Bab 6

5.1K 90 0
                                    

Awak, esok dan lusa saya tak boleh jumpa Thaqif. Ada kerja dekat Penang.

Mesej yang diterimanya dua hari lepas dibaca beberapa kali. Sepanjang minggu lepas, Firzal setia melayan kerenah Thaqif. Susu Thaqif pun Firzal dah pandai buatkan. Mana taknya, waktu dekat One Utama tempoh hari, Thaqif tiba-tiba merengek minta susu.

Dan waktu tu, Aira tengah solat. Firzal yang jagakan Thaqif. Campur punya campur, jadi juga bancuhan susu air tangan Firzal walaupun pekatnya lain macam!

Bantal empat segi kecil diletakkan di bawah kepala. Alat kawalan jauh TV dicapai dari atas meja kopi. Cerita Dia Bukan Cinderella dari seberang ditukar ke siaran Astro Ceria.

Muka Conan Edogawa yang bercermin mata memenuhi ruang TV. Dia meletakkan alat kawalan jauh ke atas dada sambil membuai Thaqif yang lena di dalam buaian.

Spontan dia mencipta senyum.

Baru dua hari. Terasa lamanya...

KAKINYA tidak jadi melangkah masuk ke dalam pejabat apabila melihat pintu bilik Hanisa terbuka luas. Dia menjenguk ke dalam sebelum menangkap kelibat Hanisa dan seorang lelaki awal 30-an yang bergelak ketawa berkongsi cerita.

Rasanya tak pernah dia nampak Hanisa seceria itu.

Tak pernah.

Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Padanlah Hanisa sikit pun tidak pandang dia.

Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, Firzal.

Dia melepaskan nafas berat sebelum melangkah ke bilik sendiri. Beberapa fail yang ditinggalkannya sebelum ke Pulau Pinang dua hari lepas dicapai dari atas meja. Dapat apa yang diperlukan, dia terus berlalu dari situ. Suara ketawa Hanisa dan lelaki tadi masih lagi menampar telinga.

Perasaan hatinya berbaur. Hanisa dah ada teman lelaki?

Patutlah hatinya tergerak untuk naik ke pejabat selepas pulang dari Pulau Pinang tadi. Mungkin Tuhan nak tunjuk yang Hanisa bukan untuk dia. Dan dia perlu teruskan hidup.

Sampai bila dia nak bertepuk sebelah tangan? Sampai bila dia nak menyimpan hati untuk orang yang tak sudi?

Kereta dibawa melencong ke rumah seseorang. Tenang. Dia perlukan ketenangan.

Tiba di hadapan rumah teres dua tingkat itu, dia terus mengeluarkan telefon dan menekan nombor telefon yang sudah dihafal.

Dadanya berombak sambil menunggu talian bersambung...

ANAK kecil yang baru sahaja memejamkan mata dipandang lama. Bibirnya mencipta senyuman tanpa sedar. Dah dua hari Thaqif tak jumpa Firzal. Bukan Thaqif aje, dia pun sama. Apabila dah terbiasa bersembang dan berjumpa, sekali hilang, sepi terasa juga.

Aira menggeleng sendiri, menepis rasa aneh yang tiba-tiba hinggap dalam hati. Jangan kata yang dia rindukan Firzal?

Telefon bimbit yang berada di sisi tiba-tiba berbunyi lantang. Melihatkan nama pemanggil, bibirnya tersenyum lebar.

"Hei, budak. Sibuk ke? Buat apa?"

Aira tersenyum lagi. "Tengah tidurkan Thaqif. Kenapa?"

"Telefon pun tak boleh ke? Sombong sungguh."

Aira tergelak perlahan. Terus hilang segala rindu yang baru menapak. Thaqif yang baru sahaja lena di dalam buaian dipandang sekilas. "Thaqif dah tidurlah. Awak nak apa ni?"

"Kalau macam tu, jom kita keluar."

"Apa jom-jom? Ingat KL dengan Penang sebelah-sebelah ke?"

"Hei budak, siapa cakap saya dekat Penang? Saya ada dekat depan rumah awak ni. Jom la keluar. Saya ada buah tangan ni. Tak nak?"

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now