Sebulan kemudian...
ARIANA melangkah masuk kedalam pepustakaan yang terletak ditingkat 3 itu. Ditingkat 3 itu hanya ada perpustakaan sahaja. Tiada kelas atau bilik khas yang lain. Buku tebal Matematik I yang dipinjam dipulangkan kembali.
"Ni card miss", hulur pengawas perpustakaan yang bertugas
Ariana menyambut kad yang dihulur sambil tersenyum kecil. Lalu kakinya diorak melangkah ke rak rak buku. Sengaja dia ingin membuang masa di perpustakaan itu. Tiada kelas untuk diajar sehingga tiba waktu rehat.
Ariana memilih sebuah novel berbahasa inggeris yang bertajuk The Decendants. Kaki langkah menuju ke arah meja yang terletak disebelah tingkap. Namun matanya sempat menangkap tubuh yang melentokkan kepalanya diatas meja.
Lama matanya mengamati tubuh itu. Dia kenal. Sangat kenal. Lelaki yang tak pernah Ariana dengar suaranya sepanjang dia mengajar disekolah ini. Hanya suara kerek yang pernah didengar di kedai buku. Ya, peristiwa yang lalu.
Adam Qaid bin Hashim
Ariana mengorak langkah menghampiri jasad yang tidak bergerak itu. Tidur barangkali. Perlahan Ariana menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Adam yang tidur itu.
Mendengar seperti bunyi yang dekat dengannya, pantas Adam mengangkat muka sedikit. Hanya matanya yang kelihatan disebalik lengannya yang dibuat alas kepalanya tadi. Matanya dicelikkan. Terlihat guru kelasnya yang memandangnya sambil tersenyum senget. Kepalanya kembali diletakkan di atas lengannya. Kembali lena. Membiarkan.
Ariana yang perhatikan tingkah Adam menggeleng. Boleh pulak sambung tidur; desis Ariana.
"Tak ada kelas ke Adam?"
Tiada respon.
"Adam? Saya tanya ni" giat Ariana lagi.
Adam mengangkat kepala. Matanya dipejam. Badannya ditegakkan. bersandar santai di kerusi. Perlahan matanya dibuka memandang Ariana. Keningnya diangkat double jerk.
"Tak ada kelas ke?" ulang Ariana lagi.
Adam memandang kosong.
Ariana membalas pandang. Menunggu balasan jawapan.
Perlahan Adam bangun menolak kerusi kebelakang dan berlalu pergi dari situ. Ariana hanya memerhati dengan ekor matanya. Perlahan keluhan dilepaskan. Ariana merenung kosong kedepan. Dah kenapa budak ni? ; bergumam sendiri.
Ariana menggeleng kecil. Pantas novel atas meja dicapai dan dibuka. Focusnya kembali pada novel ditangan.
---------------
"Miss! Miss!"
Ariana berpaling. Terlihat Nabilah yang membesarkan langkahnya menghampiri Ariana yang sedang menuju ke kantin. Langkah Ariana terhenti.
"Kenapa Bella?" Soal Ariana apabila Nabilah sudah berdiri dihadapannya.
Nabilah tersenyum.
"Macam ni miss. Saya nak minta tolong miss boleh?"
"Minta tolong apa?"
Nabilah terdiam. Bibir bawahnya digigit. "Hmm macam mana ya nak cakap. Macam ni miss. Kami ingat kami nak minta tolong miss ajarkan kami untuk subjek Maths. Kira macam kelas tambahan. Errr ... tuition? Kami akan bayar berapa pun miss minta.."
"Tuition?"
Nabilah mengangguk. Bersungguh.
"Kami?"
"Kami berenam.."
Ouhhh.. Ariana mengangguk paham. Kepalanya menimbang nimbang permintaan anak muridnya. Boleh memang boleh. Tapi bila dan dimana?; bisik hatinya sendiri.

YOU ARE READING
Ariana [SLOW UPDATE]
Romance"Hey budak! Pandang pandang apa?" - Ariana "Pandang bakal menantu mummy saya" - Adam Ariana tersentak! . *please do read until updated chapter. Sebab chapter 1 to 5 ni memang slow sikit (errr banyak I guess? ) . * AUG'16 - #18 in romance