Hari first di SME

2.2K 75 0
                                    

"Nahyun ssi...Sila perkenalkan diri.."

"Annyeonhaseyo...Jeoneun Son Nahyun ibnida...Umur saya 17 tahun...Dan...Sila beri tunjuk ajar.." Aku memberikan senyuman. Harini hari first aku di SM Entertainment..Aku tengok hampir semua group ada kat sini...Aku tak nak senaraikan nanti jadi panjang... Korang pun tau en artist under SM...But something is bothering me...King of Kpop Industry, secara umumnya, EXO...Tak da...Tapi, aku tak la terkejut...Diorang mesti sibuk..Hallyu Star la katakan~

"So, this is our new family member..Dia akan tinggal buat sementara dengan SNSD..Sebab dorm trainee dah full..You guys okay with that?" Mata CEO kitorang, Mr Lee..Tertumpu kepada members SNSD. Diorang mengangguk.

"So, siapa nak bawak dia pergi dorm?" Semua members mengangkat tangan. WOW.

"Ala...Bagi eonnie je la...Korang kena mengalah sebab eonnie paling tua.."

"Aikk..Bukan yang tua ka kena mengalah..Kau dapat fact tu dari mana, Kim Taeyeon"

"Diam ah kau"

"K...Kalau Hyoyeon eonnie dah cakap macam tu, bagi Seohyun je la.."

"Ala..Aku la..Aku kan paling flawless.."

"Perasanya kau Sooyoung.."

"Yah!! Stop la gaduh..Macam budak-budak korang.." Manager SNSD  yang aku anggap sebagai Mr Go? Maybe..Menghentikan pergaduhan yang tak seberapa besar itu.

"Cuba jadi professional sikit..." Mr Go menggelengkan kepalanya. Okay, memang patut diorang terdiam..Sebab sekali ngan aku meremang bulu roma. Fantastic..

"Sekarang, Yoona bawak Nahyun pergi ke kereta..Tunggu saya kat situ.." SNSD memberikan pandangan tak puas hati kat Yoona eonnie..

"Nae.." Yoona eonnie berjalan ke arah aku sambil menunjukkan proud face dia.

----------------------

Okay...This is awkward~Aku tau yang sebenarnya tak patut jadi macam ni...Tapi halah...Tak yah la kutuk orang..Korang pun sama ja kan bila duduk alone dengan orang yang korang tak biasa..

"Nahyun memang dari Seoul ke?" Aku terkejut..Tak, tak..Aku okay..Aku cuma shock bila suasana diam..Pastu tiba-tiba dia bercakap. Jap, terkejut dengan shock bukan sama ka?? Let it be..

"Nae..."

"Apa yang buat kan awak join audition?" Aku tau korang tengah expect something big...Tapi korang perlu terima fakta yang sebenarnya aku tak tau kenapa aku join audition ni..Sah korang tengah mengeluh en? Ala, macam la hidup korang tu ada hala tuju sangat..Hish, aku ni dari tadi asyik salahkan korang ja...Mintak maaf la ya..

"Maybe sebab Nahyun seronok bila tengok idol perform?" Dia mengangguk.

Okay, 15 minit berlalu dan kitorang sampai. Yoona eonnie buka pintu dan of course, kitorang masuk. Tak kuasa aku nak tercangak depan pintu. TERCANGAK...perkataan apa la tu? Sah kena reject kan kalau hantar kat Dewan Bahasa dan Pustaka..Kenapa aku rasa macam aku ja yang gelak kat lawak-lawak ni? Well, back to the story..

Dorm diorang cantik...Luar dari expectation aku. Ouh lupa...Ini SM Apartment...Apa la yang kau fikir Son Nahyun?

"Ermm...Nahyun akan duduk dalam bilik eonnie..Sebab ada satu katil kosong.." Muka dia berubah kelat. Yeah, Jessica eonnie...I can feel your pain gurl..

Setelah lebih kurang 30 minit, aku siap kemaskan barang-barang aku dengan bantuan Yoona eonnie. Kitorang siap-siap untuk pergi semula ke company. Wow...Sekarang pun aku dah penat. Nampak sangat selama ni aku cuma tau makan, tengok tv, tidur tak pun youtube..

---------------------

"Eonnie tengok dari tadi Nahyun macam berfikir ja? Kenapa?" Obvious ke? Tak sebenarnya la kan..Aku teringin jugak nak pakai otak  aku yang sememangnya genius ni untuk buat assumption EXO ada kat mana sekarang.

"Tak la..EXO...pergi mana eh?" Tadi baru ja aku plan nak kekalkan imej cool aku dengan biarkan saja soalan tu tak keluar dari mulut..Tapi tu la..Aku ni merancang ja lebih...

"Ah, kalau tak silap diorang ada schedule kat China..." Aku mengangguk. Okay, then..Aku takkan tanya lebih dah..

"Diorang pergi berapa lama eh?" What. The. Actual. Fish is this..

"Tak tau nak kata..Kenapa? " Aku menggeleng sambil tersenyum. AKU. TAK. KAN. CAKAP. LEBIH-LEBIH DAH.

"Teringin jugak nak jumpa diorang.." Duhhh..Kau ni Son Nahyun. Dia cuma mengangguk.

"Oh, jangan lupa...Mr Lee nak jumpa nanti..Eonnie akan terus ke Dance Room tau.." Giliran aku pulak mengangguk.

-------------------------

Inhale, Exhale..Apa yang kau nervous sangat ni? Hishhh..Macam la dalam tu ada harimau. Aku ketuk pintu dan dengan suara Mr Lee suruh aku masuk. Aku duduk setelah mendapat izin..

"Okay, Nahyun...Kamu akan mula train esok dengan trainee yang lain...Harini mulakan dengan SNSD dulu okay?" Aku mengangguk.

"Nahyun..Kamu dah jumpa hampir kesemua artist kan?" Sekali lagi aku mengangguk.

"EXO ada kat China sekarang...Dan, lepas diorang balik...Saya nak kamu pergi perkenalkan diri dengan diorang..Okay?"

"Okay.."

"Saya harap kamu dapat selesakan diri dengan suasana kat sini..Goodluck.." Aku terus keluar selepas cakap terima kasih. Dan, of course, lepas dapat izin Mr Lee..Kalau tak nampak macam biadab..Aku tak faham la..Mr Lee panggil aku semata-mata untuk 4 baris ayat tu ja?? Tchh...Tapi kalau korang nak tau la kan..

Aku sebenarnya malu dengan EXO..Dan aku harap yang aku takkan jumpa diorang...Padahal aku fan diorang..Hmmm..Tapi, tu la...Nak tak nak kena jumpa jugak...Aku sekarang one of SM Family...

Living With EXO [Malay](C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora