TALI GANTUNG PART 9

2.9K 130 1
                                    

Tali gantung part 9

Amy memandang tetamu yang beransur pergi.Dia dan abanglong mula mengemas apa yang perlu.
"Kita ke rumah Arwah Pak De, rumah tu kena di basuh semalam tak sempat nak basuh."
Amy mula gelisah. Mahu pergi kembali ke tempat kejadian dia memang tidak sanggup.Apatah lagi membersihkan kesan-kesan darah.
"Kenapa Amy?Along tengok kau macam nak ngelat je..."Rifki mengusik adiknya.
"Mana ada, jom lah pergi tak kan nak biar rumah tu macam tu sahaja."
"Kalau takut tak usah pergi, nanti malam mengigau dah satu hal."Ujar ayahnya.
"Eh mana ada."Cepat-cepat Amy menafikan rasa takut yang kian menjengah otaknya.

Petang itu ketika mereka sudah kelapangan, Amy, Rifki, emak dan ayahnya kembali ke rumah arwah.
Kelihatan tempat di mana mayat Pak De ditemui ada darah yang sudah kering. Mereka tidak menunggu lama,terus sahaja membersihkan apa yang perlu.Amy masuk ke dalam bilik Pak De nya. Masih ada bau Pak De, minyak attar Pak De menyucuk hidungnya. Kelihatan sejadah dan kain pelikat terletak elok di atas katil yang sudah siap berkemas rapi. Pak De memang rajin orangnya.

Amy membelek di atas meja sudut,ada beberapa barang peribadi Pak De elok sahaja terletak tidak berusik.Memang langsung tiada tanda di cerobohi oleh sesiapa pun.Dia mula ragu, mungkin benar Pak De nya membunuh diri.Amy membuka laci yang tidak berkunci, ada diari peribadi.
"Maaf Pak De...saya baca diari Pak De."Amy berkata perlahan.Pada tarikh terakhir sebelum kematiannya ada catatan ringkas.

"Hati rasa tidak enak, seolah-olah ada sesuatu yang akan terjadi.Sudah dua kali dia datang meminta tetapi aku tidak dapat memberi kerana beberapa sebab."

Apa maksudnya?Amy membawa keluar diari berwarna biru tersebut lalu di tunjukannya kepada Rifki.
"Cuba along baca..."
Rifki membaca apa yang ditunjukan Amy.
"Kata-kata ni buat saya yakin Pak De sebenarnya di bunuh orang."Amy berkata perlahan dengan penuh keyakinan.
"Biar lah polis je buat kerja kita tak payah lah nak sibuk-sibuk"Kata Rifki.
"Kalau ada caranya memang saya nak sangat tahu dari mulut Pak De sendiri."Kata Amy jujur.
"Kau nak buat apa?Nak suruh Pak De bangkit dari kubur duduk bersila depan kita dan bercerita macam mana dia mati.Kau sanggup ke?"Tanya Rifki,mencerlung matanya memandang Amy, penakut tetapi ada hati mahu membuat sesuatu yang tak terjangkau dek akal.

"Takut atau tidak kalau nak tegak kan kebenaran saya sanggup."Kata Amy
"Eh mind reader!"Rifki ketawa tahu pula Amy apa yang ada dalam kotak fikirannnya.
"Tak payah nak fikir sangat lah pasal Pak De. Kita biar polis buat kerja."
"Kalau ada...Saya nak cuba."
"Jangan degil lah nak buat benda-benda khurafat ni. Pak De dah tentu selamat di alam barzah.Kita atas dunia pandai lah nak kumpul pahala buat bekal kita pula."Kata Rifki.

Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu jatuh di bahagian dapur.
Amy dan Rifki berpandangan, emak dan ayah mereka berada di luar membersihkan halaman rumah. Siapa di dapur?

TALI GANTUNGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora