Bab 10

27.8K 813 22
                                    

Aku suap bubur ayam ke mulut Syafzan. Dia hanya menurut kataku. Wajah aku dipandangnya lama. Aku pula hanya diam memandang bubur ayam. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya.

Bila aku nak suap lagi, Syafzan geleng kepala menandakan dia tak mahu. Aku letak mangkuk yang berisi bubur di atas dulang di meja sebelah katil. Air masak aku ambil lalu aku hulurkan kepada Syafzan.

Dia pandang aku dan mengambil huluran itu. Setelah minum hampir setengah, Syafzan hulur kembali kepadaku. Kami hanya diam sejak tadi. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba rasa janggal. Sangat janggal.

"Nak tidur..." ujar Syafzan. Aku mengangguk lalu membetulkan bantalnya agar dia dapat berbaring.

Aku menarik selimut sehingga ke paras dada Syafzan. Dia hanya melihat tingkahku. Rambutnya aku usap perlahan sebelum mengangkat dulang untuk diletakkan di dapur. Aku pun tak tahu kenapa tangan aku tiba-tiba saja mengusap kepalanya. Mungkin, kasihan?

Baru saja aku nak bangun, tiba-tiba lenganku ditariknya. Dia pandang aku dengan pandangan sayu.

"Nak pergi mana?" Tanyanya kedengaran lemah.

"Nak letak ni lah." Jawabku lalu menunjukkan dulang kepadanya. Dia mengangguk faham lalu melepaskan pegangan.

"Nanti datang sini balik, please..." ujarnya separuh mengharap.

Aku pandang dia sebelum mengangguk kecil. Kaki aku atur menuruni satu persatu anak tangga.

Baru saja aku nak masuk ke bahagian dapur, aku seperti nampak kelibat berjalan di tepiku. Bila aku pandang, kosong tiada sesiapa.

Aku tidak menghiraukan semua itu. Kakiku diatur laju menuju ke dapur. Bubur Syafzan yang tinggal sisa aku asingkan ke dalam plastik di tepi sinki. Aku membasuh mangkuk dan gelas secepat mungkin.

Tiba-tiba aku rasa seperti ada angin dibelakangku. Dadaku sudah berdebar. Terhenti seketika perlakuanku. Aku pandang belakang cepat-cepat. Kosong.

Aku pandang depan semula tidak menghiraukan semua itu. Mangkuk dan gelas aku lap menggunakan kain lalu meletakkannya di tempat khas.

Aku pantas berlalu menaiki anak tangga. Tiba-tiba aku nampak lagi kelibat hitam yang sepertinya ingin menuruni anak tangga. Namun kelibat itu berlalu dengan pantas. Aku dapat rasakan angin yang tak pernah aku rasakan. Terus tegak bulu romaku.

Aku menelan air liur. Aku ni sudahlah penakut. 

'Rumah ni berhantu ke apa?' Omelku dalam hati. Aku pantas berlari-lari anak menuju ke bilik Syafzan.

Baru saja aku nak masuk bilik Syafzan, aku lihat pintu bilikku terbuka. Aku perlahan-lahan berjalan ke arah bilik tidurku lalu menjenguk ke dalam. Tak ada sesiapa. Tapi aku rasa, aku dah tutup pintu ni sejak aku nak hantar Syafzan pergi klinik tadi.

Aku cepat-cepat menutup pintu bilikku lalu masuk ke dalam bilik Syafzan. Pintunya aku tutup perlahan.

Aku lihat Syafzan sedang termenung di atas katil sambil berbaring. Aku duduk di hujung katil di tepinya. Syafzan pandang aku.

"Tidurlah sini..." Syafzan menepuk perlahan ruang kosong disebelahnya. Aku serba salah. Aku pantas baring di katil lalu merapatkan jarak dengan Syafzan.

"Awak dah okay ke?" Tanyaku lembut.

Syafzan geleng kepala.

"Feya, usap kepala aku..." pinta Syafzan. Aku memandangnya pelik tapi aku terus buat apa yang disuruh. 

'Manja pula dia malam ni. Padahal baru je tadi dia tampar aku.' Getusku dalam hati.

Syafzan memejamkan mata apabila aku mengusap kepalanya. Kesian suami aku. Mesti sakit sangat. Sebab tulah lain macam je. 

Isteri Bukan PilihanWhere stories live. Discover now