Bab 14

5.7K 89 1
                                    

Sorong papan, tarik papan, buah keranji di dalam perahu. Suruh makan, dia makan, suruh sayang, dia tak mahu?

FIRZAL memandang beg yang sudah tersusun di sudut bilik. Spontan dahinya berkerut. Kenapa banyak sangat beg ni? Empat hari aje balik kampung. Bukannya setahun!

Aira yang masih berkemas dipandang. Thaqif masih lagi leka bermain dengan mainannya. Sikit pun tak merungut walaupun tak ada siapa yang melayannya bermain.

"Kenapa banyak sangat beg?" Firzal melabuhkan punggung di sebelah Aira. Tangannya turut menarik sehelai seluar dan melipatnya. Bukan dia tak biasa pun lipat baju. Kalau dekat rumah, memang mama suruh dia sendiri yang lipat baju. Berdikari.

"Banyak ke? Okey la tu untuk empat hari."

"Sampai tiga beg. Banyak la tu. Rumah nenek nanti kita boleh basuh baju. Tak payah bawa banyak-banyak. Lagipun baju nenek kan ada. Awak boleh pinjam nenek punya. Leceh la nak bawa banyak-banyak."

Bulat mata Aira memandangnya. "Awak nak suruh saya pinjam baju nenek?"

Firzal sengih. Dia mengangguk laju. "Ya la. Takkan nak pinjam baju atuk pula?"

Baju yang sudah Firzal lipat dibaling ke muka.

"Uish, orang dah lipat elok-elok."

"Ada ke nak suruh saya pakai baju atuk?" Aira mencebik. "Kalau awak tak nak bawa, biar saya yang angkat. Tak susahkan awak pun."

Firzal senyum. Merajuk ke? "Bukan apa. Kalau barang awak pun dah penuh bonet, mana nak letak barang Thaqif lagi?"

Aira tersentak. Firzal nak bawa Thaqif sekali? Bukan ke ini 'honeymoon'? Maknanya masa berdua. Dia tak kesah ke kalau ada Thaqif? Puan Hayati pun dah bagi tahu, dia nak tolong jagakan Thaqif sementara mereka di Terengganu nanti. "Awak nak bawa Thaqif sekali?"

"Bawa la. Kesian dia."

Senyuman Aira makin lebar. Dia pandang Thaqif sekilas. Untung la Thaqif, ada pak cik yang sayang. "Tak menyusahkan awak ke?"

"Kenapa? Thaqif menyusahkan awak ke?"

Laju Aira menggeleng. "Tak. Saya takut awak tak selesa nanti."

"Kalau saya tak selesa, awal-awal lagi saya tak pilih untuk kahwin dengan awak. Baik saya kahwin dengan orang lain yang tak ada anak buah yang nak kena jaga." Firzal sengih. Seluar yang dibaling tadi kembali dilipat. Sehelai lagi kain dicapai.

"Thanks."

"No, thanks." Dia sengih dua saat.

"Beg tu, sila kurangkan. Okey!"

"Yalah. Nanti saya keluarkan balik baju-baju tu." Aira mengalah. Adoi, macam mana nak kurangkan barang ni? Rasanya semua yang dia bawa tu barang wajib. Perempuan. Barang keperluan banyak. Aduh. Baju jalan, baju tidur, baju sopan, baju santai-santai dekat rumah, koleksi tudung yang Firzal belikan tu lagi. Nak kurangkan macam mana ni?

Firzal ni... Bukannya naik bas pun. Kereta sendiri, kan?

"Yang berkerut-kerut tu kenapa?"

"Saya tak tahu nak kurangkan yang mana. Awak apa tahu? Lelaki punya barang senang la." Aira merungut. Rasa malas pula nak jalan jauh-jauh. Malas nak pergi kampung Firzal. Dah la dia tak kenal sangat dengan keluarga belah sana. Jumpa sekali waktu bersanding hari tu ajelah.

Laju aje Firzal sengih. "Kan saya dah cakap. Sampai sana nanti awak pinjam aje baju nenek!"

Bantal peluk Thaqif serta-merta terbang ke belakang Firzal. Ketawa mereka lepas.

"KENAPA kita tak pergi dengan flight aje?"

Firzal senyum. Kereta sudah pun memasuki lebuh raya. "Kenapa?"

Pencuri Cinta Kelas SatuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora