Bab 6

2.2K 45 0
                                    

USAI maghrib, Dyla keluar semula untuk membeli barangan keperluan rumah bersama Adilah dan Saadah. Barulah bibir mampu senyum mendengar lawak bodoh teman serumahnya. Kalau tidak, memang susah hendak senyum satu hari ini. Serabut dibuatnya.

Setibanya di hadapan pintu pagar rumah, sebuah kereta putih kelihatan.

Dyla meminta Adilah dan Saadah masuk dahulu, sementara dia melangkah mendekati Hairul yang berdiri di sebelah kereta putih itu.

"Cik Dyla." Muka Hairul tidak beriak.

Dyla mencari kelibat Alfan. Tiada.

"Kenapa?"

"Tuan Alfan nak jumpa cik."

"Dia tak de kaki ke nak datang sini sendiri?" sindir Dyla.

Hairul senyap.

Dyla diam berfikir.

"Saya tak nak."

"Tapi tuan suruh saya paksa cik macam mana pun."

Dyla memandang Hairul dengan dahi berkerut.

Selepas berfikir beberapa lama, dia meminta diri lantas terus masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian walaupun perasaan malas itu mencengkam jiwa. Usai solat isyak, dia terus turun. Dia takut. Kata-kata Hairul menakutkannya.

"Tapi tuan suruh saya paksa cik macam mana pun."

"NAK apa lagi?" Dyla letak kasar beg galasnya ke kerusi sebelah.

Alfan memandang Dyla atas bawah. Tidak pernah sekali pun dia nampak Dyla memakai kemeja-T dengan seluar begini.

"Dah pergi kursus kahwin?" soal Alfan.

Dyla ketawa sinis. "Untuk apa awak tahu?"

"Well... aku nak cari seorang calon buat isteri."

"So? Apa kena-mengena dengan saya?"

"I might choose you."

Dyla ketawa lagi. "And for what reason I have to accept your proposal?"

"Hutang..." jawab Alfan.

"Sebab hutang, I have to put my life happiness on the line?" Dyla ketawa. Sinis.

"Jangan cuba nak buat lawak dengan saya boleh tak? Saya tak takut sikit pun. Nak saman saya? Dipersilakan. Saya lebih rela disaman daripada tengok muka awak hari-hari. Oh, by the way in case awak tak check your account... saya dah masukkan the balance. Saya dah tak berhutang dengan awak. Tak de sebab kenapa saya kena ikut cakap awak, kenapa saya kena takut dengan awak!" cabar Dyla.

Alfan senyum. Juga sinis.

"What about Shah?"

Serta-merta air muka Dyla berubah.

"See? I got you now." Alfan bangun dari kerusi besarnya.

"Awak nak apa?" Dyla menahan getaran suara. Sakit hati. Geram. Semua rasa itu bergumpal ketika ini.

"Your voice. A bit shaking. Kenapa eh? Sebab aku sebut nama Shah?" Alfan berdiri di belakang tubuh Dyla. Sedikit pun Dyla tidak menoleh.

"Simple. Agree to marry me. I will leave that kid alone..." sambung Alfan.

"Kenapa saya kena setuju? Saya tak de kaitan dengan dia. Kalau setakat nak ugut saya macam ni, tak payahlah. Saya ada banyak lagi kerja nak kena buat. Saya balik dulu."

"Hairul, minta pihak universiti berhentikan budak tu serta-merta."

Kaki Dyla beku. Dia berpaling semula ke belakang.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now