Bab 11

2.3K 50 1
                                    

"KAU masak apa, doe?" Dyla bertinggung bersebelahan Ikram. Lelaki itu menjeling Dyla. Tangannya laju mengacau isi kuali. Entah apa benda dalam kuali pun sudah tiada rupa!

"Entah."

"Eleh, merajuk orang tak tolonglah tu..." usik Dyla.

"Dyla, tolonglah!" Faris buat muka kasihan. Keempat-empat mereka mencangkung di hadapan kuali.

Keempat-empat mereka teman sekuliah Dyla. Orang yang tidak pernah dengki dan cari fasal dengannya. Dyla sengih.

"Ini kau masak apa?" tanya Dyla.

"Entah. K tumbuk bayam, lepas tu goreng terus," ujar Haikal.

"Tumbuk? Gila kau orang. Memang tak pernah masuk dapur eh?" Dyla ketawa terkekek-kekek.

"Masuk. Aku nak cuba resipi barulah." K tutup malu.

"Macam ni, lah. Aku tolong kau orang masak satu lauk, nanti kita tukar-tukar lauk. Okey?" cadang Dyla.

Keempat-empat mereka mengangguk tanda setuju.

"Khemah aku masak daging. So, aku ajar kau orang masak sayurlah, eh? Nanti kita makan sama-sama..." sambung Dyla.

Mereka angguk lagi. Dyla ketawa. Macam budak-budak!

"Tadi aku ada nampak betik muda. Kau orang makan betik masak air tak?"

"Pergh! Lauk kampung tu. Nenek aku selalu buat. Satu periuk boleh habis kat aku sorang." Semangat Haikal berkata.

"Kalau kat sini kau makan bagi habis satu periuk, kau tengoklah malam nanti. Jadi sundal bolong kita orang kerjakan kau!" ugut Ikram. Senduk disua ke wajah Haikal. Tersengih-sengih lelaki itu dibuatnya.

"Kau orang pergi ambil bawang, cili, betik..." arah Dyla.

Tidak berapa lama kemudian, Adilah, Saadah dan Amani datang ke khemah Ikram.

"Ada apa yang kita orang boleh tolong?" tanya Amani.

"Jom kita tolong encik-encik abang kita ni memasak. Ni kalau kena tinggal dengan bini, mati kering kebulur!" perli Dyla.

"Mana ada. Silap-silap perut boroi makan fast food hari-hari..." jawab Fariz, tidak mahu mengalah.

"Tengoklah duit tu nak menimbun sampai bila kalau hari-hari dengan fast food!" bebel Adilah.

Sudah hampir habis semester, baru mereka saling bertegur. Kalau tidak, mana nak kenalnya? Setakat bertemu dalam perjumpaan kelab pun masing-masing diam. Tidak ada maknanya hendak pergi dari meja ke meja untuk berbual panjang.

Bila sudah satu kumpulan macam ini, barulah masing-masing tunjuk belang. Mulut kepoh sini sana.

Ketawa mereka bergema. Ahli kumpulan lain hanya dengan teman sekhemah. Tidak sama dengan mereka berlapan. Campur lelaki perempuan makan sama-sama dan bertukar-tukar cerita.

"UNTUK malam ni punya aktiviti, kita camp-fire aje. Merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli kelab yang lain. Para teruna, sila siapkan camp-fire kita!" arah Amir.

"Oh my gosh! I dara okeyyy." Syahir berlagak lembut. Dengan gaya tangannya dilembutkan, membuatkan semua pelajar ketawa.

"Dara eh?" Amir mendekati.

"Kenapa you ni dekat-dekat? You jangan, I jerit nanti." Syahir silang tangan di dada.

"Tergoda dengan perfume you," usik Amir.

"Well, ini perfume peluh campur bau kelelakian sikit. Wangi, kan?" Syahir kunci kepala Amir. Mentang-mentang mereka teman rapat.

"Busuk ahhh ketiak kau!" Amir menolak jauh Syahir.

Dendam CintaOnde histórias criam vida. Descubra agora