BAB 20

8.1K 197 28
                                    

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... ya ALLAH ya Rahman ya Rahim. Sesungguhnya KAU Maha berkuasa ke atas sesuatu. KAU menjadikan sesuatu dan KAU mematikan sesuatu. Aku mohon ya ALLAH, Kau ampunilah dosa-dosa suamiku. KAU lindungilah dia dari serakah-serakah syaitan. KAU lembutkanlah hatinya untuk menerima diriku selaku isterinya yang sah. KAU sedarkanlah dia atas tanggungjawabnya terhadapku dan sebagai hambaMU. Sesungguhnya, aku menyayangi dirinya adalah keranaMU. Ya Rahman... aku mohon, aku mohon KAU tabahkanlah hatiku untuk menerima segala dugaan daripadaMU. Jadikanlah aku sebagai hamba dan isteri yang kuat untuk menempuh segala dugaanMU ini. Sesungguhnya, 'hadiah-hadiah' yang KAU kurniakan kepadaku adalah kerana KAU amat menyayangiku. Aku redha ya ALLAH kerana sesungguhnya, hanya kepadaMU aku memohon dan meminta. Amin,"

Amni meraup mukanya. Sedetik kemudian, dia berpaling memandang figura Hafidz yang nyenyak tidur di bawah selimutnya yang tebal. Amni melepaskan sedikit nafasnya lalu dia mula melipat sejadah.

"Saffiyah! Jangan pergi! Saffi!," tiba-tiba kedengaran suara garau Hafidz bergema.

Dengan perasaan yang terkejut, Amni berpaling memandang figura suaminya.

"Saffiyah! Saffiyah!," racau Hafidz.

"Astaghfirullahalazim! Awak, bangun awak," semerta itu tangan Amni menepuk-nepuk lembut bahu Hafidz.

"Saffi! Please jangan tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you. Please, Saffiyah," rintih Hafidz lagi.

Runtun hati seorang isteri tatkala mendengar suaminya menyebut nama wanita lain meskipun di dalam tidur. Sayang betul Hafidz kepada Saffiyah. Sehingga di dalam tidurnya pun turut menyebut-nyebut nama wanita itu.

"Love you Saffiyah," ucap Hafidz lagi.

Amni menelan liurnya. Pahit dan perit. Dia cuba menahan sebak di dada. Dia cuba berlagak tabah ketika ini. Dengan lembut, Amni mengusap-usap ubun-ubun kepala Hafidz.

"Bismillahirrahmanirrahim...," ayat kursi dibaca Amni. Seketika kemudian, dia meniup ke ubun-ubun Hafidz. Kelihatan Hafidz tidak mengigau lagi. Dia kembali tidur dengan nyenyak berkat ayat kursi yang dibacakan Amni sebentar tadi. Memang secara lazimnya Amni berbuat demikian ketika Hafidz mengingau. Hal ini kerana Hafidz sering mengingau ketika tidur. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi Amni. Cuma... kali ini cara Hafidz mengingau benar-benar mencarik hatinya itu.

"Tidur dengan lena ye sayang. Saya sayang awak," ucap Amni perlahan seraya tangannya mengelus-elus lembut rambut Hafidz.


KELIHATAN Amni sedang menyediakan sarapan di atas meja. Seketika kemudian, dia berpaling melihat figura suaminya yang baru turun dari biliknya.

"Selamat pagi Encik Husband! Awak nak makan dulu?," tegur Amni dengan ceria.

Tanpa memandang wajah Amni, Hafidz terus menonong keluar dari rumah. Amni mengetap bibir seraya menundukkan sedikit wajahnya. Bebola matanya mengerling ke arah beg kertas bewarna coklat. Dengan lantas, dia mengambil beg kertas tersebut lalu melangkah laju mengejar Hafidz.

"Awak!," panggil Amni. Serentak itu, langkah kaki Hafidz terhenti dari melangkah. Dengan perlahan Amni mengambil tangan Hafidz lalu menciumnya.

"Saya ada siapkan bekal. Awak bawalah pergi kerja," beg kertas bewarna coklat itu dihulur kepada Hafidz.

Tanpa memandang beg kertas tersebut, Hafidz terus melangkah keluar meninggalkan Amni. Tanpa ada sedikit rasa belas kasihan, Hafidz langsung tidak mengucapkan sepatah kata pun kepada Amni.

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now