bab 26

48.1K 750 33
                                    

Ketukan di pintu mengejutkan Ariel, Arissa dan opah yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang bilik hospital itu.

"Assalamualaikum. "

"Waalaikumussalam ."

"Opahh!! What wrong with u ? Daddy and mummy mengadu yang opah masuk hospital. " risau wanita itu.

"I'm okay darling. Don't worry kay. "

"Oitt, lupa yang disini ke? " tegur ariel.

"Opss sowy tak nampak ada mamat ego no. I miss u so much my lovely brother. "

"Mengada punya budak! Ehh ni kenalkan Arissa wife abang long yang mirsha skype dengan dia tu. "

"Owhh hai kak long. Wow! Jumpa depan-depan lagi cantik meletup kow-kow punya. "

"Haha merepek je mirsha ni. Mirsha pun cantik. " balas Arissa tersenyum mesra.

"Along, mirsha ada banyak gila story nak cerita kat along ni. Jom pergi cafe kejap. Please! " rayu mirsha.

"Okay juga tu. Sayang? Wanna join us? ."

Arissa baru nak jawap opah memotong. "Ehh tak apa la kau orang pergi jelah. Arissa duduk teman opah kat sini ye. " opah memandang aku dengan mata yang terjegil. Aku anggukkan kepala tak mampu nak berkata-kata.

"Owhh okayy take care sayang. " ariel mencium dahi Arissa sebelum berlalu keluar.

Arissa membalas dengan senyuman yang ikhlas

"Kau nampak tak Arissa? Mereka sangat padan and sangat secocok kan? Kau yang jadi penghalang antara mereka!"

Kata-kata opah menyentak tangkai hati Arissa. Perit Arissa rasakan sekarang ini.

"Jadi bila nak mintak cerai? Bila nak berambus dari hidup cucu aku tu?"

Arissa membalas kata-kata opah dengan senyuman nipis. Walau dalam hati nagai disiat-siat.

"Arissa kau dengar sini ye! Jodoh ariel yang sebenarnya ialah mirsha bukannya kau. Kau ni umpama penghalang antara mereka je. Jadi lebih baik kau tinggal je kan si ariel tu. Lagipun cucu aku sepadan sangat dengan mirsha tu. "

Arissa senyum nipis dan membalas. "Mana opah tahu mirsha tu jodoh untuk ariel? "

Opah terdiam.

"Jodoh semua ditangan Allah kita hanya merancang je opah. Jikalau ditakdirkan saya bukan jodoh ariel saya rela tarik diri. Tapi jodoh semua ditangan Allah, jike benar mirsha tu jodoh untuk ariel pasti akan berkahwin juga mereka. Tapi jikalau bukan kita rancang la macam mana sekalipun tetap tak akan jadi juga kan. " balas Arissa tenang.

Opah terkedu.

"Lagi satu opah. Saya bukan berniat untuk menyindir cuma saya menasihati sahaja. Tak baik jikalau seseorang itu cuba untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain, berdosa besar. Umpama kita meruntuhkan sebuah masjid. Lagi satu pun tak perlulah sampai nak runtuhkan rumah tangga orang lain. Sebab tak de faedah pun, dapat dosa lagi adalah. Opah Sanggup tanggung dosa? Kalau orang tu tak maafkan kita, sampai bila-bila la kita menanggung dosa. Tak pasal-pasal kita kena merangkak di pandang mahsyar nanti untuk mencari orang tu. Saya minta diri dulu, da masuk waktu Zohor da ni. Assalamualaikum. " terus Arissa berlalu dari bilik itu.

Opah diam. Cuma anak mata yang menghantar pemergian Arissa.

***
Arissa keluar dari surau wanita selepas beberapa minit.

Dia termenung untuk seketika. 'Opah lebih sukakan mirsha dari aku. Apa patut aku buat ? Perlu ke aku beri peluang kepada mirsha untuk berkahwin dengan mirsha demi opah? Perlu ke aku minta cerai dengan ariel? Perlu ke aku lari untuk menenangkan dulu hati ini. Ya Allah tolong la hamba mu ini ya Allah. " setitis air mata Arissa tumpah ke lantai hospital itu.

Kawanku Isteriku (✔)Where stories live. Discover now