Part 3 - Injury

1.3K 68 9
                                    

"Wey."

"Apa." Mata Kaichou masih terlekat kearah padang, memerhatikan team A dan B training di tengah padang.

"Nak tanya."

"Ha." Kai menadah telinga

Cara ni mungkin agak kekok. Tapi ini jelah cara untuk dapatkan jawapan untuk tanda tanya aku.

"Bagi opinion kaulah. Ini bukan tentang situasi aku ke apa."

"Ha." Telinga dia makin mendekati aku.

"Tak pelikkan kalau ada seorang insan ni minat senior yang cuma tua setahun dari dia?"

Kaichou nak membalas, tapi aku menghabiskan ayat aku, "Dan sejantina."

Muka aku merah. Sorok, sorok.

"Pfft." Pipi dia kembang.

Aku jeling. "Jangan gelak, syaitan. Jawap."

"Tak pun. Kalau itu yang dia rasa. Tak semua orang ada taste yang sama."

Kaichou ambil seteguk air dari botol sebelum dia sambung.

"Kalau itu yang dia rasa dari naluri dia, tak apalah. Masa zaman menengah rendah pun aku macam tu jugak. Ada seorang senior ni aku jadikan idola aku."

Kaichou sambung lagi. "Tapi biasa kot kalau minat sejantina ni. Boy crush gitu. Bagi aku tak pelik sangat pun. Sekadar minat je normal lah." Dia mengangkat kening.

Aku mendengus, terdiam seketika untuk proses jawapan dia.

"Asal kau tiba-tiba tanya?"

"..Saje. Pishang." Mengelak aku/

Aku tak pernah bagitahu hal yang sebenar pun dekat dia, tapi dia faham sebab dia pun tak nak masuk campur hal orang.

Dah hampir 20 minit team A dengan team B bermandi peluh dekat tengah padang. Sekejap lagi aku, team C pulak lawan dengan team D.

Secara tak sengaja, mata aku tertarik kepada seseorang yang ganti masuk padang untuk team A.

Senpai!

"Pftt."

Tersengih aku dibuatnya. Kenapa dia tak main sejak awal-awal lagi? Lagipun masa dah nak habis. Hm.

Dia still sama macam kali terakhir aku nampak dia dekat blok tadi.

Jersi merah dengan short hitam, rambut perangnya yang ditempias air hujan, badan tegap, lengan sasa, thicc thighs, penat-penat pun still mampu lekangkan sepasang set gigi putihnya.

Blup blup

Sesiapa, tolong bagi aku CPR. Ahhh aku lemas dalam lautan over-fanboying.

Kebanyakan orang mula riuh bila ternampak senpai masuk padang. Dan paling tak puas hati aku ialah kebanyakannya pelajar perempuan yang duduk di astakar.

Jealous? Ahahahahahahaha.

Ya.

"GOAAAAL"

"Gila.Tak sampai beberapa minit Senpai turun padang, dia dah bagi lagi satu gol untuk team A."

"Hoi, kau berangan apa?! Jomlah, turn kita pula main."

Lengan aku terasa ditolak dengan kuat. Kaichou dah tolak badan aku kedepan, beria nak lawan dengan team D katanya.

Semangat aku nak training sebelum ni dah hilang dari radar. Padang dah lecak. Gerenti aku jadi badak sumbu berendam lumpur habis training ni.

Sementara masing-masing ambil posisi, aku sempat menjeling kearah astakar, mencari kelibat senpai. Mana tau semangat datang balik.

"Oh jumpa. Dekat-dekat dengan kerusi yang aku duduk sekejap tadi. Hihi"

"Harap-harap senpai dapat ambil perhatian dekat aku lebih lagi."

Haha.

Ha.

Tak mungkinlah.

-

"SINI"

Dengan sepantas kilat aku pass bola ke orang satu team aku. Tapi tak sekuat mana disebabkan lecak dah bertukar jadi lumpur. Aku dah tak dapat bezakan padang sekolah ni dengan sawah padi.

Kurang 5 minit lagi habislah training. Keputusan masih tak berubah selepas 10 minit pertama tadi, 2-1 dan team C lah yang dapat jaringkan 2 gol dan salah satu gol itu ialah dari aku. Bukan nak berlagak, tapi inilah kebenaran. 

"Jadi, kalau team C dapat bertahan, kitaorang akan fight team yang menang sebelum round ni, team A."

Dan senpai ada dalam team A!

"Wei. Nombor 7!"

Aku terdengar nombor jersiku dipanggil dari astakar. Aku menoleh untuk menyahut.

"Say-" DUM

Aku dapati badan aku terus rebah ke padang yang dipenuhi lumpur ni.

Muka aku macam kena hentak dengan benda. Ah bola sepak tadi.

"Aduh.." Aku mengadu sakit, dalam hati. Berdenyut kepala otak aku.

"Wei, apasal ni?"

"Kau okey, tak?"

Penglihatan aku semakin gelap. Tapi suara-suara disekeliling aku masih boleh didengar.

"Wah banyaknya bintang berpinar-pinar."

"Hidung dia berdarah!"

"Y-yeke?"

Aku nak sentuh hidung aku pun tak kuat. Otak aku tak dapat hantar impuls untuk reseptor aku buat kerja. Badan aku kaku.

Aku.. separa pitam.

"Tepi, tepi. Bagi dia bernafas. Jangan kelilingi dia."

"Suara tu.."

"Apa nak buat dengan dia?"

"Biar aku bawak dia pergi bilik kesihatan."

Badan aku terasa ringan. Dengan daya yang ada, aku menguatkan daya penglihatan aku untuk lihat apa yang jadi.

Ada.. orang dukung aku di belakang badannya.

"S-siapa yang.." Pandangan aku masih berpinar-pinar. Tak dapat nak mengecam gerangan siapa yang sudi tolong aku.

"Eh.."

"Kau okay? Tahan jap. Aku bawak kau pergi bilik kesihatan."

"Bau badan ni. Suara ni."

"S-senpai?"

-

-

-

Don't forget to vote and comment if you guys enjoy reading this chapter! Thank you! (Apologize for the very short update for this chapter)

SENPAIWhere stories live. Discover now