TALI GANTUNG PART 6

3K 133 1
                                    

Tali gantung part 6

"Masa dekat kubur tadi teruk abanglong kena." Rifki duduk di sebelah Amy dan bercerita.
"Kena apa along."Tanya Amy pelik.
"Ada benda berbunyi macam marah kan kami, tak tahu lah apa.Siap dia baling batu sekali, main gegar daun pokok pisang kaki dekat hujung tu."
"Ishh..seram nya."Meremang bulu roma Amy mendengar cerita Rifki.
"Amy pula masa dekat hospital dah ada kejadian pelik-pelik.Dekat wakaf tu lagi. Bau busuk betul.Along kalau jenazah mati macam tu memang bau busuk ke?"
"Entah tak tahu pula Along, mungkin lah kot. Kita pun tak tahu berapa hari dah sebenarnya Pak De meninggal dunia."
"Along.. Amy rasa lah kan Pak De ni bukan bunuh diri macam yang orang cakap."Rifki pandang Amy dengan rasa aneh.
"Kenapa Amy cakap macam tu?"
"Entah lah Along Amy tak rasa Pak De sanggup melakukan perkara begini. Dia bukan calang-calang orangnya. Selalu dia yang menjadi imam solat kita. Dia yang selalu mengetuai bacaan yassin dekat surau tu, kadang-kadang dia yang menjadi imam. Mustahil kan Pak De tergamak melakukan perihal yang begini."
"Kalau ikut logiknya , memang lah Amy tapi entah lah...Along tak berani nak kata apa-apa pasal ni. Kita ni manusia biasa sahaja mana lah kita tahu disebalik makrifat itu apa yang terjadi."

Mereka berdua terus berbual di atas tangga, kegelapan malam langsung tidak memberi mereka apa-apa kesan.
"Hmm..hmm.."Tiba-tiba mereka berdua memdengar bunyi suara berdeham.
Macam suara Pak De!
Amy dan Rifki berpandangan.Kata orang mereka yang mati membunuh diri, rohnya tidak tenteram.Apakah itu benar?

"Jom lah masuk Amy."Ajak Rifki, bimbang dan takut silih berganti menindih hati mereka berdua.
Amy bangun mahu masuk kedalam rumah ,dia menoleh ke halaman rumah apabila terasa badannya di baling sesuatu. Dia melihat ke bawah, tergolek sebiji rambutan masak.Setahu Amy hanya Pak De sahaja yang suka main baling-baling buah rambutan.

Tak kan lah!

TALI GANTUNGWhere stories live. Discover now