Chapter 32-

19 3 1
                                    

Selepas sesi sweet scene tadi, kami semua berjalan-jalan di sekitar Namsan. Nampaknya Minyoung memang sukakan Namsan. Gelak-gelak lagi dia kat dalam kereta sorong dia ni.

"Younghee ya, nak makan tak ?"

Mingyu menegur aku setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Erm.. boleh jugak. Eh korang, nak makan tak ?"

Aku bertanya kepada yang lain.

"Boleh jugak. Bawak tempat best sikit. Kalau mahal takpe aku tapau !"

Vernon bersuara dari belakang. Aku tergelak kecil. Vernon ni, first time nampak dia macam swag gila. Takut jugak nak bercakap dengan dia. Tapi lama lama sporting jugak dia ni. Tapi, sejak dua menjak ni lah, dia punya pandangan tu semacam je.. maybe mata aku yang kero ? Atau.. memang dia pandang aku semacam je ? Entahlah. Tak tau nak explain semacam dia macam mana.

"Younghee ya, dengar tak saya cakap ni ?"

"Hah ? Sorry, saya termenung tadi. Awak cakap apa ?"

"Hm ingatkan siapa lah tu.. saya cakap, kalau saya bawak awak pergi restoran depan sana tu, awak ok ke ?", Nada seperti cemburu, tapi dikawal. Jealous ke ?

"Saya ingatkan awak je lah. Saya ok je. Tanya diorang lah.", Jari aku menuding ke belakang.

"Wei korang, nak makan kat depan tu tak ?", Mingyu bertanya sambil jari telunjuknya diarahkan ke hadapan. Sikit je lagi dah nak sampai kat restoran tu.

"Ok je.", DK membalas. Serentak dengan anggukan semua.

"Minyoung-ah, nak makan kat depan tu tak ?", aku bertanya lembut kepada Minyoung. Minyoung kemudiannya ketawa kecil mendengar pertanyaan aku. Aku anggap tu sebagai ya.

"Haha pandai anak Mama ni. Comel betul lah !", aku mencubit pipi pau dia.

----

Setelah lama berjalan, akhirnya kami telah selamat duduk di meja yang paling besar dan khas utk kami sefamily. Harini jalan-jalan bawak family besar macam ni. Next chapter, dengan izin Allah, author tambah lagi ramai ek.. ><

Kami semua memesan makanan yang dimahukan oleh perut. Dan ada beberapa makanan sampingan, pembuka selera dan pencuci mulut. Memang makan besar lah harini. Kenyang !

Aku duduk bersebelahan dengan Mingyu dan berhadapan dengan Vernon. Sekali lagi, aku perasan pandangan dia semacam. Aku cuba untuk bertentang mata dengan dia tapi tak boleh sebab dia bukan sekadar pandang aku, tapi disertakan dengan senyuman sinisnya. Apa agaknya yang mamat ni fikir huh ? Aku harap bukan fikir yang bukan-bukan.

"Oi Vernon! Yang kau duk tatap bini aku lama-lama apesal ? Bini aku tau ni !"

Aku terdengar suara Mingyu di sebelah menegur Vernon yang dari tadi memandangku. Aku sangka hanya aku yang perasankan dia, rupanya Mingyu pun perasan jugak.

"Takde lah. Aku pandang muka dia sebab Minyoung tu ada banyak sangat muka dia." Kata Vernon relaks.

Serious ke tu sebabnya ? Aku harap betul dan dia tak ada niat lain. Tapi,.. aku tak nampak dia pandang Minyoung. Dari tadi memang dia hanya fokuskan pandangan dia pada aku. Bukan nak perasan, tapi itu apa yang aku nampak.

Kenapa makin lama makin seram jadinya si Vernon ni ?

****

"Ok guys. Thanks for the food. Aku kena chau dulu. Omma dah call dia cakap ada benda aku kena uruskan. Kalau korang nak jalan-jalan lagi pergilah. Tak payah balik. Ok ?", Vernon yang baru sebentar tadi balik dari tandas bersuara. Mungkin omma dia telefon time dekat tandas. Bagus jugak kalau dia balik. Takde lah aku rasa seram sangat.

foreverWhere stories live. Discover now