BAB 18 - "KALAU YOU GEMUK PUN, I STILL SAYANG, I JANJI."

242 15 9
                                    

Bab 18

Leya tak tahu nak beraksi macam mana bila dia jadi perhatian macam ni, semua mata tertumpu kat dia. Yang pasti kening dia dah berkerut, tapi bukan sebab tak suka tapi sebab kekok dan malu. Ekpresi segan sahaja dia mampu tayang sekarang.

Tak payahlah tenung sangat, fokuslah kat makanan tu, nanti tumpah.

Rungutan itu sekali sekala terdetik di hati Leya. Bunyi sudu dan garfu berlaga tak pernah berhenti, tapi kerana terlalu banyak mulut di situ, soalan juga tidak pernah putus-putus.

"Kita lupa tanya umur berapa. Umur berapa?"

Leya senyum, hmmm.. soalan paling basic pun nak tanya ke? Apa kepentingan untuk awak tahu?

Lepas nama siapa, kerja apa, kerja kat mana, kampung kat mana, mak ayah kerja lagi ke? tinggal dekat mana sekarang? dan pelbagai soalan yang even Khid pun tak pernah tanya. Kawan-kawan Khid pun, kata jurutera tapi tanya orang macam polis pencen. Yang isteri-isteri, tunang-tunang dan girlfriend girlfriend pun sama aje, bukan nak tolong kaum sendiri, seronok dia orang tumpang sekaki soal siasat Leya macam mak mertua.

Leya pandang Khid yang duduk bertentangan dengan dia. Khid pandang balik Leya dengan senyuman. Khid dari tadi diam tak bersuara, dia macam lagi suka 'menikmati' saat ni dari tolong Leya. Inilah peluang dia nak tahu semua yang dia tak tahu pasal Leya, segala yang dia selalu nak tanya tapi tak tertanya sebab dia orang jarang berbual pasal diri sendiri.

Mana boleh lepaskan chance macam ni.

"Lahir tahun 93, 23 tahun."

Ambik, dengan tahun kelahiran sekali dia kasi tahu.

"Ah.. pangkat adik-adiklah Leya ni." Leya tak nampak siapa yang komen tu, tapi suara lelaki tu datang dari sebelah kanan dia.

"Paling mudalah antara kitalah kiranya." Seorang perempuan pula menyambung.

Yang lelaki sengih-sengih, Khid dapat yang muda oiii..

"Bukan kau kata dia muda 4 tahun dari kau ke?" tanya Aiman. Hairan, seingat dia hari tu Khid cakap Leya ni 24 tahun.

Khid silang tangan, peluk tubuh, "miscalculation."

Khid jungkit bahu, dan berdecit. Alah.. lebih kuranglah tu, kalau kira tahun dan bulan tetap jugak 4 tahun 9 bulan 9 hari. 4 tahun jugakkan, belum 5 tahun pun.

"Engineer apa simple calculation pun failed." Kutuk Zizi, Leya pun tergelak kecil tapi dia cepat-cepat sembunyi bibir tahan gelak. Okey, ini lawak.

Khid cuma sengih sahaja, terima saja kritikan tu. Kalau dia ada dengan Leya satu tambah satu pun boleh jadi lapan belas.

"Adik beradik berapa orang?" Oni, tunang kepada Hanif bertanya.

"Tiga termasuk saya." Jawab Leya, pendek.

"Leya anak sulung?" tanya Hanif pula.

Nampak macam anak sulung ke aku ni?

Leya menggeleng, senyuman nipis disemat di bibir. Jari tanda peace di angkat.

"Yang tengah?"

Leya mengangguk, "abang, saya dan adik lelaki."

" Woooo.. susahlah hidup kau Khid. Nak petik bunga kat taman yang banyak pak guard."

Meja mereka riuh, Leya tertunduk, jauh sangat pemikiran dia orang ni. Leya tak pernah terfikir sampai begitu.

Khid masuk gelak sekali sebelum bersuara, "aku adalah cara aku."

fallen into your trapWhere stories live. Discover now