-17-

895 26 0
                                    

Shah 

Kotak telefon di tanganku direngut oleh Kamal. Dia mengelengkan kepala sebelum menyembunyikan kotak itu dibelakangnya. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang sebelum hilang ke dalam biliknya.

"Kau dah janji pada diri kau bukan. Jadi selama mana kau masih suami orang, selama itulah kau kena pegang pada janji," jeritnya dari dalam bilik.

"Ya, tapi itu tak menandakan yang kau berhak ambil hak aku," balasku.

"Sebagai sahabat karib, aku berhak ke atas semua yang ada kaitan dengan kau kecuali isteri kau," balasnya semula.

Aku menarik nafas dalam. Beberapa kotak yang berisi baranganku, aku letakkan di sisi sofa. Aku menuju ke dapur dan menjengok ke dalam peti sejuk.

"Kalau ya pun aku dah tak ada di sini, takkan kau nak makan makanan segera saja?" tanyaku masih dalam nada menjerit. 

Aku mengelengkan kepala melihat beberapa kotak makanan yang hanya perlu dimasukkan ke dalam microwave untuk dihangatkan sebelum boleh dimakan. Di dalam kabinet juga terdapat banyak makanan dalam tin yang juga hanya perlu dihangatkan. Tapi dengan sikap Kamal, makanan dalam tin ni rasanya tak sempat untuk dihangatkan sebelum masuk ke dalam perutnya. 

"Aku tak suka masak, bukan macam kau."

Aku menoleh ke arah Kamal yang kini sudah duduk di sofa sambil matanya tertumpu ke arah kaca tv. Ibu jarinya bergerak tanpa henti menekan butang di alat kawalan jauh. Berpinar mataku melihat stesen tv bertukar selang beberapa saat.

"Kau boleh tinggal dengan aku," kataku.

"Hahaha. Terima kasih saja atas pelawaan kau tu. Tapi aku tak nak kacau daun. Aku ada alasan kukuh kenapa aku lebih suka menetap di sini," balasnya.

Belum sempat aku bertanyakan apa alasan kukuhnya itu, loceng kondominium kami berbunyi. Kamal terus melemparkan alat kawalan jauh ke arahku sebelum menuju ke arah pintu. Dia membetulkan rambutnya di cermin besar berdekatan pintu sebelum pintu dibuka dengan senyuman lebar di wajahnya.

"Fatin, apa khabar? Ada apa-apa yang boleh abang bantu hari ni?" tanyanya lembut.

Kamal, 28 tahun, peguam yang terkenal dengan sikap kerasnya, amat disegani dalam dunia undang-undang walaupun usianya masih muda kerana tidak pernah kalah walau dalam satu kes pun sehingga ke hari ini; sedang menyandar di pintu sambil mukanya merah menahan malu. Aku mula tertarik untuk melihat siapa gerangannya yang berjaya membuatkan sahabat karibku ini menjadi sebegini.

Aku meninggalkan ruangan dapur lalu menuju ke pintu. Mataku terarah kepada gadis manis yang bertudung litup di muka pintu. Usianya seperti dalam lingkungan usia Suhana. Dia melemparkan senyuman selepas terlihat kelibatku.

"Saya masak lebih hari ni. Sepertinya di tingkat ni, hanya abang saja yang ada di rumah. Jadi kalau tak keberatan..." Dia menghulurkan mangkuk tingkat kepada Kamal.

Aku pura-pura melihat ke arah lain. Lucu sangat melihat Kamal yang menyambut mangkuk tingkat itu seolah-olah menerima mandat besar.

"Mr Low jarang ada. Eric pula, kalau ada pun takkan dibukanya pintu tu melainkan loceng kecemasan berbunyi. Takut diserbu paparazzi kot," kataku.

"Eric Holden pelakon terkenal tu?" tanya gadis itu.

Aku hanya mengangkat bahu. Kamal menolak mangkuk tingkat itu ke arahku sebelum menolak aku supaya meninggalkan mereka berdua. Huh, inilah namanya sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Aku membawa mangkuk tingkat itu ke meja makan dan satu-persatu aku asingkan. Hmmm, ayam masak kari hijau Thai, sayur campur dan sup tulang.

[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & DiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora