TALI GANTUNG PART 1

6.3K 194 19
                                    

Tali gantung part 1

"Sedapnya bau rendang mak." Amy yang meninjau emaknya di dapur memuji bau rendang ayam kampung emaknya.Tak sabar pula hendak menunggu Aidiladha esok.
"Ambik lah dah masak tu...tinggal nak keringkan sikit sahaja lagi." Kata emaknya.
"Tak apa lah mak...kejap-kejap lagi lah. Nak pergi rumah Pak De kejap hantar lemang dengan ketupat."
"Nanti bawakan Pak De kau nasi tu dah siap mak tapau kan."Panjang muncung emaknya menunjukan mangkuk tingkat yang sudah berisi.
Pak De atau Husaini adalah bapa saudara Amy adik kepada emaknya yang tinggal bersendirian di rumah pusaka peninggalan arwah neneknya. Terletak dua kilometer dari taman perumahan yang mereka duduki. Di ajak tinggal sekali bersama mereka Pak De nya tidak mahu.

Amy start motosikalnya, perlahan dia memandu. Sunyi sahaja rumah Pak De pintu tetapi belakang terbuka luas. Apalah Pak De ni pintu belakang di biarkan terbuka. Sudah lah suasana kampung ni sunyi tidak berpenghuni. Senang sungguh mengundang pencuri.

"Assalamualaikum."Amy memberi salam. Tetapi salam nya tidak bersambut. Dia ke pintu belakang, salam tidak berjawab baik dia masuk sahaja. Mana tahu jika Pak De nya tertidur.
Sebaik sahaja dia masuk dia terbau bau yang kurang enak. Seperti bau bangkai baru hendak membusuk. Dia meninjau tidak nampak pula kelibat Pak De nya. Amy meletak kan mangkuk tingkat di atas meja dapur dan dia ke berlali ke ruang tengah.

Ketika itu lah dia melihat sesuatu yang mengerikan di tangga antara ruang tamu hadapan dan ruang tengah.Amy terkaki, dia menjerit nyaring dan berlari keluar rumah. Dia start motorsikalnya, memulas minyak sehabis yang boleh.

"Mak...mak..."Amy menjerit memanggil emaknya. Kebetulan ayahnya baru sahaja balik dari pekan melihat Amy dengan pandangan aneh.

"Kenapa dengan kau ni Amy?"Tanya ayahnya.
"Ayah...Pak De...Pak De..."Amy cuba memberitahu,tetapi lidahnya terasa kelu.
"Kenapa Pak De kamu tu?Cuba kamu mengucap Amy..."Ayahnya mengusap belakang Amy, dia menghulurkan air mineral yang kebetulan berada di tangannya.

"Pak De ayah...."
"Ye lah kenapa Pak De kamu."
"Pak De dah mati...mati tergantung dekat tangga."
"Ya Allah apa kamu cakap ni Amy."
"Betul ayah..Pak De dah mati gantung diri dekat rumah tu, dah bau busuk pun."Ujarnya. Ayahnya bangun.
Dia menjerit memanggil emak dan adik beradiknya yang lain.
Mereka semua kembali ke rumah Pak De.

TALI GANTUNGحيث تعيش القصص. اكتشف الآن