Bab 7

46K 996 90
                                    

Sudah seminggu arissa tidak menunjukkan mukanya. Hati ariel makin tidak keruan bila wajah comel itu tiada di depan matanya.

"Sayang, saya rindu awak sangat-sangat..bila awak nak balik ni sayang." Ariel bercakap seorang diri

Mak munah yang terdengar luahan tersebut terus mengelengkan kepalanya, "haihhh la ariel, tu la nak ego tak habis habis. " mak munah mengeluh.

*****************
"Assalamualaikum." Arissa memberi salam.

"Waalaikumussalam arissa, rindunya mak munah dengan kamu ni." Balas mak munah teruja.

"Hahaha, arissa pun rindu mak munah." Arissa tersenyum manja.

"Mak munah, mana yang lain ??" Tanya arissa.

"Daddy dah masuk pejabat, mummy pula terus pergi ke butik." Balas mak munah.

"Ariell? "

"Entah, kamu pergi la tengok." Balas mak munah terus berlalu.

"Errrr, assalamualaikum." Arissa menolak pintu bilik itu perlahan.

Ariel yang terbaring terus terbangun. Suara yang amat dirinduinya. "Arissa, mana kau pergi arissa, rindunya aku..tolong jangan tinggalkan aku lagi sayang..aku takut kehilangan kau." Terus ariel memeluk erat arissa.

Arissa tergamam, tapi dibalas juga pelukan ariel itu. "Saya pun rindu awak ariel." Balas arissa.

Setelah beberapa minit tiba-tiba badannya ditolak sedikit kasar. "Ehhh kau ni memang suka menyusahkan aku kan..nak lari bagai kau ingat ni cerita jejak kasih haa??" ariel tiba-tiba marah.

"Errrr, sorry." Arissa balas perlahan.

'Ehhh mamat ni tadi manja habis..tiba-tiba pulak marah period ke apa dia ni, haihh la da nasib badan dapat laki macam ni.' Desis gati arissa.

"Da la, aku nak tidur, malas nak layan kau." Ariel berlalu ke katil.

'Ada aku suruh dia layan aku ke, pelik' arissa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Arissa terus berlalu ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

-----------------
"Arissa, kamu dan ariel tak pergi honeymoon lagi kan?" Tanya daddy.

"Belum lagi daddy." Balas arissa.

"Okayy, sabtu ni, mummy dengan daddy nak kamu berdua pergi ke alamat ni."

Ariel dan aku baru hendak membuka mulut tetapi

" Aipp!! Jangan membantah!!" tegas daddynya.

So diam jelah.

***************
Arissa dan ariel sampai ke destinasi yang dituju iaitu pulau pangkor . Siapa lagi punya kerja kalau bukan daddy dengan mummy.

arissa membaringkan tubuhnya yang keletihan itu. "Ehh perempuan, aku lagi penat dari kau, so tak yah nak acah sangat macam kau penat okayy..da2 la pergi kemas kan baju baju ni!!" Tegas ariel.

Arissa akur dengan semua arahan ariel.

Telefon bimbit ariel berbunyi menandakan ada orang call. "Hello baby." Meleret suara ariel.

'Baby dia yang hari tu ke? hmmm" hati arissa sedikit sedih.

"Okayy baby, i tunggu u kat cafe okayy..love u too." Balas ariel dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

Setelah beberapa minit, ariel keluar dari bilik mandi. "perempuan, aku nak keluar kejap, make sure, kau duduk dalam bilik ni diam diam jangan gatal gatal nak keluar..faham!" Ariel terus berlalu keluar dari bilik itu.

Kawanku Isteriku (✔)Kde žijí příběhy. Začni objevovat