . Izzat sangat baik. Dhira mengelamun di dalam bilik seorang diri. " Bila lah nak bagi sapu tangan ni. Haish. Baik hantar je lah whatsapp . " Dhira mencapai telefon Iphone 6 plus di atas meja lampu tidur. Dia mencari nama Izzat di contacts whatsapp dan menghantar mesej .

Mesej sudah di hantar. Eh , dia dah seen . Dhira menunggu dengan penuh kesabaran . Typing lama betul . Apa yang dia type . Satgi tengok-tengok isi mesej tu pendek je .

From : Izzat

Ya , awak nak bagi balik saya punya sapu tangan ke ?

Aduhai , mamat ni asal blur sangat . Terang-terang aku tulis dekat situ . ' Saya nak pulangkan awak punya sapu tangan balik . ' Cuba teliti sikit ayat tu .

To : Izzat

Eh , tak . Saya nak pulangkan teddy bear . Awak tak nak ? 😒

Dhira membalas mesej tersebut . Mesej sudah dibaca oleh Izzat .

From : Izzat

Boleh juga . Tapi sebelum tu awak kena pulangkan hati awak . Chiaa chiaa chiaa 😂💃

Dhira tersenyum membaca chat itu . Dia buat pickup line pula . Eleh , nak ngorat bagitahu je lah . Dhira baring dan berwhatsapp dengan Izzat untuk menghilangkan rasa bosan .

___________________

Datin Maria dan Dato Khairuddin duduk di ruang tamu bersama-sama . Mereka bersembang berdua-duaan dan berbicara tentang Hasya. " Abang , rasa kan diorang tu sesuai tak ? " Datin Maria menyoal .

" Sapa ? Hasya dengan Mirul ? " tanya Dato Khairuddin . Orang tanya dia m, dia tanya balik.

" Ye lah bang . Sesuai tak ? "

" Sesuai lah. Dia baik , pandai "

Sedang mereka rancak berbual tentang bakal menantu mereka , Amirul turun ke bawah untuk minum air. Dia melihat ibu bapanya begitu rancak bersembang sehingga mereka tidak perasan akan Amirul.

" Hai , mama papa. Rancak sembang sampai Mirul dekat sini pun tak perasan " Amirul menegur ibu bapanya. Takkan la tak perasan . Orang di sini punya la besar.

" Ala , mama cerita pasal bakal menantu mama , Hasya . Salah ke ? " Datin Maria menjawab. Sejak-sejak nak dapat menantu ni. Bukan main excited pandai menjawab .

" Best ke pasal tu ? Kalau best nak join. Kalau tak best Mirul naik dulu " Amirul tersengih.

" Apa pula tak best kan bang ? " Datin Maria memandang suaminya. Dato Khairuddin sengaja buat-buat tidur . Apa lagi Datin Maria marah la jawabnya. Amirul di belakang terkekeh-kekeh ketawa kerana melihat gelagat ibu bapanya yang begitu mesra.

" Abang !! Tidur pula orang cerita . Hishh " Datin Maria menepuk lengan Dato Khairuddin sehingga menyebabkannya terkejut. Dato Khairuddin mengaduh kesakitan. Amirul hanya ketawa. Biar lah mereka bermesra. Amirul naik ke atas dan baring sambil bermain telefonnya.

Dia menghantar whatsapp kepada Hasya. Boring punya pasal.

To : My future wife 😘

Hasya ? Buat apa? Boring la. Video call jom .

Send ! Sekali sahaja mesej itu dapat dihantar dengan begitu cepat . Teknologi zaman sekarang semakin canggih. Bunyi mesej menandakan Hasya membalas mesej yang dihantar tadi . Amirul tersenyum luas.

From : My future wife😘

Tak buat apa . Ouh , boring ye. Nak skype ke ? Boleh ke ?

Sahabatku Suamiku Where stories live. Discover now