Bab 8

917 28 0
                                    

"Dah sampai! Syoknya, first time aku datang sini." Sengaja didepakan tangan, pandangan pelik orang lain dia tak ambil kesah pun.

"First time?"

"Yalah, kenapa? Pelik ke?"

"Peliklah kut. Selama tiga tahun kau dekat UKM tu, ni first time datang?"

"Ya... Ya... First time. Kau nak berapa kali aku ulang ni, nak aku pergi buat announcement tak?" Geram pula dia dengan Si Dila ni. Berapa kali entah nak ulang pertanyaan sama.

Yang lain dah gelak, kelakar sangatlah tu tengok pertengkaran Naural dengan Dila ni.

"Sebelum ni kau selalu pergi mana?"

"Kajang. Aku malas sikit bab nak keluar ni Dila, sebab nanti mesti aku blur. Tak tahu nak buat apa, nak makan apa."

"La. Kau ni dah tahap kesian kuasa dua ni. Okeylah. Jom, kita terus pergi main bolinglah. Memang tu tujuan asalnya, kan?"

Naural sempat buat muka tadi. Ada ke cakap aku ni kesian kuasa dua? Tak adalah teruk sangat, kan? Tapi rasanya memang teruk kut kes Naural ni, apalah yang ada dekat Kajang tu? Tak mencabar langsunglah hidup dia ni.

Oh... Tak mencabar, ya? Tak apa, tunggu. Nanti dia akan buktikan yang dia ni mampu sahut apa-apa aje cabaran!

"Ada game la hari ini. Nak join tak?" ajak Dila.

"Kita join la, okey? Jom, kena daftar dekat kaunter tu dulu." Disebabkan memang yang lain diam aje, serahkan semuanya kepada dia, Dila apa lagi? Dia teruslah bertindak jadi ketua. Boleh dera dia orang ni nanti, kan? Yes!

"Kak, macam mana nak daftar untuk join game tu?" Dia selaku ketua yang berjaya dengan yakinnya bertanya.

"Bagi nama... Isi ni..."

"Oh... Okey." Borang yang diberi tu diisi. Ahli kumpulan dia yang lain semua tengah sibuk sarung kasut.

"Okey. Dah, kak. Lepas tu dah boleh masuk ke? Tak ada syarat apa-apa lagi?"

Lama akak tu baca, melihat, mengkaji dan menganalisis borang tu sebelum matanya kembali terarah ke arah Dila kemudian geng Dila yang lain.

"Awak datang enam orang, ya?"

"Yup-yup. Boleh tak kak? Dah ada enam orang ni boleh bentuk satu kumpulan rasanya."

"Ermmm... Tak bolehlah, dik."

"Kenapa pula tak boleh, kak? Tak cukup orang ke atau tempat semua dah penuh?"

"Bukanlah, tempat ada lagi. Awak pun tak ada masalah tak cukup orang, tapi terlebih sebenarnya."

"Hah? Terlebih? Nak berapa orang sebenarnya ni, kak?" Dila garu kepala. Macam leceh aje semua ni.

"Satu kumpulan kena lima orang aje. Kalau adik nak ikut, seorang lagi tu kena berpecahlah join kumpulan lain. Boleh tak?"

"Hah? Berpecah pula?"

"Haah, dik. Boleh tak?"

Berat juga ni. Sampai kena berpecah. Fikir... Fikir... Ada alternatif lain tak?

"Kalau tak nak join game, rasanya ada tempat tak untuk kami main?"

"Tak boleh dik, tempat ni semua dah booked untuk game hari ni. Memang hari ni tak ada aktiviti lain melainkan game ni aje. Kalau nak main, terpaksa join jugalah."

"Erm. Kejap ya kak, saya bincang dengan yang lain dulu." Dia tersenyum sebelum mendekati kawan yang lain. Tak sampai hatilah pula nak cakap, semua nampak macam tak sabar aje nak main. Nak bagi tahu ke tak ni?

Love RiddlesWhere stories live. Discover now