Episod 10: Siapa?

2.6K 295 16
                                    

"Noona, Hoshi suka belajar dengan ahli-ahli kat sana. Semua nya baik-baik belaka. Thanks pada kawan noona, Wonwoo Sunbae. Sebab dia Hoshi dapat ramai geng baru." Hoshi begitu semangat bercerita ketika aku sedang membuat roti telur di dapur.

Sejak Wonwoo hantar dia pulang ke rumah aku semalam dan dia terus blah, empat jam aku menadah telinga dengar Hoshi cerita tentang kumpulan Karate yang dia baru sertai tu.

Walaupun menyertai kelab Karate tu memakan hasil wang yang banyak, tapi aku tak kisah.

Asalkan adik aku tersenyum.

Asalkan adik aku gembira.

Apa-apa sahaja untuk adik aku...

...aku sanggup buat.

Aku memberi Hoshi tiga keping roti telur dan satu roti telur untuk aku.

"Noona, mana aci macam ni. Nah, Hoshi bagi satu roti telur untuk noona. Baru adil seorang makan dua keping roti telur." Hoshi memberi satu roti telur dari pinggannya kepada aku.

Aku nak menolak, tapi sebab dia beria-ria nak beri roti telur tu aku relakan je.

"Kenapa noona diam je? Boraklah ngan Hoshi..Hoshi bosan lah.." Hoshi mencebik sedikit. Aku tergelak kecil melihat gaya keanak-anakannya itu.

"Ok-ok. Noona borak dengan kamu. Nak borakkan apa ya?" Soalku kepadanya. Awal lagi mahu ke sekolah, sekarang baru pukul 5.30 a.m. (salahkan jam kling2 aku)

"Hoshi nak tau boleh..?"

"Tau apa?"

"Tentang... Tentang hubungan Noona dengan Wonwoo Sunbae. Ceritakan lah macam mana noona boleh berkawan dengan dia." Hoshi bersemangat ingin tahu.

Aku mengeluh. "Arasseo."

Jadi aku ceritakan kisah pertemuan aku dengan Wonwoo. Dari A sampai Z. Yup aku beritahu pasal perjanjian aku tu jugak. Hoshi tergelak mendengarkan penjelasan aku itu.

Biarlah dia ketawa. Dia adik aku, aku tak berani nak tipu dia.

Aku tak mampu.

Lepas kejadian langgar lari tu, aku tak berani menipu lagi.

"Hm.. dah pukul 6. Bersiap cepat Hoshi nanti tertinggal bas pulak kamu nanti." Pesan ku sambil mengemas meja makan. Hoshi mengangguk laju dan segera berlari ke biliknya untuk mengambil beg sekolah.

"Noona! Hoshi pergi sekolah dulu! Saranghae!"

"Ara! Nado!"

Aku membalas sahutan Hoshi ketika sedang membasuh pinggan.

Ok terasa macam jadi mak pula.

"Kena cepat. Aku pun nak sekolah jugak." Aku membuka apron dan menggantungnya ke atas muka dinding dapur.

Nasib lah senior sekolah dibenarkan pakai baju bebas. Tak perlu lah aku perlu gosok baju sekolah setiap hari. Terserlah kemalasan aku di situ.

Selepas bersiap, aku segera keluar dari pintu rumah dan menguncinya. Hari ini aku mengenakan pakaian berjaket dan of course, spek mata khas kepada pelajar yang bergelar 'Nerd'.

Berjalan keluar dari apartment, seperti biasa aku menunggu bas di Bus Stop.

Namun kali ini bukan Bas yang menjemput aku naik, tetapi motor. Motor yang besar kepunyaan seorang pemuda berhelmet menutup seluruh mukanya. Asap ekzosnya mempunyai bunyi yang sangat kuat.

Pemuda tersebut membuat isyarat tangannya supaya aku bonceng motor nya.

What...?

Aku terdengar beberapa bisikan manusia di belakang aku yang juga sedang menunggu bas.

"Bertuah lah boyfriend datang jemput. Cemburu siot."

"Tapi aku tengok yeoja tu pakai spek mata bulat gila. Ada ke namja nak dia?"

Ya tuhan...sakit hati aku dengar bisikan tu.

Tiba-tiba seseorang menarik tangan aku kuat. Dan paling pelik, namja yang berhelmet penuh tu yang tarik tangan aku. Dia buat isyarat tangannya suruh aku naik motornya itu.

Aku berkerut muka dan tetap menggeleng. Dah lah aku tak kenal, senang-senang je suruh aku naik motor dia.

Namja berhelmet itu bercekak pinggang. Dengan segera dia membuka helmetnya itu dan terserlah muka seorang pemuda lelaki yang berketinggian dalam 178 sentimeter.

Aku tidak mengedipkan mata aku walaupun sekali.

"Siapa awak?" Soalku ingin tahu.

"Tak perlu tahu nama aku. Naik motor aku sekarang juga." Namja tersebut menarik kasar tangan aku. Aku menepis laju tangannya yang besar itu.

"Apa awak buat ni? Mian saya tak kenal awak dan tidak sepatutnya seorang yeoja membonceng motosikal bersama seorang namja yang dia langsung tak kenal." Kataku tegas.

"Tch. Woi pompuan, better kau follow aku sekarang juga kalau tak-" lelaki tersebut terdiam.

"Kalau tak.....?"

Aku menjongketkan keningku. Suara siapa pula tu?

Perlahan-lahan aku menoleh dan terkejut melihat gerangan yang sedang berdiri dengan muka yang bengang di belakang aku.

"Won..Wonwoo..." lelaki tersebut mengundur ke belakang.

Wonwoo merenung tajam ke arah namja tersebut. "Taehyung, apsal kau ke sini?" Soal Wonwoo dengan nada yang serius. Orang ramai terpinga-pinga nak tengok adegan kami di Bus Stop ni.

Taehyung mengetap bibirnya. Tanpa berkata apa-apa dia menunggang motosikalnya dan terus berlalu pergi dari situ.

Aku kembali memandang Wonwoo. Kali ini wajah Wonwoo berubah menjadi kesal.

"Mian aku tak sampai lebih awal. Laki tu tak cederakan kau kan?" Soalnya risau. Aku menggeleng laju membuatkan dia menarik nafas lega.

Aku memang tak tahu apa yang telah terjadi sebentar tadi.

Siapa pulak Taehyung tu?

Apa hubungan dia dengan Wonwoo?

To be Continue...

○○○○○○

Huhu...dah ulangkaji sikit. Ada masa sempat juga update >< senanya bukan hiatus, but just LAMBAT update. Takpe author tahu chap ni tak best. Author akan berusaha buat yang terbaik :)

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now