ARIANA melangkah masuk kedalam bilik guru. Harini dia lambat datang ke sekolah kerana terlewat jaga. Jam dipandang. 8.03 pagi. Terkocoh kocoh Ariana mengambil buku teks matematik yang disusun diatas meja. Buku nota turut diambil. Dia ada kelas pagi ni.
"Lewat harini Ana?"sapa Linda melihatkan dirinya yang kelam kabut.
"Terlajak tidur" kata Ariana sambil tersengih menampakkan giginya.
Almaklum lah sedang mengibarkan bendera merah, tu yang terlajak tidur. Selalunya lepas subuh memang dia terus bersiap untuk kesekolah.
Linda melepaskan tawa kecil. Kuih didalam plastik disua kepada Ariana. Pantas Ariana menggeleng. Menolak. "Thanks Lin. Ana dah lewat. Ada kelas pagi ni", perlahan Ariana menolak.
Langkahnya dibuka besar menuju ketingkat 3. Kelas 6 Ixora dituju. Dari tingkat 2 sudah kedengaran bising yang datang dari kelasnya itu. Ariana melepaskan nafas. Lelah.
"Sorry saya lambat, class"katanya sebaik meletakkan buku dan handbagnya diatas meja. Tangannya pantas mengeluarkan pen dan senarai kedatangan murid.
Khairani yang duduk dihadapannya tersenyum memandangnya. Ariana membalas seadanya. Dia masih penat. Penat mendaki ketingkat 3 dengan cepat. Ariana melabuhkan punggung. Kedatangan diambil berdasarkan muka muka yang hadir ke kelas. Tiga orang tak hadir. Termasuk Adam; Ariana berkata sendiri. Lega menyinggah.
Teringat peristiwa dia menghantar Adam pulang kerumah pada sebulan yang lepas. Rasa malu masih tersisa. Malu dengan tingkahnya sendiri.
"Okay harini kita bincang exercise yang saya suruh buat tu ya?"kata Ariana kepada kelasnya. Namun hanya 6 pelajar sahaja yang mengeluarkan buku. Yang lain sedang membuat bising dibelakang kelas. Keluhan berat dilepaskan.
---------------
"Okay class. Tolong diam sikit! Saya ada benda nak cakapkan ni!"kata Ariana sambil mengetuk marker ditangan keatas meja Kharani.
"Class! Class! Please...tolong diam sekejap!"sambungnya kemudian apabila kelas itu masih bising dengan suara suara sumbang.
Ariana mengetuk lagi marker ditangan. Lebih kuat. Suara sumbang tadi semakin perlahan. Ariana menarik nafas lega.
"Saya nak ingatkan awak lagi. Minggu depan awak semua akan duduki Test I. And test math II ni pada hari Rabu. And test ni akan cover sampai topic 4. Jadi saya nak awak semua belajar betul betul. Buat latihan yang ada dalam buku teks tu. Kalau ada yang tak paham, bole datang berjumpa dengan saya kat bilik guru. Okay?"kata Ariana memberi peringatan akan ujian I yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Rata rata pelajarnya memandangnya kosong. Seolah olah apa yang diperkatakan Ariana tidak penting untuk mereka ambil peduli. Ariana mengeluh untuk kesekian kalinya. Pelajar yang berkumpul dibelakang kembali membuat bising dan ada yang menyambung tidur.
---------------
Ujian I berlangsung selama 4 hari. Selama 4 hari itu, Ariana tiada kesempatan untuk menjejakkan kakinya dikelas 6 Ixora kerana dia ditugaskan untuk menjadi pengawas ujian bagi pelajar tingkatan 3.
"Okay times up! Sila duduk ditempat masing masing sehingga semua kertas jawapan dikutip. Awak semua boleh keluar bila kebenaran diberi"kata ketua pengawas ujian untuk tingkatan 3, cikgu Azila.
Ariana melangkah ke belakang kelas. Mengutip kertas jawapan bermula dari belakang.
"Okay awak semua boleh keluar kelas"kata Azila apabila semua kertas jawapan dikutip dan dibilang jumlahnya.
Pelajar pelajar kelas 3 Aster terus bangun. Ada yang menggeliat mmbetulkan urat dan sendi. Ada yang berkumpul dimeja, membincangkan soalan.

STAI LEGGENDO
Ariana [SLOW UPDATE]
Storie d'amore"Hey budak! Pandang pandang apa?" - Ariana "Pandang bakal menantu mummy saya" - Adam Ariana tersentak! . *please do read until updated chapter. Sebab chapter 1 to 5 ni memang slow sikit (errr banyak I guess? ) . * AUG'16 - #18 in romance