165 ; Mike Is Dead

14.8K 1.1K 209
                                    

***

Dua orang lelaki berjumpa di sebuah cafe. Lelaki pertama menyoal.

"Kau dah dengar berita kalau Mike dah mati?"

"Hah? Betul ke? Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Waktu tu, dia nak datang rumah aku. Bila dah nak sampai pintu pagar rumah aku motorsikal yang dia bawa tu hilang kawalan lalu dia merempuh pagar rumah aku sehingga tercabut. Dan tubuh dia terlontar masuk melalui pintu kaca di rumah aku"

"Gila! Kematian dia tragis gila!"

"Tak, tak..Dia masih selamat, dia belum mati. Seterusnya, dia terlantar di lantai rumah aku dengan serpihan kaca. Kemudian dia ternampak sebuah almari lama berada dekat dengannya. Jadi dia meraih pegangan almari tu tapi tanpa disangka almari besar tu menghempap badannya dan hampir kesemua tulangnya patah"

"Kematian yang mengerikan!"

"Tak! Dia masih lagi selamat. Walaupun hampir separuh lumpuh, dia masih lagi boleh berjalan. Dia merangkak menuju ke anak tangga dan berpegang pada kayu tangga itu. Tapi nahas , kayu tangga tu tak dapat menahan tubuh yang disandangnya lalu kayu pemegang tu patah dan Mike jatuh ke bawah bersama serpihan kayu menusuk tubuhnya."

"Tuhan! Mengerikan sekali kematian Mike!"

"Tak! Jangan terkejut sebab dia masih belum mati! Semua hal yang menimpanya dia masih lagi selamat. Kemudian dia melihat ada telefon rumah di meja kecil disampingnya. Dia ingin menggunakan telefon itu untuk meminta bantuan. Dia menarik tali telefon itu tapi bodohnya dia tersalah tarik tali lampu meja. Lampu tu jatuh pecah dan tubuh Mike waktu tu masih basah sedangkan aliran elektrik sangat bahaya kalau terkena sesuatu yang basah. Akibat itu, aliran elektrik 10.000 volt memanggangnya hidup-hidup"

"Jangan bagitau kalau dia masih belum mati!"

"Kau benar Jack, dia masih hidup!"

"Jadi apa sebab kematian dia?!"

"Kerana aku tembak dia"

"Apa?? Kenape kau tembak dia?!"

"Dia selerakkan rumah aku!"

The End

Cara mengekalkan awet muda


vote [/]
Comment [/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now