TALI GANTUNG PART 3

3.5K 144 0
                                    

Tali gantung part 3

Amy menyelesaikan tugasnya di Balai Polis memberi keterangan yang di perlukan bersama Abang Longnya.
"Pelik pula abang."Abang longnya menzahirkan rasa peliknya ketika mereka menuju ke hospital.

"3 hari lepas ada abang tengok Pak De, gembira sahaja dia. Tak ada pula dia bercerita pasal masalah dia atau apa-apa. Abang siap hulur dia duit belanja."
"Banyak ke abang bagi.?"
"Adalah 200ratus."
"Tapi tadi polis tak jumpa pun walet arwah."
"Kes rompak agaknya tak?"
"Mungkin juga."
"Kalau nak rompak pun...rompak je lah jangan nak ambil nyawa orang sesuka hati."
"Tu lah, tak apa kita doakan sahaja orang yang bertanggungjawab akan ditangkap."

Sampai sahaja di hospital sudah ramai saudara mara yang menunggu.Amy dan Abanglongnya menyalami semua yang ada.Emaknya duduk di kerusi di bilik mayat tersebut dengan air mata yang mengalir hiba. Sayang sungguh emak kepada Pak De nya.
"Kena selesaikan hari ni juga."Kata ayahnya.
"Siapa nak gali kubur,Samad dah pulang ke kampung katanya."Bapa saudara mereka yang lain menyampuk.
"Tak apa ayah nanti Along dengan angah ajak beberapa orang budak kampung yang ada pergi gali kubur."
"Kalau macam tu boleh minta ukuran dari pegawai di dalam."
"Tak apa along masuk."
"Saya ikut bang..."Kata Amy. Dia mahu masuk mengikut abangnya, mahu melihat jenazah Pak De nya.
Sewaktu mereka masuk pegawai bertugas sedang menjalankan post mortem.Amy yang pada awalnya mahu melihat sudah tidak dapat menahan rasa tekak yang meloya. Segera dia keluar.

"Berlagak lagi."Abanglongnya sempat mengusik.
"Along balik dulu ayah, dah petang sangat ni."Dia melihat jam di tangan , sudah pukul 3 petang. Kata petugas bilik mayat, jika tiada aral melintang sebelum maghrib pasti semuanya selesai.
"Amy tunggu sini atau nak ikut along gali kubur."
Tanya abanglongnya.
"Tak apa long, Amy tunggu sini sahaja."

Ketika menanti post mortem selesai, mereka duduk dikerusi yang disediakan.Amy duduk agak jauh dari keluarganya.Main telefon!Itu lah kerjanya bukan nak baca yasin ke apa!

Kebetulan ada seorang makcik cleaner sedang membersihkan laluan tersebut. Amy yang asyik dengan telefon nya hanya melihat hujung penyapu menyapu habuk yang tidak kelihatan. Tidak pula dia mendongak melihat gerangan cleaner tersebut. Dia leka bermain game coc nya sahaja.

Sepupunya datang dan duduk disebelahnya sambil menghisap rokok, habuk rokok jatuhnke atas lantai.
"Wei!ini kan kawasan hospital,apasal suka hati kau je nak merokok. Habuk tu nampak tak?Kesian makcik cleaner baru aje dia menyapu tadi."Tegur Amy.

"Kau ni ..makcik cleaner mana? kau tak nampak ke sampah atas lantai, lantai tak bersih."Amy memandang hujung laluan, ternyata memang tiada cleaner walau pun seorang.

"Main lagi coc tu...entah-entah hantu yang menyapu dekat kaki kau tu."Kata-kata sepupunya menyebabkan Amy menelan air liur. Bulu romanya tegak berdiri. Bilik mayat ni kot!

TALI GANTUNGWhere stories live. Discover now