-07-

1.1K 32 2
                                    

Suhana

Petang tu aku cuba menghubungi Siti. Tapi tak dapat. Nak ke rumahnya aku malas. Walaupun tak jauh mana tapi aku tetap malas. Malas sebab aku tak tau apa yang nak dibuat di sana. Takkan nak tanya dia masak apa hari ni. Jelas pagi tadi yang dia tak beli apa-apa pun. Aku malas nak buat kuih hari ni. Aku suruh mak beli di gerai saja. Mak tak banyak tanya. Lepas capai dompet dan kunci kereta, mak keluar diikuti oleh adik. Selalunya mak akan ke pusat membeli-belah waktu ni. Mak akan solat Asar di restoran ayah. Bila dah malam barulah mak, ayah dan adik sama-sama balik. Sebab bosan dah mula meguasai diri, aku buat keputusan untuk ke taman. Aku capai basikal yang selalu aku guna masa sekolah menengah dulu. Sampai saja di taman, aku letak basikal aku di sebelah gerai buah. Lepas beli buah jambu dan air kotak, aku terus tawaf taman tu. Ramai orang petang ni. Ada yang joging, ada yang berkasih dan ada yang temankan anak mereka.

Aku duduk di salah satu bangku berhadapan dengan tasik sambil berfikir. Siti kawan baik aku. Kalau aku tanya dia, mesti dia tak keberatan cerita pada aku apa masalah sebenar datuknya dengan Makcik Fatimah tu. Lamunan aku terhenti di situ. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Siapa pula yang sedang bisik-bisik panggil aku ni. Meremang bulu roma aku. Woit, orang best macam aku mana boleh takut. Lagi pun, hari siang lagi. Aku menguatkan hatiku. Orang ramai dah mula beransur-ansur berjalan ke padang permainan di seberang tasik. Ish, tak kan nak tinggal aku sorang di sini. Baik aku beredar. Aku mula angkat punggung. Tak semena-mena tanganku ditarik dari belakang.

"Siti!!!" jeritku.

Siti hanya mendiamkan diri. Ish, seram pula aku tengok budak ni. Dengan mata lebam, rambut berserabut, sama je macam...er...benda alah tut...tut...tu. Aku memberanikan diri pegang tangan Siti. Dah le sejuk cam...er...alahai Siti oi. Apesal le kau buat aku macam ni?! Aku bukannya berani sangat pun.

"Siti, kalau kau tak nak cakap, aku balik dulu," ugutku.

"Aku sedih Hana. Sedih dengan perlakuan Makcik Fatimah pada aku," katanya.

Siti diam semula. Yang dia buat dari tadi hanyalah memandang aku dengan pandangan sayu. Konon pilu le tu. Bukannya aku tak simpati. Tapi, lama-lama meluat juga tengok budak sorang ni. Tak pasal-pasal ada yang kena debik dengan aku hari ni.

"Cuba kau story kat aku apa masalah Makcik Fatimah dengan datuk kau tu?" tanyaku.

"Aku pun tak tahu sangat cerita ni," katanya perlahan. Siti diam. Tangannya sibuk menyisir rambutnya agar kemas. Lepas dah agak-agak puas hati, Siti mengikat rambutnya. "Kisah ni dah 30 tahun lamanya. Kau pun tau kan famili aku ni tergolong berada juga."

Berada? Bukan setakat berada lagi dah. Tapi dah masuk tahap mewah gila. Cuma tak setaraf Sultan Brunei saja lagi. Luah aku dalam hati. Tak sanggup pula aku nak kata kuat-kuat.

"Walaupun hotel datuk aku tu ada dua tiga buah saja, tapi lebih dari cukup. Tapi tu la, ada juga yang dengki macam Makcik Fatimah tu," sambungnya lagi.

Ish, sampai tahun depan pun tak habis kalau dia cakap macam ni. Mau juga aku sekeh budak ni. Tapi, nanti dia tak cerita kat aku pula.

