Part 6 - Awkward Meeting

811 43 7
                                    

👀

Sejurus aku sampai depan pintu bilik, dengan longlai, aku rebahkan diri atas katil. Letih. Baru terdetik hati nak tidur 5 minit sekejap sebelum pergi mandi, terdengar pulak azan Maghrib berkumandang.

Syaitonirojim cuba hasut aku. Moga dijauhkan.

Aku bingkas bangun, terduduklah aku atas katil. Wajah senpai masih melayang-layang dalam fikiran. Senyuman sinis dia menggeletarkan tulang rusuk aku. Aku tengok reaksi aku melalui refleksi aku dari cermin. Aku blushing seteruk ni ke depan senpai tadi?

Kedua-dua tangan aku menerkup muka aku. Aku fikir banyak kali. Kenapa senpai bagi layanan sebaik tu dekat aku?

Takkan dia dah tahu aku suka dia dalam diam?

Tak tak tak tak. Aku over-thinking.

Dia berbuat sedemikian cuma sebagai tanda kemaafan atas apa yang dia dah buat dekat aku aje petang tadi.

Aku cuma junior dan teammate aje di mata senpai. Tak lebih dari tu. Mungkin layanan baik takkan dia bagi lagi selepas ni. Sebab aku sedar aku tak special.

"Haih. Berdelima mengalahkan perempuan." Keluhan kuat dilepaskan, lantas aku tumbang lagi di atas katil.

"Aku kena buat sesuatu."

"ANAK BUJANG AKU SORANG NI TAK MANDI LAGI KE HA?! NAK TUNGGU MAGHRIB HABIS BARU NAK MANDI?!"

"Wa-" Aku berhenti berdelima saat orang tua aku mula berteriak dari bawah.

"Yalah, nak mandi lahni. Orang tengah kemas-kemas beg apa semua ni ha." Aku teriak, buat-buat bunyi bising mengemas dalam bilik.

"Mak, abang tipu! Abang tengah terbaring dekat katil lagi ni ha!"

Tiba-tiba suara budak kecik dari luar bilik aku mencelah perbualan aku dengan mak. Kurang asam punya adik.

"BISING LAH KAU." Aku tendang pintu bilik aku, halau adik perempuan aku dari menghedap aku dari celah pintu.

Aku dapat dengar dia mengejek-ejek aku sambil turuni tangga. Aku nak berangan kejap pun tak boleh. Dengan segera aku ambil tuala untuk siap-siap.

👀

Dah wangi sikit dah mandi. Tak ada bau masam yang melekat dekat badan aku lagi. Kecuali bilik aku.

Memang patut aku kemas bilik dulu. Bersepah beg, kasut, baju, buku merata-rata dalam bilik. Aku geleng kepala. Dah siap sudah pakai baju, baru datang aura rajin nak mengemas.

Bila aku susun beg sekolah & beg training, baju sekolah, semua barang-barang aku keluarkan. Tapi, perbuatan aku terhenti.

"Eh."

Aku terjumpa botol air Nike warna hitam jalur merah dalam beg training aku.

"Ini.. bukan botol air aku." Monolog aku sendiri.

Botol air aku hampir serupa dengan botol ni. Brand Nike juga, cuma aku punya warna hitam jalur biru. Aku tepuk dahi benjol aku. Aku syak si kaichou salah masukkan botol ni masa dia kemaskan barang aku training tadi ni.

Jadi, botol air merah ni siapa punya pula? Siapa pula yang pegang botol air biru aku?

Aku tenung botol merah di tangan aku macam botol ni ialah benda paling mahal di dunia. Nampak familiar lah botol ni. Bila difikirkan, botol ni mesti milik teammate aku juga.

SENPAIWhere stories live. Discover now