ЬаЬ 3

47.4K 980 22
                                    

arissa termenung sendirian sambil duduk di atas kerusi yang berada di depan rumahnya.

Tiba-tiba kenangan lalu mula bermain di fikirannya.

Flashback

5 tahun lepas...

"Rissa...." meleret ariel memanggil namanya.

"Ye ariel." Balas arissa tapi matanya masih menatap buku latihannya.

"Kau....kau malu tak ada kawan macam aku ni?? yela aku kan lembut lepastu nerd." Ariel mengeluh perlahan.

"Ariel, dengar sini ehh, aku berkawan dengan kau ikhlas semua manusia dilahirkn tak sempurna ariel yang penting kite bersyukur aku bersyukur ada kawan yang baikkkkk macam kau." Arissa tersenyum memandang ariel.

"Kau kena janji kalau kau dah ada kawan lain suatu hari nanti, kau takkan lupakn aku dan paling penting kau tak kutuk kutuk aku dekat dia orang. " Ariel menunjukkan jari kelengkingnya ke arah arissa.

"Aku janji." arissa mencantumkan jari kelengking nya dengan jari kelengking ariel.

"Adikkk." Tegur alongnya, terus mengembalikan arissa ke dunia nyata.

"Ye along." sahut arissa sambil menoleh ke belakang.

"Termenungkan ape tu?? Rindu pakwe kat united kingdom ke? " sakat alongnya.

"Hahaha merepek la along ni tak de maknanya lah." Arissa menjeling manja alongnya.

"Adikk, adikk cer bukak hati adik tu sikit untuk lelaki kat luar sana tu. Sampai bila nak membujang? Jadi andartu la adik abang ni nanti." Rungut alongnya.

"Alaaa along ni biarla. Adik dah ada along cukup la tu." Arissa menjawab.

"Haaaa! menjawab menjawab...tarik rambut ni kang."

"Tarikla wekkkkk." arissa mengejek dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Ehhh mengejek pula dia! " along terus mengejar arissa.

>>>>>>>>>>>>

Semasa di meja makan pagi ini, arissa memuncungkan mulutnya. Ikmal yang terperasankan perubahan arissa terus menegur.

"Maaa sejak bila mama bela itik dalam rumah ni?." ikmal tergelak perlahan.

Arissa menjeling tajam alongnya.
"Maaa itik tu jeling ikmal la.." tergelak semua orang yang berada di meja makan.

"Alongg ni! diam la orang tengah sedih ni." Marah arissa.

"Ikmal kalau kamu nak tahu, si itik tu buat hal pagi ni sebab dia nak keluar tapi papa tak bagi." mama pun layankan aje alongnya.

"Lah paa asal pulak tak bagi itik ni keluar? kesian itik along ni."

"Semalam , habis calar dibawaknya kereta audi tu. Tak lain tak bukan dia bawak laju la tu." papa menjeling anak daranya yang sorang itu.

"Alaa paa, bukan salah lisa la. laki tu yang salah tau dia yang langgar lisa, lisa pun apa lagi ett!! Break la lepastu boom!!kereta tu langgar. " siap dengan bunyi dan gaya lisa bercerita.

"ALASAN. No tak boleh juga keluar! nak keluar boleh tapi jalan kaki. NO guna kereta!" Tegas papanya.

Makin panjang muncung arissa. " haa lisa Tak pela, kak long dengan abang long pun nak keluar kejap lagi. nak jalan-jalan dekat kl ni ye la dah lama tak jalan-jalan dekat sini." kak long tersenyum memandang adik iparnya yang muncung sedepa itu.

"Ehhh?? sayang, bila masa pulak kita nak keluar jalan-jalan?" Tanya ikmal pelik memandang isterinya.

Hafizah mengerutkan keningnya. Ikmal turut mengerutkan keningnya. Dan akhirnya. Ooooo membentuk bulat mulut along dan terus mengiakan kata-kata isterinya itu.

Kawanku Isteriku (✔)Where stories live. Discover now