BAB 57

6.4K 183 16
                                    

"TERIMA KASIH," ucap Qaira sopan. Niqrees hanya mengangguk sambil tersenyum. Begitu juga Amni.

"Lain kali jangan balik rumah sorang-sorang ye. Bahaya," pesan Amni.

"Baik kak," jawab Qaira dengan senyuman yang sederhana.

Sebelum dia keluar dari kereta, sempat lagi dia mengerling figura Naufal yang berada di sebelahnya. Hmm... tiada respon apa-apa pun. Dia tak nak cakap apa-apa ke pada aku? Qaira berbisik dengan bibirnya diketap. Dengan perlahan, dia membuka pintu kereta lalu membolos keluar dari kereta tersebut.

Qaira berdiri di sebelah tempat duduk Naufal. Tangannya dilambai sebelum kereta tersebut bergerak. Tetapi Naufal hanya biarkan sahaja lambaian daripada Qaira itu. Hon kereta dibunyikan. Sejurus kemudian, kereta tersebut pergi meninggalkan Qaira. Qaira hanya mencebik. Hish, Naufal ni. Memang dasar!

Niqrees memandang Naufal melalui cermin pandang belakang. Sedetik kemudian, matanya beralih memandang jalan raya di hadapannya itu.

"Naufal macam tak mesra je dengan kawan Naufal,"

Naufal menjeling abangnya. Dia mengeluh nipis.

"Biasa je,"

"Tapi abang tengok kawan Naufal macam suka dekat Naufal,"

"Hmm... biar jelah," jawab Naufal endah tak endah. Niqrees hanya tersenyum kelat. Memang begitu perangai Naufal. Bukan nak ucapkan terima kasih malah melayan abangnya dengan lebih dingin seperti selalu.

Tiba-tiba muka Niqrees berkerut seperti menahan kesakitan. Tangan sebelah kirinya lantas memegang kuat lengan kanannya. Amni yang menyedari keadaan tersebut mula cemas melihat keadaan Niqrees.

"Niqrees, kenapa ni?,"

Niqrees menggeleng. Dia cuba memandu dengan baik walaupun keadaan tangan kanannya bertambah sakit.

"Kau okey tak?," tanya Amni cemas.

Niqrees mengangguk. Amni menyandar tubuhnya di kerusi. Seraya itu, matanya masih mengerling wajah Niqrees yang sedang menahan kesakitan itu.

"Niqrees!!,"

"Arghh!,"

Tiba-tiba keretanya tidak dapat dikawal lalu terbabas ke tepi belukar di sebuah selekoh. Keadaan kaget seketika. Tiba-tiba menjadi pengap dan sunyi. Hanya suara tangisan Aathif sahaja yang memecah kesunyian ketika itu. Niqrees memandang sekelilingnya. Matanya terus mencari Amni. Kelihatan Amni sedang memeluk erat Aathif dengan wajah yang tiada darah. Amni terkejut. Matanya membuntang. Dadanya jelas kelihatan berombak tidak menentu.

"Amni? Amni, awak okey? Aathif?,"

Cepat-cepat Niqrees memeriksa keadaan Amni dan Aathif. Kelihatan Amni dan Aathif tidak mengalami kecederaan. Mereka berdua selamat tanpa ada luka. Niqrees menoleh ke belakang mencari Naufal. Kelihatan Naufal menggosok-gosok dahinya dengan muka yang berkerut. Mungkin kepalanya baru lepas terhantuk di kerusi Amni barangkali.

"Naufal okey?," tanya Niqrees cemas.

Naufal hanya mengangguk. Tangannya masih lagi menggosok-gosok dahi. Niqrees menarik nafas lega. Tubuhnya tersandar lemah di kerusi.

Amni memandang  figura Niqrees. Rasa cemas masih lagi terpamer di mukanya itu.

"Niqrees, kau okey ke tak? Dari tadi kau mengerut tahan sakit dekat tangan kau tu. Kalau kau tak dapat nak handle stereng tu, cakap. Dari tadi aku tanya, tapi kau angguk bajet okey. Tak okey cakap. Aku boleh drive. Nasib baik kita semua tak ada apa-apa. Kalau kereta ni berpusing terbabas langgar pokok macam mana? Fikirlah kau bawa siapa. Bawa nyawa orang kot," marah Amni tanpa sedar.

Cinta Seorang IsteriWhere stories live. Discover now