Part 6

1K 47 0
                                    

Lagu Pencuri Hati nyanyian Ida Tuah berkumandang di corong radio tetapi tak mampu mematahkan pikiran aku yang sedang ligat mengingati apa yang terjadi semalam..

'Faris..kau jangan terus jatuh cinta dengan dia..belum setahun kau mengenali dia..kang kau yang merana'..kedengaran satu suara yang berdetik di dalam hati aku..Betul jugak apa yang dicakap..Dari terus aku mengelamun baik aku ulang kaji pelajaran..Mid year exam dah nak dekat dah ni..banyak benda yang nak kena catch up..

"Faris..oh Faris..tolong mak kejap kat dapur ni.."pekik Puan Zainab a.k.a mak aku..

Aduh..baru nak study mak dah minta tolong pulak..Tak pe la..mak kita kan..nak tak nak kena la tolong jugak.." Kejap mak.."sahut aku dari dalam bilik..Kemas-kemas meja lepastu terus gi dapur..

"Tolong mak masak ni..Kejap lagi kawan ayah kau nak datang..Kau kan pandai masak.." suruh mak aku..Iye..memang aku pandai masak and uruskan rumah but tak de la sampai mengalahkan suri rumah..hahaha

"Iye lah..mak nak masak apa ni..?ramai ke yang datang kejap lagi..?" tanya aku sambil tangan ligat memotong sayur-sayuran untuk di masak kejap lagi..

"Kita masak ayam black paper..Sayur goreng dengan Telur Bistik..Faris masak ayam black paper..Faris pakar kan.." mak aku jawab sambil membasuh ayam yang mak beli pagi tadi..Aku mengiyakan aja apa yang mak cakap.. Memang betul aku pandai masak ayam black paper..hahaha..Nasi dah masak..tinggal lauk je..

Ops..Lupa..harini hari sabtu..Semalam ayah ada cakap kawan dia nak datang...Aku lupa.. Kawan zaman sekolah dia dulu..Lama katanya tak jumpa..Pukul 2.00 dia orang sampai..Jam di dinding dah menunjukkan 1.00 tengahari..Ligat tangan kami anak beranak buat kerja..Macam cerita Master Chef yang diberi masa untuk menyiapkan menu..hahahha

Ting..Tepat pukul 2.00 petang semua hidangan siap dihidangkan..Hahaha..siap ada jam loceng..Mak aku siap-siap kat bilik dia lepas masak..dan aku pun naik ke bilik ingat nak sambung study..Sebelum mak aku naik..Mak aku pesan turun nanti makan sekali..Aku pun..aduhhh..duh duh duh duh..Aku ni dah la jenis pemalu makan dengan orang yang tak kenal..

Tak lama lepas aku naik..pintu rumah di buka dan kedengaran riuh di bahagian ruang tamu..Ayah aku balik membawa kawan lamanya berserta keluarganya masuk..Aku pun turun dan terus ke dapur..Aku tau apa yang aku kena buat..Buat air untuk dihidangkan..Untung sapa dapat aku.. Hahaha..masuk bakul angkat sendiri..

Masa aku nak hidang..Aku terperasan seorang budak lelaki seakan sebaya dengan aku..Dia melirikkan senyuman manis semasa aku menuangkan air..Kawan ayah namanya Uncle Amir, isterinya Aunty Mimi dan budak tadi tu namanya Hanif..Aku pun terus ke dapur setelah bersalaman dengan kawan ayah aku tu..Dia orang baru pindah dari London kerana bonda kepada Uncle Amir baru meninggal dunia..Sakit tua..Rumah dia orang dalam 5 kilometer dari rumah aku..

Selesai borak-borak..Ayah aku dengan mak aku menjemput mereka untuk makan bersama di meja makan..Dan aku duduk berhadapan dengan budak Hanif ni..Masa makan..mata dia tak habis-habis memandang aku..Aku jadi macam pelik dan tak selesa..Dalam hati aku nak je korek mata dia ni...Kadang-kadang kami kami berlaga membuatkan dia tersenyum..Aku suspek dia ni gay..hahaha..perilaku dia macam nak tackle aku..Tapi aku takut pulak bila ingat kat Fik..Tak pasal-pasal kena belasah nanti..Eah..Dia dah tinggalkan tanda..Takut la..Sekali dia pandang lagi..aku bagi jelingan maut tertunduk dia melayan makanan..Ayah dengan mak dia memuji masakan aku..Sedap katanya..Dan mak aku pun membocorkan rahsia yang aku masak lauk ni tadi.. Aku hanya mampu tersengih mendengar pujian yang melambung ni..Sekali lagi kaki kami berlaga..Dan kalini dia menyilangkan kakinya dengan kaki aku...Erghhhh..Budak ni...!!!!

KERANA SESEORANG Où les histoires vivent. Découvrez maintenant