Bab 2

5.7K 231 15
                                    

Tiba-tiba...

Bukkkkk!!

"Mak! Sakitttt," jeritku lantang. Aku terjatuh dan jatuhanku amat dramatik sekali! Mukaku tersembam mencium tanah. Terasa amat malu untuk mengangkat mukaku sendiri ketika ini.

Aku cuba untuk bangun. Sakit yang aku rasakan aku cuba untuk tahan. Cis, berdarahlah pulak siku aku ni! Habis koyak baju sekolah aku ni. Pasti balik ni mak akan memarahi aku. Membebellah dia nanti cakap aku ni tak pandai jaga diri tak pandai nak berhati-hati. Tapi bila difikirkan balik bebelan mak tu sebenarnya sesuatu yang berharga. Dia membebel kerana dia sayangkan kita tapi kita sikit pon tak nak dengar bebelan dia. Cuba amik pengajaran sedikit daripada kata-kata mak kita. Eh, macamlah aku selalunya dengar apa yang mak aku membebel.

Aku menepuk-nepuk kain sekolahku yang sedikit kotor kerana terkena tanah ketika jatuh tadi. Sedang aku khusyuk menepuk-nepuk, mataku menangkap figura seseorang yang berada di depan rumah yang aku jatuh.

Kerana tersedar gelagatku sedang diperhatikan, aku dengan cepat mahu beredar dari situ. Tapi, mataku yang nakal ini tiba-tiba saja rasa nak lihat gerangan yang memerhatikan gelagatku itu..

Dan apabila mataku dan mata pemerhati itu bertembung..

Zappppp! Terus ke dada effectnya. Mataku langsung tidak berkelip memandangnya.

Azhaar! Rakan sekelasku?!

Pipiku yang tadinya berwarna normal kini bertukar menjadi warna ala-ala tomato. Dengan bahang yang terasa di pipi aku hanya mampu melemparkan senyuman yang manis kepada Azhaar lalu segera beredar dari situ.

Malu mungkin satu dan mungkin juga....erm.. Tak sangka dia tinggal kat situ?

Serius aku tak percaya! Tak pernah lamgsung aku tahu yang Azhaar tinggal berdekatan rumahku! Hanya selang empat buah rumah saja pulak tu! Argh, nampak sangat aku ni tak pernah ambil tahu hal jiran sekeliling.

Dengan langkah yang cepat aku akhirnya sampai juga ke rumahku sendiri!

Oh! Rumahku syurgaku!

Apabila balik, ke dapurlah langkah yang aku tuju terlebih dahulu! Kita dig in dulu!




*****




"Huargh"

"Menguap tu tutup mulut. Buat malu je orang tengok", tegur Wani kepadaku.

Aku macam biasa, dengan muka toyanya aku buat tak kisah. Alah, Wani dengan aku gang! Lagipon kawan-kawan aku memang dah biasa dengan perangai aku yang gila-gila tu. Kata dia orang, aku sempoi! Hahaha. Tu yang sampai dicop sebagai minah brutal! Tapi, aku punya perangai gila-gila dengan girlfriends aku je ye. Dengan lelaki tak pernah sebab aku bila berdepan dengan lelaki aku jadi kayu. Kalau budak lelaki tanya sepatah senoktah aku jawab. Krik krik lah maknanya.

"Fatiha, kau ni perangai tah hape-hape je tau. Tau lah malam tadi layan drama korea kan?", celah Nabiha pula.

Alamak, kantoi lagi aku tengok drama korea! Korang jangan tak tau pulak, aku ni memang suka tengok drama korea tau! Sebab bagi aku, cerita dia orang romantik je! Hero pon hensem. Terjatuh hati banyak kali tau tiap-tiap kali tengok drama korea! Ahaksss!

"Alah, kau tu hah. Bukan aku tak tahu pukul dua pon belum tidur lagi kan? Layan anime kau", balasku kepada Nabiha.

Dia ingat aku tak tahu tiap-tiap malam dia tidur lambat layan anime. Aku tahulah! Ni Fatiha Syafiha tau! Stalker terhebat abad 21 ni!

"Korang berdua ni 2×5 je. Sama je masing-masing. Yang beza tu hah, sorang minat korea sorang minat jepun", kata Afika tiba-tiba. Tadi senyap je si Afika ni, ingatkan tidur. Ni mesti kes pasang telinga ni.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now