"Masa tu kalau tak silap aku, Makcik Fatimah kerja di bahagian kaunter. Jadi 'receptionist'. Masa muda dia memang cantik. Ada gambar dia dalam rekod hotel. Dia cuba rapatkan diri dengan datuk aku. Ye la, usahawan muda katakan. Hensem pula tu. Tapi datuk aku tu kira bertanggungjawab juga. Dia sedar yang dia dah ada isteri dan anak. Tapi atas hasutan Makcik Fatimah, datuk aku terpedaya juga. Lama juga mereka ada hubungan sulit. Satu malam tu, datuk aku bertengkar dengan mak aku. Kononnya datuk aku nak ramai anak tapi mak aku cuma mampu lahirkan papa aku saja. Puncak pergaduhan tu bila datuk meragui yang papa anak dia. Lepas tu datuk terus keluar," sambungnya panjang lebar.

Siti menarik nafas. Dia mencapai air kotak di tangan aku lalu disedutnya perlahan. Pandangannya dilemparkan jauh ke arah tasik. "Datuk lari ke Amerika. Urusan hotelnya diserahkan pada mak. Lepas papa kawin dan abang-abang aku lahir, papa buat keputusan nak cari datuk. Masa tu mama tengah mengandungkan aku. Mak takut papa pergi dan tak balik macam datuk. Jadi dia paksa papa dan mama tinggalkan aku." 

"Jadi, yang kau sedih sangat sebab ni la?" tekaku.

"Alah, setakat benda macam ni, aku tak heran. Dah biasa pun. Yang aku sedih tu sebab ibu Shah dah termakan hasutan Makcik Fatimah sampaikan tak nak pinang aku," jawabnya. 

Kini giliran aku pula diam. Aku tengah keliru sebenarnya. Bila masa pula Shah rancang nak pegi pinang Siti ni. Aik, aku sebagai remaja harapan di kawasan perumahan ni pun boleh tak tau. Takkan pula si Jenet CNN tu tak dapat scoop hangat ni kot. Nak saja aku korek lebih-lebih dari Siti. Tapi, tengok macam dia tengah feeling tu. Mesti lepas ni banjir kawasan ni.

"Hana, kau la satu-satunya best friend aku. Kau kena tolong aku," pintanya.

"Er...okaylah. Aku tolong kau. Tapi, baik kau siapkan diri kau dengan apa-apa saja ilmu kebal yang kau ada sebab Makcik Fatimah kepoh tu bersahabat dengan ibu Shah. Aku pun tak tau apa yang dah disogoknya ke dalam telinga orang tua tu. Tapi, aci potong leher ayam yang cerita tu mesti tak best punya," kataku.

Kami duduk di situ buat dua tiga minit lagi. Lepas tu Siti minta diri. Nak tunggu mama papa dia katanya yang akan sampai hari tu. Aku masih juga di situ. Hari dah makin gelap. Orang ramai pun dah beransur pulang. Padang permainan yang tadinya riuh, dah jadi sunyi. Aku capai basikal aku. Perlahan-lahan aku kayuh basikal tu. Dalam hati aku, hanya Tuhan yang tahu betapa sesaknya perasaan aku. Walaupun aku merestui hubungan Shah dan Siti tapi aku tetap terkilan. 

Malam tu riuh saja rumah aku. Famili si Shah datang untuk makan malam di sini. Ibu Shah, Puan Azizah pun ada juga. Tak henti-henti dia bertanya itu ini padaku. Aku pun jawab seberapa sopan yang boleh. Tapi hati aku berdegup kencang saja. Macam mana aku nak buka mulut terangkan pada Puan Azizah yang Siti tu dianiaya. Dalam berani aku pun ada juga penakutnya. Sampai ke sudah aku tak buka mulut tentang Siti. Ish... susah juga jadi orang tengah ni.

Kerja makin bertimbun sekarang sebab kekurangan staf. Cerita ni pun nak kena 'edit' lebih banyak sebab cerita yang ditulis semasa zaman remaja mestilah gila-gila sedangkan sekarang dah kategori dewasa. Ehm, dewasa ke?!    ;)

Terima kasih untuk 'Vote' dan 'Comment' anda.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaWhere stories live. Discover now